Esok bercuti dengan my Nayla ! Yeay :p
As salam.. Salam Jumaat kata kau ! Semalam 2 Belog aku kena delete , elissmie.com dan elissmiejunior.blogspot.com. Ngeri btol lah weh....Pastu, bila login, dia cakap akaun aku ada aktiviti yang pelik gitu kan, macam spammer guna la sebab hari tu entry belog My Nuha post entry pasal menang loteri lagik.Terus tukar password semua. Nasib baik boleh recover balik , dengan satu langkah ajer iaitu masukkan no telefon korang dalam form tu dan automatik akan dapat nombor kat handphone, masukkan nombor tu dan activate ajer...Cuak sungguh kan...Alhamdulillah ok semua...
Alhamdulillah, settle dah urusan malam tadi dengan jayanya untuk step pertama dan skang menuju step seterusnya. Moga urusan kami berjalan lancar.psstt..Pembelian rumah pertama kami :) Alhamdulillah :) Alhamdulillah :) Alhamdulillah :) Step pertama : Booking, step kedua : S& P :) step ketiga : Penilaian dan step keempat : Permohonan.
Ok. Seriyes tak kelakar :p Yang aku tahu, Kopi Tahi Musang adalah kan orang minum tapi aku tak sanggup.
Ni musang boleh dimakan ? Korang percaya ker musang boleh dimakan ? Aku makan malam tadi ni..Seriyes...
Masih lagi berkisar tentang Misi Pencarian Rumah.Hari tu ada orang tanya kat mana aku cari iklan untuk rumah untuk dijual.
Cara pertama adalah melalui laman web, kemudian aku pergi survey2 kawasan tu. Kalo dah tahu kat mana kawasan tu, aku call lah agen untuk tengok rumah.
Cara kedua adalah pergi terus ke kawasan yang kita nak tu, dan tengok rumah-rumah kat situ. Untung-untung ada ditampal nombor telefon agen pada pagar rumah untuk dijual tu.Satu kelebihan sebab kita dah tahu condition luar rumah tu. Kalo luar reput, kat dalam apa tah lagi kan :p
Cara ketiga adalah lihat iklan yang ditampal pada pokok,tiang lampu ataupun dalam surat khabar.
Masih lagi dengan Misi Pencarian Rumah. Kalo korang bosan.Nasib lah.Hehehehe :p Nak cerita jugak. Semalam, seharian kami bergelandangan di jalan raya dan melihat rumah-rumah untuk dijual. Betapa serious buyernya kami :p Selagi misi tu tak habis, selagi tulah aku tak boleh nak tambah bilangan anak dan my hubby tak dapat superbike dia :p
Bagi tujuan pinjaman perumahan perbendaharaan,pembelian ke atas rumah yang terdapat tambahan bangunan perlu disertakan dengan dokumen kelulusan PBT. Jika tiada, nilaian hanya mengambilkira bangunan asas sahaja (tanpa tambahan). - Sumber : Pegawai Penilai Shah Alam
Korang nak tahu, Jika penilaian lebih rendah dari harga rumah yang ditawarkan, korang perlu menambah baki harga rumah itu sendiri.Contohnya harga rumah 170K,tapi penilaian adalah RM130K, maka korang perlu menambah RM40K sendiri .Kiranya pinjaman diluluskan berdasarkan penilaian atau pinjaman mengikut mana yang terendah.
Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)