Showing posts with label review air fryer. Show all posts
Showing posts with label review air fryer. Show all posts

Thursday, July 05, 2018

Review Air Fryer Russell Taylors AF-24

Bagi sesiapa yang dah beli produk jenama Russell Taylors tak kira Pressure Cooker , Air Fyer , Oven atau apa sahaja jemput join group fb ini untuk bertukar-tukar resepi, bertanyakan masalah dan cadangan yer  : Russell Taylors PC Users (Malaysia). Hari ni saya nak review pasal Air Fryer (AF) jenama Russell Taylors yang baru saya dapat hadiah sempena Aidil Fitri katanya. Memang tak pernah terfikir pulak nak beli AF ni tapi dapat percuma haruslah saya terima dengan tangan terbuka. Alhamdulillah. Saya terima parcel dari Lazada sehari sebelum balik Terengganu bercuti hari raya . Kiranya lepas raya baru my hubby bawa balik rumah. Yang kelakar tu, my hubby semangat dia bawak balik kotak sebesar alam tu dengan motor dari KL ke rumah. Terkejut masuk dapur kotak AF tu dah ada kat dapur. Siap tanya dah goreng ayam ke sayang? Sabar je la kan. hahaha





Ni kotak yang my hubby angkut dengan motor tu dari KL ke rumah. Gigih kan?



Harga kat Lazada hari ini . Saya punya jenis manual. Ada satu lagi yang digital. Yang tu mahal sikit.



Lupa nak amik gambar tengah unboxing tu. Gambar cilok kat Lazada jer lah. Yang ada dalam kotak tu, AF dan buku manual je pun. 


Pan siap dengan basket. Basket tu boleh ditanggalkan dengan menekan anak panah kat pemegang tu. 
Pan tu tempat takungan minyak yang keluar masa tengah bakar ayam ke, nugget ke. 


Bila baca review dalam group basket ni senang karat . So bila dah guna terus basuh bersih-bersih dan lap. Lagi satu melekat katanya. Untuk elak melekat , sapu minyak dulu pada permukaan basket dan boleh la panggang apa-apa kat atas. Alhamdulillah setakat guna beberapa minggu ni ok je. Kalau rasa ada yang melekat tu, rendam sekejap dan boleh basuh seperti biasa. 



Produk ni ada setahun warranty. 

Yang best pasal AF sebab memang sikit je minyak diperlukan atau tanpa minyak terus. Bergantung apa yang korang nak masak lah. Kalau nak goreng ayam tepung bistari tu, kena salut minyak lepas dah coated dengan tepung tu sebab kalau tak dia tak jadi macam ayam goreng kfc tu la. Tapi kalau nak bakar ikan tawar, masukkan terus je ikan tu tanpa minyak kan macam korang bakar atas dapur arang tu. Kalau nugget tu pun tak perlu minyak dah main campak-campak je dalam AF. Anak-anak pun boleh tolong. Tapi anak-anak saya tolong cakap je, Ummi dah bunyi ting. hahaha. Maknanya dah siap masak. 

Kalau nak masak guna AF ni , bila-bila masa boleh check basket tu samada makanan tu ok ke tak ok. Lagi satu kalau rasa dah cukup masa boleh putar knob tu ke 0 maknanya dah siap masak. AF ni berbeza jugak antara brand. So kena pandai-pandai la korang adjust masa . Brand baru kan. So resepi dia agak limited. Saya dah join group Resepi Air Fryer Malaysia kat facebook .Alhamdulillah banyak juga membantu. Yang saya dah buat setakat ni, ayam goreng , ayam bakar , goreng nugget, puding roti dan lasagna.  Nanti saya share resepi bila- bila free yer atau korang join je group Russell Taylors PC Users (Malaysia). sebab saya dah kongsikan dah kat group tu. 

Apapun, saya bagi 5 bintang untuk Air Fryer Russell Taylors  ni. 

Korang dah ada Air Fryer ? Jom masak ! Memasak itu mudah dan menyeronokkan bukan, tambah-tambah ada Air Fryer . hahaha. larikss..#jommasakelissmie




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)