Semalam, dua-dua MC. My hubby dan saya sendiri. Hubby dah demam 3 hari, rupanya demam viral sahaja. Nasib baik sejarah denggi tidak berulang. Moga dijauhkan. Sebelah petang saya ada checkup selepas 2 minggu untuk scan janin. Alhamdulillah, baby berkembang mengikut tarikh due date yang saya bagi doktor hari tu (Beza cuma 3-4 hari) . Dah nampak degupan jantung dengan jelas. Subhanallah :)
Berat badan saya turun 3 kilogram. Tak tahu sebab apa, sampai doktor nasihat supaya paksa makan even tak selera. Minggu lepas ada hari-hari yang saya tak selera nak makan nasi, mugkin itu penyebabnya. Hari tu masa tengah diet sket punya susah nak turun sampai kena exercise bagai, ni senang-senang ajer dia turun !
8 W 4 D. Due date saya 7/2/2013 :) Tercapai cita-cita nak bersalin bulan 2!
Bil semalam : RM 223.90
Sekarang, saya gunakan ni untuk kurangkan stretch marks :) Dulu masa my Nuha, gunakan minyak zaitun ajer, tapi sudahnya ada jugak ! Palmer's Cocoa Butter ni beli kat Guardian, RM19.90.Sedap baunya, rasa nak makan ;p
Korang guna apa untuk kurangkan stretch marks?