Korang ada pengalaman bercerai susu? Bagi yang belum mempunyai anak, boleh jadikan entry ini sebagai panduan. Beberapa minggu lepas, my Nuha genap 2 tahun.Cadangnya nak bercerai susu lah.Tapi sampai hari ini, my Nuha still breastfeed tapi sebelah malam sahaja dan hujung minggu.Last week cadangnya nak bercerai lah susu dengan my Nuha. Berikut adalah petua lama untuk bercerai susu yang aku dapat dari ibu, ibu mertua, ipar duai, sahabat handai dan entah siapa-siapa , aku pun dah lupa :)
Petua lama untuk bercerai susu :
1) Bawang putih - Inilah teknik yang aku gunakan last week. Seelok-eloknya, dicuba pada waktu siang di bulan puasa sebab malam, susah plak orang lain nak men3te3k..hahahaha.Ops! Larikss.. Yang kelakarnya, bila aku apply teknik ni kat my Nuha, bila dia hisap jer, dia cakap "pedas, pedas, syuh lut" (Read : Basuh Mulut ) . Siap request next t3t3k, lepas tu still cakap "pedas, pedas, syuh lut" . Bila aku dah basuh mulut dia, dia fobia nak hisap yang belah kiri sebab aku terletak banyak sebelah kiri.Sehari jugaklah dia tak hisap t3t3k sebelah kiri.hahahahaha :p Lepas tu, aku dah kesian plak nak teruskan letak bawang putih tu....
2) Lipstik - Ni ala-ala darah gitu. Belum cuba lagi.Seelok-eloknya guna lipstik yang merah terang lah kan?
3) Sos - Ni pun ala-ala darah jugak.Kalo budak yang kenal darah, mesti geli nak hisap kan.Kalo tak sos cili mau pijar t3t3k kan? Letak sos tomato lah kot erk..hehehe
4) Pewarna sirap - Ni pun ala-ala darah jugak.Agak-agak merah tak t3t3k aku nanti bila guna petua ni? hahahaha.Belum cuba belum tahu kan?
5) Batang wali - Ni memang akar pokok herba.Dan rasanya amat pahit.Kalo terkena sekali, memang sehari tak lalunak makan dan minum.Sesuai jugak untuk perokok tegar ;p
6) Jadam- Jadam mempunyai rasa yang pahit dan ia sebenarnya diproses dari daun lidah buaya.Ni aku tak tahu nak cari kat mana.Rupanya ni baru pertama kali tengok bila aku google tadi :)
Bagi aku untuk bercerai susu, kekuatan mental amat penting.Dan tiada belas kasihan.hehehehe.Setakat hari ni, aku masih tiada ciri-ciri tersebut dan rasanya my Nuha pun belum bersedia mental dan fizikal untuk bercerai susu walaupun sekarang dia dah pandai
menyusukan badan kepada Pipin nya..Kesihan pipin, menjadi mangsa.Mangsa keadaan.
Korang ada pengalaman bercerai susu? Boleh kongsi pengalaman disini? Teknik apa yang digunakan?