Monday, March 21, 2011

Kenapa agen hartanah,susah nak reveal alamat rumah?

Masih lagi dengan Misi Pencarian Rumah. Kalo korang bosan.Nasib lah.Hehehehe :p Nak cerita jugak. Semalam, seharian kami bergelandangan di jalan raya dan melihat rumah-rumah untuk dijual. Betapa serious buyernya kami :p Selagi misi tu tak habis, selagi tulah aku tak boleh nak tambah bilangan anak dan my hubby tak dapat superbike dia :p


credit to : here

Kenapa agen hartanah atau agen rumah ,susah nak reveal alamat rumah? Ni persoalan yang bermain-main kat fikiran kami. Korang tak nak kami pergi direct nego ker dengan owner rumah tu ? Yer ,aku tahulah korang dapat komisyen yang tak kurang sketnya kalo rumah tu terjual kan.Tapi janganlah sampai menyusahkan orang. Semalam aku terkena dengan 2 agen rumah. Sebelum ni pernah jugak lah kena. Sampai kesudah tak nak reveal alamat rumah sampai lah kita betul-betul confirm nak pergi tengok rumah tu.

Dah la siap sesat-sesat lagi bawa kami pergi ke rumah tu.Kalo bagi alamat siap-siap, rasanya kami boleh pergi dan sampai dulu dari agen tu ;p macam cilaka aku rasa..Ada jugak yang just bagi nama jalan ajer..Tu pun pening jugak..Dah la banyak rumah. Nak aim rumah mana pun tak tahu kan. Selagi tak jumpa, selagi tu tak nak reveal..

Sesiapa yang jadi agen hartanah ni, tolonglah reveal lah alamat rumah yang betul benar kat kami yang ingin mencari rumah untuk dibeli ni..Tapi tak semua agen hartanah yang kerek macam tu, ada jugak yang baik tau :)

Masa aku google-google tadi, aku terjumpa Tips ni yang sesuai untuk dipraktiskan oleh pembeli rumah melalui agen hartanah macam aku ni :)

7 Soalan Yang Perlu Tanya Agen Hartanah

1) Kenapa tuan rumah ingin jual rumah?

2)Berapa lama rumah ini berada dipasaran?

3)Bila penyewa atau owner rumah akan pindah keluar?

4)Berapa minimum penjual rumah akan terima?

5)Apa sebab sebenar penjual nak jual rumah ?

6)Siapa yang letak harga rumah untuk dijual?

7)Ada tak rumah lain yang boleh compete dengan rumah ni?

Penerangan lanjut : korang baca kat sini :) Malas aku nak translatekan :p


Keputusan Pencarian Si Cilik Bergaya, paling cepat Jumaat ini aku umum yer :) Sila Semak Nama Peserta disini.Klik laju-laju :) Tapi nama korang tak akan ada selagi aku tak tinggal jejak yer :) Sila bersabar :)


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)