Hari tu masa balik kampung, sempat singgah di Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung, Kuala Terengganu untuk solat. Saya ke Kuala Terengganu melawat pakcik saya yang baru terkena serangan jantung. Sebenarnya saya dah solat siap-siap kat rumah pakcik saya tapi my hubby yang tak solat lagi. So singgah la jugak sebab dah lama tak tengok Masjid Terapung ni. Memang masjid wajib singgah gitu kalau ke Kuala Terengganu.
Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung telah dinamakan sempenan nama bonda Al-Marhum Sultan Terengganu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah iaitu Tuanku Intan Zaharah binti Almarhum Tengku Seri Setia Raja. Masjid ini terletak 4 km dari pusat bandar Kuala Terengganu. Masjid ini mempunyai keindahan dan keunikan tersendiri berbanding dengan masjid lain yang telah dibina. Masjid ini dibina di atas air di muara Sungai Ibai yang sekaligus menjadikan masjid terapung yang terulung di Malaysia.
Masjid yang mula dibina pada September 1991 dan siap pertengahan Januari 1994 bernilai RM6.997 juta yang dikendalikan oleh Jabatan Kerja Raya direkabentuk oleh Dato' Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dari Seni Bahri dengan menampilkan ciri-ciri tamadun Islam dan gabungan senibina tempatan.
Keluasan 1,372 meter persegi dan menara setinggi 30 meter, sebuah kubah besar dan lima wakaf serta di kelilingi air sedalam 1.5 meter ini mampu menampung jemaah sehingga 1,000 orang yang menempatkan dewan solat lelaki di bahagian bawah manakala wanita di bahagian atas.
Masjid yang telah dirasmikan oleh Al-Marhum Sultan Mahmud ini menyediakan kemudahan lain seperti bilik diraja, perpustakaan kecil, bilik dan pejabat imam, stor, tempat wuduk dan kawasan letak kereta yang boleh menampung lebih 400 kenderaan. Sumber : WIKI
Jom la layan gambar masjid yang cantik ni yer sementara menanti my hubby solat :) Teringat kenangan di Masjid Terapung Sabah dulu.
Apahal pulak duduk kat situ dik. huhuhu
My Nuha dan my Nayla. My Nuha dah 3 kali bergambar kat sini.
Patung baby tak tinggal si Nayla tu.
My Ma and the cucus
Saya dan my Ma. My Abah tidak kelihatan, jalan kat depan masjid masa ni.
Cantikkan ?
Cuaca pun cerah dan panas lit lit
Cubaan selfie yang gagal :p
Gagal pun gagal la janji masjid cantik :)
Jangan lupa bergambar di Masjid Tengku Tengah Zaharah atau Masjid Terapung, Kuala Terengganu jika berkunjung ke Terengganu yer !#visitbeautifulterengganu2017
Daripada Ibn Umar RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Jadikanlah sembahyang witir sebagai sembahyang terakhir bagi kamu pada waktu malam”.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)