Showing posts with label tempat makan menarik shah alam. Show all posts
Showing posts with label tempat makan menarik shah alam. Show all posts

Tuesday, June 12, 2012

Nasi Goreng Menangis @ Restoren Lagenda 17

Ni jalan-jalan cari makan sebelum balik kampung hari tu. Bawa anak buah my hubby makan kat luar sebab masa ni diorang baru sampai dari Terengganu. Lepas amik diorang di Stesen Bas Seksyen 17, terus bawa diorang kesini menjamu selera.


Kali ni kami cuba makan di Restoren Lagenda 17, pemiliknya adalah lagenda bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan. Lokasi sebelah ajer dengan Restoren Shuhaida Seafood.Deko dalam restoren ni memang menggambarkan seorang yang dari dunia bola sepak gitu.


 Harus ada gambar dia kan :)
 
 Menarikkan wall paper dia.

 Ada gambar David Beckham dalam wallpaper ni ;p


Jerseynya yang diframekan, menarik idea ni, semestinya 17 :)

Me and my Nuha

 Three of us :) - candid ni ;p

 My Nuha


 Nina & Luqman, anak-anak buah my hubby


 

Nasi Goreng Menangis , 3/5 Bintang.RM6.50
Kepedasan, sederhana bagi my hubby tak sampai menangis pun.


Nasi Goreng Lagenda , 3/5 Bintang.RM6.50
Biasa-biasa ajer.

Hainanese Chicken Rice, ni my nuha yang punya. 
Ok la rasa dia. 3/5 Bintang.RM6.20

 Dia memang suka makan nasi ayam dan semua nasi yang ada rasa-rasa ni :)

 Bandung Cincai RM2


Restoren Lagenda 17, 
Hainanese Chicken Rice,
85JL Snuker 13/28,
Seksyen 13,  Shah Alam
Tel : 03-55237717


Korang suka makan pedas-pedas?



Monday, May 28, 2012

Jom Pekena Sate Kajang Hj Samuri @ PKNS Shah Alam

Hari ni, memang mood blogging sedang berada ke laut . Datang ofiz, tak ramai manusia pulak tu. Semua cuti ke apa ni. Sunyi dan sepi saya benci. Tengok dalam sistem, ofiz saya hari ada 28 orang bercuti. Jeleznya ;p
So sebab jelez, saya upkan JJCM di elissmie hari ni . Dah la dekat nak lunch kan. So sedang elok lah kiranya kalau lapar kang, lepas ni korang pergi lunch yer :)


Tekak ni tiba-tiba teringin nak makan Sate Kajang Hj Samuri. Tapi tak de lah sampai ke Kajang kami, sebab kan ada cawangannya di PKNS Shah Alam. So kami kesana la malam tu.

Sete Kajang Hj Samuri. 

Buat pesanan di kaunter dan tunggu hidangan sampai. Cepat betul servis diorang ni.
 Kami order 5 cucuk sate setiap jenis iaitu ayam, daging, hati ayam dan perut lembu +
2 roll nasi himpit + teh o ais limau dan nescafe o ais (tidak kelihatan, Total Bill = RM 25 ++)
 Ada jual sate arnab tapi tak order pulak . RM2 tak silap secucuk .Kambing pulak RM 1.80 secucuk. Yang lain RM0.70- RM0.80  secucuk ajer.

Yang berbeza tang kuahnya la, sebab cili asing siap- siap. Bagus utk my Nuha. Banyak dia mintak kuah malam tu sebab tak pedas kan.

 My Nuha and me. Saja pandang tepi suh nama slim..kononnnnn :p

 Dearest hubby , pandang lain atau buat-buat pandang lain :p


Sate Kajang Hj Samuri @ PKNS Shah Alam [lot tepi sekali berhampiran dengan bus stop]
Waktu operasi : 
Mon - Tue:11:00 am - 10:00 pm
Wed:1:00 pm - 2:00 pm, 6:00 pm - 10:00 pm
Thu:12:00 pm - 10:00 pm
Fri - Sun:2:00 pm - 10:00 pm

 Korang mampu makan berapa cucuk sate dalam satu masa?

p/s:

Malam tu me makan 10 cucuk .  Jangan cakap orang naaa :p





Thursday, May 24, 2012

Thai Style Fried Meehon @ Shuhaida Seafood Restaurant, Seksyen 13, Shah Alam

Ni antara kedai yang menjadi favourite kitorang jugak. Walaupun sekarang dah tak duduk Shah Alam, memang kitorang masih lagi JJCM ke Shah Alam :p So episod kali ni , saya cuba try hidangan lain pulak sebab selama ni memang order Kueyteow tomyam diorang yang memang kaw tu dan hubby dah jatuh cinta sama Special Thai Kuali Chicken .


Hari tu kitorang datang, nampak ramai jugak orang tapi semua dah dapat makanan, so beberapa minit ajer menu kami terhidang depan mata. Tapi memang selama ni, servisnya bagus jugak. hari tu siap datang tanya kenapa tak habis, tak sedap ker padahal anak dara saya, mana habis satu portion sebab banyak tapi kalau dia tengah lapar, memang habis.hehe


My Nuha mesti order Nasi goreng cina atau Meehon sup dan air kosong :p

 Sebelum makan haruslah tayang muka dulu :p



Kali ni me cuba, Thai Style Fried Meehon .Boleh tahan rasanya . 3/5 bintang boleh bagi. RM6.90
My Nuha order Chinese Fried Rice ( tak der dalam gambar ;p)RM7

 Ni hubby punya Special Thai Kuali Chicken .RM8.80 [entry disini]



Total bil = RM33 



Venue : Shuhaida Seafood Restaurant
No 87 Jalan Snuker 13/28 Tadisma Business Park,
Seksyen 13 Shah Alam
Tel : 03-5511 3572

Kalu korang suka makan makanan ala- thai, boleh la terjah kat sini yer :)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)