Hari tu ada promosi Photobook Malaysia RM 1 yang 6" X 6" Mini Square Softcover Photobook tu la. Bukan offer dari Lazada tapi direct Photobook Malaysia. Sekarang pun ada promosi tapi tak dapat lah RM1 . 10 copies RM 95. Boleh dah tu nak beli. Semak dulu T&C sebelum beli. Yang saya punya RM1 tu tak boleh bulk order, so postage asing-asing even photobook sama dan alamat yang sama kan. Tapi ok la dari harga asal RM79 kan.hahaha
Jom tengok photobook yang telah saya submit. Design semua sendiri jer kali ni sebab macam tak puas hati jer tengok template yang sedia ada tu. Gambar ni ada yang raya 2015 sekali sebab tak cukup gambar . Belasah je la.hahaha. Bukan selalu buat photobook kan . Ada satu lagi tak sempat buat yang pergi Sabah tu.
Cover depan belakang
Siapa yang nak saya designkan photobook boleh email ke elissmie@gmail.com , harga kasih sayang saya charge tapi photobook kena la beli sendiri yer. hahaha
Daripada Abu Hurairah (juga) katanya, sabda Rasulullah SAW, “Wahai perempuan-perempuan muslimat janganlah engkau menghina seorang jiran kepada jiran tangga yang lain, sekali pun (apa yang diberi itu) berupa kaki kambing.”
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)