Showing posts with label pulau pangkor. Show all posts
Showing posts with label pulau pangkor. Show all posts

Thursday, June 10, 2010

Pulau Pangkor Day 3

 Hari ketiga percutian ke Pulau Pangkor diteruskan. Breakfast pagi tu, my Long dan my Angah pergi carik breakfast kat Pulau Pangkor.Kami makan nasi lemak, pulut pagi dan kuih-muih.Mood adalah lapar, dan tak sempat dah nak snap gambar makanan.





Siap ajer makan, apa lagi.Kita mandi dulu! Hari terakhir jangan disia-siakan untuk mandi yer.Dan main pasir puas-puas.Sebab bila dah balik Shah Alam mana nak cekau pasir nak buat main.Betul tak?My Nuha baru ada mood nak mandi laut. Dah laa, hari sebelum tu siap cakap sakit bila kaki pijak pasir pantai.Punyalah manja!Mengada-ngada jugak!

Pukul 11 lebih, kami semua balik ke challet sebab pukul 12 tengah hari tu dah kena check out.Mandi dan pack baju semua, terus bergerak ke receptionist.Sebelum tu sempat jugak bergambar di hadapan challet.Bukan boleh selalu datang sini kan.Amik gambar sampai lebam!





 Honeymoon yang tertunda :P

Tengok selipar rasmi aku disana, buatan Jepun ajer..hehehe.sempoi tak?

 Eliss + Mie = Nuha

 Very the pink kan taxi van ni?

Lepas dah settle semua, kami tahan van teksi. Aku rasa van yang very the pink ni , ajer teksi yang ada kat Pulau Pangkor. Dari jeti ke resort ni, RM10 / van.



Bergambar dalam feri pulak masa on the way balik tu sambil menikmati panorama laut yang mengasikkan.Jelez tak??

Kalo dah ke Pulau Pangkor tu, tak reti-reti ker nak beli souvenier untuk kawan-kawan kan? So, kami singgah di kedai cenderahati dan seafood yang dikeringkan.Banyak pilihan yang ada.So pilih sampai lebam!


Teruja tak dengan percutian kami? Apa tunggu lagi, tempah lah sekarang. Check it out HERE . So far, semua ok lah disana dengan budget percutian kami yang serendah RM 400 ++ :)



Kalo tak cukup duit, mula lah menabung sekarang!Hahahaha.Larikss..


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Wednesday, June 09, 2010

Pulau Pangkor Day 2

Percutian ke Pulau Pangkor disambung semula setelah bercuti beberapa hari sebab balik Terengganu.Berjalan saja aku macam tadak kerja.huhuhu.Padahal banyak gilos kerja kat ofiz ni.

Hari kedua, dimulakan breakfast yang disediakan oleh pihak resort.Kena tambah RM 6 sekepala sebab hanya 2 kepala ajer satu chalet dalam pakej tu yang disediakan brekfast.




Venue : Restoren Tok Sidang
Menu Breakfast: Nasi Lemak + Mihun Goreng + Teh Tarik

Lepas ajer breakfast, apa lagi, kita mandi dulu! Kalo muka tak nak kasi hangus, harus lah pakai sunblock!Aku rembat kak ipar aku punya ajer.hehehehe.


 pic credit to : here


Masa kitorang syok mandi,Long dan Ngah aku pergi pasar untuk carik bahan untuk buat BBQ malam hari. Motosikal pun boleh disewa kat sini.RM 15/ sehari.Lepas tu baru diorang berdua datang meramaikan majlis.Tengah hari pulak, kami masak simple-simple dan makan dalam challet ajer.Penat mandi laut, mesti syok makan walaupun makanan tak seberapa.




  vrooooooooooomm!!!

 Tengah hari tu jugak, aku dan my hubby ditugaskan untuk mencari lauk tambahan untuk anak-anak.Merempit dalam Pulau Pangkor lah. Kat sini, aku nampak ramai ajer yang selamba tak pakai helmet.hehehe.Biasa yang pakai helmet tu , pelancong lah.Kami lah tu..Vrooooooooom! My nuha siap nanges tak nak naik motor tapi bila dah jalan baru ok, siap tangan macam titanic lagi sebab hembusan angin pulau yang menyamankan! [ayat kasi gegar!!]


Menu Lunch : Nasi Putih + Ikan Singgang + Sambal Sotong + Ulam -ulaman
Venue : Family Challet 7

Malam hari, Ngah dan my hubby ditugaskan untuk membakar udang, ikan dan sotong. Untuk BBQ, pihak resort kenakan bayaran RM 15(tak silap lah, lupa plak) untuk arang dan tempat bakar tu. Aku pulak, masak nasi goreng yang simple tapi lazat (hahahaha) menggunakan rice cooker ajer. hebat bukan?



Menu Dinner : BBQ udang, sotong dan ikan pari + Nasi Goreng
Venue : Family Challet 7



p/s:

Kat Pulau Pangkor, kalo nak save budget especially yang datang ramai macam family aku ni, adalah masak sendiri! Lauk fresh memang murah tapi kena cepat lah pergi pasar!


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Friday, June 04, 2010

Pulau Pangkor Day 1

Bertolak ke Pulau Pangkor dengan menaiki kereta Long aku.Muatan memang penuh.Kalo ada orang tahan tengah jalan , memang tak boleh tumpang lah.Bertolak jam 9 pagi dan singgah breakfast dulu. Perjalanan hampir 3 jam lebih ke Jeti Lumut. Lunch kat Lumut sebelum bertolak menaiki feri .




Jangan lupa tiket pun nak posing.
Info : Tambang Dewasa : RM10 (Pergi balik)
Kanak-kanak atas 5 tahun :RM5 (Pergi balik)



Harus bergambar di Jeti Lumut.



Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit.My Nuha memang seronok duk dalam feri.Maklumlah jakun, first time naik feri.Lepas kena marah baru reti duk diam.Oh silap, tu otw  balik :)



Harus bergambar di Jeti Pangkor.



 Check in dulu. Kami menginap di Pangkor Village Beach Resort. Aku kongsi bilik dengan Long aku (Family Room) - Ada 2 katil Queen dan 1 tilam single (untuk my Nuha) + Ngah aku (Deluxe Room - 1 Katil King dan 1 Katil Single). Chalet ni memang betul-betul mengadap laut sampai Long aku mimpi dia kena tsunami lah.hehehe.Ada aircond! Memang syok habes sampai my Nuha tido sorang-sorang pun tak sedar langsung.Haruslah aku tido atas katil :) [Jangan fikir bukan-bukan, kami berkongsi bilik yer]




Sempat jugak main air kat pantai sebelum air pasang.Sempat lagi tu sebab Danish dah tak sabar main pasir :)


Total : RM 590 (3 H 2M)




Permandangan betu;-betul depan chalet aku duk tu :) syiok habes!


Malam tu, makan kat bilik ajer dan order kat Restoren Tok Sidang, chalet tu punya ajer.
Makanan tak sempat nak snap sebab lapar sangat dan korang tengok bil ajer lah. Itu ajer aku nak update hari ni.Kalo rasa muak, maaflah. Aku nak buat sampai Day 3 :)

 p/s:
Malam ni aku balik Terengganu sampai hari Selasa.So jangan rindu aku ok! ahaks ! chow!



  p/s:
 Semalam, dah sampai basikal senaman yang dibeli ke rumahku.

 p/s:
Doakan aku rajin mengayuh dan kembali slim ok!hahahaha.




AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free
 
1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

Wednesday, June 02, 2010

Pulau Pangkor Jauh Ketengah...

Gunung Daik Bercabang Tiga.Hehehe.Maklumlah, baru balik dari Pulau Pangkor semalam kan.Alhamdulillah, selamat pergi dan selamat kembali.Hari ni, bz sangat.Tak sempat nak update apa-apa pasal percutian keluargaku yang tentunya best lagi menyeronokkan [ayat kasi bombastik] hahahaha.Lagipun, gambar aku tak amik sangat kat sana.Sebabnya Long aku yang amik gambar dan kamera digital my hubby lak buat hal.

Aktiviti snorkeling memang aku tak buat lah sebab tak reti berenang.Cuma merangkak di dalam air ajer yang termampu aku buat.Hahaha.Dan yang paling best main pasir dengan my nuha.My hubby paling banyak main air sebab dia sorang ajer yang reti berenang pun. Nanti-nantilah aku cerita bila dah dapat gambar dari Long aku.

Ni satu-satunya gambar kami bertiga yang ada dalam kamera hp cikai aku ni.


My Nuha berlatarbelakangkan Feri di Jeti Lumut.

p/s: Kepada 3 orang yang bertuah pada entry INI, sila bagi alamat yer untuk tujuan pengeposan souvenier di alamat email elissmie[at]gmail[dot]com

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)