Showing posts with label satu hari satu gadget di dapur. Show all posts
Showing posts with label satu hari satu gadget di dapur. Show all posts

Thursday, May 08, 2014

Cara guna egg cutter beli @ Daiso

Hari ni saya berpuasa nazar yang masih berbaki 4 hari . Hari ni  edisi satu hari satu gadget di dapur di elissmie pasal Egg Cutter . Masih ingat tak egg cutter yang saya beli kat Daiso hari tu. Hari tu dah rasmi dah egg cutter ni. Tapi bagi saya, kalau nak cepat potong guna pisau jer. Sebab dah beli, kita guna lah yer. Kang membazir pulak. Padahal RM 5 jer pun.


Ada dua pilihan rupanya untuk potong macam mana telur rebus ni. 


Cara pertama letak kat bahagian atas yang bulat tu. 


Hasilnya ia akan terpotong macam ni menjadikan 5 slices. 


Ni teknik yang kedua...Boleh nak potong bulat-bulat...


Yang ni bergantung kepada saiz telur rebus lah. 


Telur rebus ni kalau digandingkan dengan sepinggan mee goreng basah memang terangkat. Setuju ? 


Korang pernah guna egg cutter macam ni ? 


p/s:


Friday, December 13, 2013

Set pinggan mangkuk pulak dah....

Inilah perempuan. Hari tu terjebak dengan tupperware. Ni nak terjebak dengan pinggan mangkuk pulak dah. Kat ofiz saya ni siap ada kutu pinggan mangkuk tau..makcik makcik sangat tau...lalalarikss....


Ni yang saya berkenan dan telah dipersetujui oleh my hubby..lalalala...Cantik dak??Cantik kan ??Macam comel jer :p Kalau nak cuci-cuci mata korang boleh like fb Dapur Mama dan PM laju-laju yang mana berkenan :)

Korang dah terjebak ker dengan set pinggan mangkuk ? 


Alamak berkenan pulak kat spice jar ni. Ok next month :p 

p/s:

Set pinggan mangkuk saya ni saya beli untuk majlis-majlis special jer kot contohnya majlis sambut menantu, majlis makan beradab dan majlis cukur jambul cucu saya . Makanya lama lagi la boleh pakai kan..hahahaha . Larikssss....

Beli tupperware dan tupperware harga lelong : klik sini laju-laju
Basuh kereta hari minggu di Tip Top Services Auto Spa@ Seksyen 7, Shah Alam klik sini laju-laju


Friday, September 20, 2013

Buat aiskrim dirumah sendiri dan hadiah hari lahir tertunda

Hari ni entry rojak. Mood blogging kelaut btol minggu ni sebab kejar dateline sistem. Dah la semalam sehari suntuk duk settle coding error dengan Ad. Terima kasih Ad bertungkus lumus membuka ruang kat saya :)

 

Ni bekas aiskrim yang beli dari ofiz mate. RM8 ajer. First buat apa yang ada dalam peti ajer. Ada ribena so bancuh tu jer masuk dalam ni. 

 The happy customer :) Separuh jer dia makan, separuh lagi saya makan.
Nampaknya dia tak berapa suka . Nanti nak cari bahan buat aiskrim atau gelato yang saya dapat resepi dari rancangan kat food network channel dan ofiz mate Long saya . Saya kongsikan kat bawah yer.


Resepi Aiskrim Mudah  (Resepi yang ni tekstur dia sama dengan aiskrim dalam bekas tu)

Susu UHT ( 500 ml) - Saya pernah guna susu dutch lady coklat tu
2 Cawan coffe mate

Bancuh dua-dua ni masukkan dalam blender sampai halus. Lepas tu masukkan dalam peti sejuk dan chill dalam sejam gitu biar keras. Boleh la makan macam biasa.

Resepi Gelato - food network channel

1 cup plain yougurt
1 cawan pisang yang dibekukan
1 cawan mangga yang dibekukan

Blender bahan-bahan kat atas ni dan masukkan dalam bekas besi dan chill dalam sejam biar keras sket. Boleh la makan macam biasa. Rasa dia macam aiskrim tutti fruitty gitu.


Korang pernah buat aiskrim sendiri dirumah ? 


p/s:

Resepi Aiskrim Cik Epal yang ini pun sungguh menyelerakan jugak nampaknya, boleh la cuba nanti dan satu lagi resepi aiskrim pelangi tu.


Jom tayang hadiah hari lahir tertunda pulak ni. 

 Terima kasih Ad :)

Suka betul kalau dapat cooking gadget sebagai hadiah hari lahir ni. Terima kasih Kak Long :)

 Padahal lesen mati pada hari lahir pun lupa jugak nak renew. Hampir 2 minggu bawa kereta tanpa lesen memandu yang sah ni :p Terus renew semalam 2 tahun terus tapi tak leh lawan my Ngah sampai 2018.huhuhu

Nak jalan hujung minggu dengan kereta berkilat, jom cuci kereta di Tip Top Services Auto Spa @ Seksyen 7, Shah Alam ok !


Friday, July 26, 2013

Roti Jala Dalam Pemanggang Tefal

Selamat Menyambut Nuzul Al- Quran yer semua. Bagi yang tidak bercuti sila jangan jelez :) Ni kali kedua saya menjala roti jala. Kali ni tak guna kuali tefal yang non stick tu sebab yang tu kecik tapi guna pemanggang tefal . Durhaka gadget memasak nama dia. hehehe . Kali ni edisi satu hari satu gadget di dapur di elissmie nak tayang acuan untuk menjala.






Saya punya yang 5 muncung cuma RM1.50 tak silap. Beli di Tesco kot. Lupa lak.


 Saya guna resepi ini { terima kasih kak jee}  tapi telah dialter oleh saya lah sket sebab nak buat 5 keping jer utk rasa :) 


Roti Jala versi elissmie. 
Bahan-bahan :-

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan kotak
1/2 cawan air
1 biji telor
secubit garam
beberapa titis pewarna egg yellow

Cara-cara:-

Masukkan semua bahan dalam blender dan kita putar . Sedia untuk menjala. Tapi saya paling suka makan dengan serawa durian. nanges :((

p/s: Adunan yang saya guna cuma untuk 5 keping ajer. 2 keping makan berbuka, 3 makan sahur. hehehe



Tak sangka menjadi you. Menjadi sekian hal, yang penting sedap.


Garisan grill tefal tu yang tak menahan tu..Kalau lambat sket angkat dia garing dan rapuh pulak tapi still sedap. Biasa lah ada anak kecik ni, tetiba kat ruang tamu tengok anak menangis. hehehe
Rupanya kalau nak roti jala tu lawa, lipat yang licin berkilat tu kat depan. nanti nak buat lagi la. Semalam ngam-ngam gandum cukup secawan jer.hiks


Kombinasi untuk semalam adalah gulai ayam terengganu . Saja buat pekat-pekat baru sedap mencicah.

Ni untuk sahur pulak.

Korang pandai buat roti jala tak ?


Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah untuk fakir miskin Kudat Sabah
Bank in kepada : Tuan Haji Md Idris Haji Abdullah  Maybank Berhad 164 098 445 317
Ustaz ni adalah Pegawai Hal Ehwal Islam UiTM. Dia kata kalau boleh derma RM100 sebab itu jumlah yang dia nak bagi setiap keluarga ( 100 keluarga semuanya) tapi kalau RM1 pun dia terima jer..
email beliau sekiranya sudah memasukkan wang dan cakap untuk tujuan apa ( Sedeqah/ Imfak / Waqaf / Zakat / Fidyah ) mewakilkan beliau. email  : idris962@salam.uitm.edu.my

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA untuk HARI RAYA nanti , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam sambil-sambil tunggu waktu berbuka tu . [ klik laju-laju]

Monday, July 15, 2013

Pemenang Teka Cek Nuffnang dan Fridge Magnet Langkawi



Ini jumlahnya. Pencapaian tertinggi setakat ni atau sebenarnya tak perasan nak cash out.hehehe. Tak banyak mana pun tapi bersyukur jugak tampung yang mana kurang kan.

RM 200.22

Pemenang yang paling tepat dengan tekaan RM200.


{ MamaSue }


p/s :

Sue, nanti saya balik raya terengganu, saya cari FM dari Terengganu yer sebabnya Sue ni adalah rakan seofiz kan. Tak kan nak bagi FM UiTM ;p



FM langkawi Long bagi time dia pi Langkawi 2 minggu lepas. Tq :)
 Bertambah koleksi FM langkawi kepada 3 :) 



Bulan ramadhan ni JJCM @ elissmie.com dihentikan seketika yer . Kita bawak masuk segmen baru iaitu satu hari satu gadget di dapur @ elissmie :p 


Hari ni nak tayang mould atau acuan agar-agar yang saya ada. Bentuk bintang dan cengkerang beli kat Checkers Shah Alam. 
Murah harganya cuma RM2.50 untuk sepuluh acuan setiap satu :) 
Petang ni nak buat lagi sekali Agar-agar santan rasanya...Beli kat pasar ramadhan RM 2 5 ketul cinonet ajer.Alahai...



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)