Showing posts with label workout. Show all posts
Showing posts with label workout. Show all posts

Thursday, April 26, 2012

Diet Hari Pertama, Gulai Ayam Rempah Cap Ros & Workout

Semalam, tak berjaya tak sentuh nasi ;p Tapi berjaya mengurangkan jumlah nasi yang diambil. Me masih tidak buat keputusan lagi nak diet jenis apa. Mungkin me nak amalkan diet yang me buat masa form 5 dulu iaitu tidak sentuh nasi pada waktu malam.Ataupun diet berprotein tinggi tu(atkins diet) - Yang ni me buat masa kerja kat PJ dulu . Dan yang terbaru me tahu pasal mengikut jenis darah tu .Tapi start semalam, me dah cuba kurangkan pengambilan nasi lah. Dari pagi sampai tengahari memang tak sentuh nasi, tapi malam tu tak menahan tengok gulai ayam, me amik jugak 5 suap nasi gitu dan 2 keping roti buat cicah gulai.



Ni hah, punca tersentuh nasi malam tadi :p comot pulak mangkuknya sebab tengah makan baru teringat amik gambar :p

Kuda oren me semalam pun dah berjaya dikayuh selama 15 minit. Nanti me akan naikkan dia punya masa secara berperingkat. Me buat 15 minit sebab target 6.30 nak masak pulak untuk dinner sebelum maghrib.Lagipun tak mandi lagi. Biasa sebelum pukul 730 me dah siap mandikan my nuha dan rehat kejap baru mandi dan solat.


Bukti kuda oren me sudah berbakti pada 7  minit pertama..

15 minit - sempat ayam beku mencair dan nasi masak :p

Ni laman web untuk dikongsikan kepada korang semua, iaitu FatSecret. Kat dalam tu korang boleh catatkan makanan apa yang korang makan & exercise apa yang korang buat serta ikut diet jenis apa. Lagi satu, korang boleh try resepi yang dicadangkan oleh peserta diet  lain yang korang ikut tu .


Korang ada nak cadangkan diet yang sesuai tak dengan me atau diet yang korang pernah cuba? 



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)