Monday, November 15, 2010

Restoren Putera Ayu, ayu ker???

Makin nak raya, makin banyak pulak kerja nak kena siap.Ni baru sempat tengok blog sendiri.Blogwalking tak yah citer lah, memang tak sempat.Last week, my Nuha aku angkut datang ofiz sebab mak pengasuh dia ada urusan.

Weekend hari tu, saja malas nak masak.Lagipun memang tak beli barang basah dah minggu ni sebab esok dah nak balik kampung yang terchenta kan.[ Alasan.] So, kitorang pergi lah kedai all time peberet my hubby tu.Sekali, amik ko! penuh segala tok nenek parking kat situ.Then ternampak lah satu kedai yang baru tak der lah baru sangat, tapi-ada-orang-cakap-tak-sedap-dan-servis-lembab kat situ. Nama kedai dia Restoren Putera Ayu. Memang sesuai dengan nama dia. Ayu gitu servis dia :p Lemah gemalai , dekat 15 minit baru dapat makanan.Padahal kalo order macam tu kat Shid kurang 10 minit dah sampai makanan.Tak perlah, sabar ajer lah.

Meh la layan gambar, aku malas nak taip .Sila menjamu mata yer :)


Nuha yang dah bosan menunggu :p

Air my hubby, me and nuha :p plain water jer nuha suka :p jimat kos !

Menu : Ikan kerapu stim limau, kailan ikan masin, nasi putih dan telur dadar

Jemput makan semua ! RM 59.30 semua.Kalo Shid, RM 40 pun jarang-jarang cecah :p 
very the mahal for us. Ikan ajer dah RM45, kecik pulak tuh.

Taste : Sedap lah jugak for me tapi my hubby ckp tak sedap langsung!

Lokasi : Sebelum Shid Seafood, Padang Jawa, sebelah kanan dari Shah Alam

 Boleh duduk dalam bangsal kalo mahu ! Kena bersila lah .

 Harap lampu ajer yang chantek :p servis lembapan :p

 Ni deko kat ruang dalam..


Korang dah pernah makan kat sini ??? Apa pandangan korang ??

p/s: 

Hubby cakap, kalo terdesak sangat baru pergi kedai ni tapi teringin jugak nak makan ikan bakar berempah kat situ :p



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)