Showing posts with label tutorial watermark. Show all posts
Showing posts with label tutorial watermark. Show all posts

Friday, June 07, 2013

Macam mana nak letak watermak pada gambar sekaligus ?

Hari ni entry tutorial. Korang perasan tak semua gambar dalam belog saya ni ada watermark. Dulu saya pernah offer watermark percuma tapi skang tak sempat dah nak buat. Bagi yang nak guna watermark tu boleh rujuk kat sini tapi ni nak tunjuk cara nak letak watermark pada gambar sekaligus iaitu satu batch terus. Mula-mula download dulu freeware apps ni dulu Photoscape.



1) Dah siap download tu , buka freeware ni dah pilih Batch Editor seperti dibawah yang anak panah merah tu.




2) Pilih folder yang memuatkan gambar-gambar korang yang nak letak watermark.



3) Lepas tu , tarik gambar tu masuk kat ruangan tengah tu yang ada tulisan Drop your photo here. Tadda...semua gambar dah diletakkan kat tengah.


4)Tengok kat bahagian tengah tu jer. Ada tab Home ,Filter dan Object belah kanan tu.Pilih tab Object dan tick pada Photo1 dan pilih watermark yang korang dah ada, Kalau guna photo klik kat pensil warna kuning sebelah kanan tu dia akan keluar option utk korang setkan opacity gambar tu. Biasa ada orang buat watermark dia jadi blur ajer so korang gerakkan ke kiri bahagian opacity tu. Kalau nak terang mcm biasa 255 la opacity nya.

* Kalau tak ada gambar watermark pilih ajer Text1 dan masukkan nama belog korang atau apa-apa yang korang nak letak pada gambar lah.



4) Dah masuk part yang magis ni, korang nampak anak panah yang saya buat tu. Kalau korang letak kat tengah2 gambar watermark tu rasanya semua gambar watermark masuk frame, boleh buat sekali harung ajer tick pada anak panah merah ( Convert All ) tapi kalau ada gambar yang korang nak letak tu kat tepi kat pilih anak panah biru ( Convert current photo) . Tapi ni kan tutorial nak letak watermark sekaligus so pilihlah anak panah merah. Sekelip mata ajer semua photo anda sudah diwatermark ! Dan yang best tu, kalau korang pilih frame kat tab Home tu, semua gambar ada frame yang sama. Mudah sangat :p Tak perlu photoshop bagai lah.


Korang guna software apa untuk letak watermark pada gambar kat belog korang ?

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]  


My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef
 

Thursday, May 13, 2010

Siapa Mahu Watermark FREE?

** TEMPAHAN DITUTUP

Apa ke benda watermark tu? Waterpark ke, wadepak ke, waterface ker tau lah aku , kata si Anon :P Watermark ni adalah proses menambahkan informasi pada gambar. Watermark ni kiranya cop mohor kita pada gambar yang kita masukkan dalam belog ni lah. Watermark boleh jadi tulisan, macam aku duk biasa buat ataupun logo yang aku baru buat ini dan korang pun boleh dapatkan sama.Teruskan pembacaan sampai abes :p Kang terlepas lagi peluang keemasan.



Ini aku duk selalu buat...


Ideanya dari free watermark yang aku dapat dari belog INI.
Untuk tempahan watermark, korang boleh berhubung terus la dengan pemilik belog ok.

Perlu ke ada watermark pada gambar?

Perlu bagi aku untuk lebih meng'secure'kan gambar milik kita. Pastu, susah sket orang nak buang credit bila ada watermark pada gambar.Mesti tak jadi cilok punya. Kalo aku lah, nak cilok gambar dari belog orang lain,mesti pilih gambar yang tak der watermark.hahahaha.Jangan tiru aku ok!Kadang-kadang , ada ajer orang amik gambar kita tanpa creditkan balik kat kita macam yang berlaku pada Niza a.k.a kancilbiru.
Patutnya cara ini pun salah jugak tapi atleast kita ada credit la kepada empunya gambar kan.Nampak la hasil kerja dia dihargai.

Tutorial : Cara-cara nak masukkan watermark pada gambar ?

Masih ingat photoscape?? My all time peberet software .Download dulu kat SINI.

Klik ada gambar permandangan tu untuk masukkan logo korang.

Klik kat photo.

 

Pilih opacity gambar korang.Aku pilih 121. Pastu save.Tadaa..Siap..



 Sekarang, aku sudah ada logo buatan tangan..hehehe


Siapa Mahu Watermark FREE?

Untuk berkongsi kegembiraan aku sebab dah ada watermark buatan sendiri, aku memberi peluang kepada semua yang menjadi Follower belog aku selama ini untuk mendapatkan Watermark FREE seperti aku dengan nama belog anda sendirilah dengan mengikuti syarat seperti dibawah :







1. Mestilah seorang Follower belog elissmie.com . Kalau bukan follower tidak layak untuk mendapatkan Watermark FREE ini. Kalo nak jugak, terpaksa lah jadi follower seumur hidup.hahahaha.

2.Buat satu entri yang Title :Saya Mahu Watermark FREE dari elissmie.com . Untuk Permohonan seterusnya, juga WAJIB membuat entry sekali lagi.

3.Nyatakan nama belog , warna dan font  yang anda inginkan pada Watermark FREE anda tu.Sila nyatakan font apa pada Nama belog dan font apa untuk Copyright Reserved © tu.

4. TERBARU - BOLEH TAMBAH GAMBAR SEPERTI CONTOH TERBARU WATERMARK YANG DISEDIAKAN YER..TU CONTOH AJER..





Pilihan font yang anda dalam PC aku.Klik untuk pembesaran sempurna.

3. Jangan lupa masukkan LINK-LINK berikut di dalam entri anda:

 http://www.elissmie.com/2010/05/siapa-mahu-watermark-free.html

 http://elissmiejunior.blogspot.com

http://mieeliss.blogspot.com/


3.Tinggalkan permalink pada comment box entry ini lah.

4. First Come First Serve.Bagi aku masa 2-3 hari bekerja yer untuk siapkan ok.Dan jangan lupa tinggalkan sekali alamat email anda yer untuk dihubungi.

Korang nak tak???Mulalah buat entry sekarang, apa tunggu lagi?





Tadaa...Hasilnya...



p/s: 

Dato' Sahol balas komen aku pada facebook nyer semalam.glemer mak! 

Dato' Prof. Ir. Dr. Sahol Hamid Abu Bakar commented on your wall post:

           "Terima kasih Eliss Mie di atas sokongan dan penghargaan... UiTM Sentiasa di Hatiku..."



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 
Ain

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)