Showing posts with label orang nikah. Show all posts
Showing posts with label orang nikah. Show all posts

Monday, March 31, 2014

Homestay Singgahsana @ Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu

Hari tu balik ke Kuala Terengganu untuk menghadiri majlis pernikahan dan persandingan sepupu saya dan pasangannya, kitorang bermalam di Homestay Singgahsana. Maklumlah bawa anak-anak puteri lilin saya ni, haruslah mencari homestay yang dilengkapi kemudahan aircond.


Homestay yang saya sewa ni berhampiran rumah makcik saya. Rumah teres setingkat corner lot yang terletak di Taman Bukit Bayas Indah, Kuala Terengganu. Ada dua pilihan samada untuk sewa satu rumah atau satu bilik. Kami sewa bilik dengan kadar sewa RM60 semalam untuk bilik katil queen. Saya sewa dua buah bilik RM60 dan satu lagi bilik dengan 2 katil queen dan 1 katil single. Yang tu RM110 sebilik.

 Ni bilik yang saya sewa untuk kami 4 beranak. 

Yang ni bilik abang saya. Ni katil sebelum kena ligan :p

Cadangan saya buat pemilik homestay agar TV ni tidak lagi digunakan sebab dah banyak kes TV terhempap bayi kan. Hari tu pun my Nayla duk tarik-tarik TV tu, risau betul. Terpaksa tak tengok tv. 

Bilik air yang bersih tapi tak der heater. Nasib baik tak biasa mandi guna heater. 

 Dan yang terpenting sekali, haruslah kemudahan aircond. 

Inilah homestay nya. Yang belah kanan bilik, yang kiri rumah. 

Overall, kami berpuashati menginap disini dengan kemudahan yang selesa dan yang penting anak-anak tidur pun tidak meragam. 

Alamat Homestay : 
 PT 2013 Taman Bukit Bayas Indah, Pasir Panjang, 21100 Kuala Terengganu.

LOKASI : 5 km ke pusat bandar Kuala Terengganu / Pantai Batu Burok,
3 km ke Mydin Mall / Giant,
7 km ke TTC ( Taman Tamadun Islam),
5 km ke tempat Keropok Losong,
7 km ke UiTM K. Terengganu,
3 km ke Kuala Ibai Golf,
4 km ke Masjid Terapung,
berdekatan dengan 7e kedai makan.

MENYEDIAKAN PENGINAPAN RUMAH DAN BILIK
KEMUDAHAN PENGINAPAN RUMAH :

* 3 bilik tidur dan 2 bilik air :  2 bilik dilengkapi 1 katil queen dan 1 bilik dilengkapi 2 katil single
* setiap bilik ada aircond, kipas dan almari pakaian
* TV dan sofa di ruang tamu
* lain-lain kemudahan:  toto, bantal tambahan, tikar sembahyang, penyidai pakaian & sterika
* kemudahan di ruang dapur : peti ais, kettle, periuk nasi elektrik dan pinggan mangkuk.

HARGA : 
1 malam - RM200
2 malam - RM190 semalam
3 malam - RM180 semalam
4 malam ke atas HARGA BOLEH DIRUNDING
KEMUDAHAN PENGINAPAN  BILIK :
* bilik standard No.1 & 2 - 1 katil queen.
* bilik besar (No.3) - 2 katil queen,
* setiap bilik disediakan bilik air, aircond, kipas, TV warna, penyakut pakaian, kerusi rehat, meja kecil, eletrik kettle serta tuala mandi.
*  juga.... toto, tikar sembahyang dan bantal tambahan
Kemudahan di ruang rehat - peti sejuk, periuk nasi, sterika dan pinggan mangkuk.
HARGA :
 bilik standard (no.1 & 2) - 1 malam:  RM60
                             
 bilik besar (no.3) - 1 malam RM110
                 
 HARGA untuk 3 malam keatas boleh dirunding.

PARKING KERETA DISEDIAKAN
CHECK IN : 2.00 PETANG, CHECK OUT : 12.00 TENGAH HARI
SEKIRANYA INGIN MEMBANTALKAN TEMPAHAN SILA BERITAHU TERLEBIH AWAL 
UNTUK TEMPAHAN :
HUBUNGI : 012-9219189 ( NORDIN)
                   : 09-6227080 (KAK NIK)

Sebelum balik haruslah posing dulu :)

 Keluarga besar saya...
Tapi tak cukup korum...

 My happy family :)

My princess and me :) 

#my princess #siblings 

Akhir sekali, tahniah buat pengantin baru. Semoga berbahagia selalu. Lepas dah settle majlis nanti, jemput datang ke rumah pulak yer. Hari tu bakal pengantin demam masa datang hantar kad jemputan, tak selera makan.

Ain & Wa'ie 


gambar cilok kat FB .Credit to photographer of the day. Mahzan Mohd Wedding Photographer.


 Dan satu lagi selamat pengantin baru juga buat sepupu my hubby yang bersanding pada hari yang sama.



Semoga berbahagia selalu. 


Wednesday, May 29, 2013

Musim orang kawen dan 4 koleksi terbaru Fridge Magnet

Siapa kawen musim cuti sekolah angkat keyboard ?  Mesti ramai yang sambut anniversary musim cuti sekolah kan. Saya kawen masa raya :) Setiap kali raya mesti terkenang-kenang la kan. hehehe. Hari Sabtu lepas, jiran belakang rumah kawenkan anaknya. Hari Ahad pulak, kawan serumah my hubby masa bujang dulu lak kawen dengan orang Rawang. So moh ler ker Rawang kita.First time jejak Rawang. Nak tersesat jugak, nasib baik ada GPS.

Apapun, Tahniah buat Anz dan Shila. Semoga berbahagia sampai ke syurga gitu.

Posing-posing sebelum bertolak ke Rawang. Belum ada gambar berempat ni...
 Ni my Nuha amikkan.

My hubby lak amikkan gambar bertiga

Headband yang beli kat kedai Hadiahku haritu. RM3++ ajer..hehehe

Posing adik dan kakak.. 

Hari ni saya nak tayang koleksi Fridge Magnet yang banyak tak berupdate lagi ni. Jeng-jeng jeng...Jangan jelez noooooo..... Skang ni banyak kawan-kawan my hubby bagi me FM sebab hubby dah siap-siap pesan kat kawan-kawan dia kirim FM .Terima kasih yer sayang dan kawan-kawannya :)Semua kat bawah ni daripada ofiz mate hubby yang pergi bercuti :)

FM Jakarta Indonesia

FM Thailand..sawadeekappp :p

FM Sabah 

Lagi FM Sabah...

 p/s:
Ada satu lagi dari Korea tapi terlupa pulak nak suh hubby bluetooth kan :p 
Yang tu tayang lenkali lah.. larikkksss....


Korang dapat banyak undangan kawen musim cuti sekolah ni ?


My Nuha | Aku Bukan Chef

Friday, December 02, 2011

Bila Tokey Spring Potato Cawangan Alor Setaq kahwin....

As salam semua. Selamat Pagi Jumaat. Mulakan hari dengan ceria. Hari ni me datang kerja dari rumah baru :p Berdebar semua duk ada pada hari sebelumnya sebab tak tahu situasi pagi kat area rumah baru tu. Tup tup my hubby cakap dia nak pakai kereta hari ni sebab nak ke HQ dia. Yeay ! Tak perlu test skill dipagi hari ;p Keluar pukul 7.07 dan sampai 7.21 rumah pengasuh my Nuha. Satu kelegaan jugak la sebab budak dah cuti sekolah kan .Kalo me yang bawak mungkin drag sket la kot ;p 7.23 mungkin.[tak nak kalah :p]


Ok, ni nak cerita tentang majlis kahwin Tokey Potato Spring Cawangan Alor Setaq . Adik kakak ipar, Kak Long me sebenarnya. Me kesana hari Sabtu petang. Dah la hujan sepanjang jalan. Memang lambat btol la sampai.Kira-kira 6 jam ke Penang. Esoknya pulak baru gerak ke Alor Setar. 

Jom laa layan gambar sekitar majlis sebelah pengantin lelaki. Me tak sempat pun pergi rumah pengantin perempuan sebab dibuat hari sebelumnya.Awas banyak gambar :p



On the way kesana. Langit cerah. Alhamdulillah..



Dah nama tokey kan, harus ada Spring Potato PERCUMA 
Sempat lah jugak makan tapi kena beratur nak amik sebab ramai budak-budak .
Mak bapak budak pun suka :p



Selamat Pengantin Baru, semoga berbahagia hingga ke syurga Farhan & Diela.




Pengantin baru dan isteri pengantin lama , nak jugak !!!



Masa ni tak der orang nak tolong amik gambar, so marilah ber 'uncle gedek' .
Jangan marah erk uncle ! keh keh keh

 
My beloved Abah


My beloved Ma



My beloved family..Tak cukup :p


Goodies bag siap dapat Tupperware® gitu. So dapat 3 bijik


Beg goodies sama tema dengan baju family diorang, oren


My beloved hubby & Abah


Gossip gossip gossip is everywhere ;p
Tudung putih tu single tapi tak tau la available ker tak :p My kazen.

  

Tahniah jugak kepada my beloved bro, Eg & Ummi diatas kehadiran benih cinta...
Jaga Ummi elok2 dik ! Jangan bagi angkat berat-berat..

 My Nuha & Danish, my nephew


My Nuha & Rayyan, my nephew

 
Bakal Pengantin 2033 :p


Goodies untuk budak-budak, ada Sumijelly :p

Korang banyak ker attend kenduri kahwin bulan ni ??


Thursday, May 05, 2011

Bunga Telur Murah-murah di CT Handicraft Shah Alam

Weekend hari tu, misi pencarian bunga telur telah bermula. Ingat nak survey2 ajer, tapi sebab malas nak fikir banyak kali, so rembat ajer lah. Mak aku cakap nak yang jenis gantung pulak , so yang jenis kotak hari tu tak jadi la nak beli :p Save budget mak..hehehehe

Tema warna yang mak aku nak adalah kuning gold. So banyak jugak pilihan, boleh terambang mata. So, aku cakap budget aku kat salesgirl tu, terus dia tunjuk-tunjuk kat aku. Tak satu pun aku berkenan. Hahahaha. Last-last aku carik sendiri dan masih mengikut budget aku...hehehehe :p Budget adalah rahsia. Kang dibuatnya baca belog aku, naya :p

Sesiapa yang nak carik bahan untuk hantaran ker, bunga telur ker boleh la try pi jenguk sana. Mungkin sesuai dengan budget korang. Kedainya terletak belakang Hotel De Palma Seksyen 19.


Tengok alamat dulu..


Inilah kedai dia, bergabung dengan kedai Hardware.

Ni belah dalam kedai dia..Luas jugak..macam warehouse.



Antara barangan yang ada, tengok kat banner :p



Ini pilihan aku..Punya susah nak pilih macamkan aku yang nak kawen :p



Paper bag..Kurus dan panjang mak aku nak :p



Siapa yang suka english style, sini pun ada banyak pilihan dari paper bag sampai cenderahati..


Sempat lagi my Nuha posing maut kat situ :p


Friday, April 29, 2011

Bekas telur cantik-cantik dan murah, nak dapatkannya dimana ?

Bukan aku nak memperbaharui perkahwinan yer :p Ini nak cari untuk satu-satunya adinda yang belum menamatkan zaman bujang dan bakal melangsungkan perkahwinan pada 4 Jun  nanti.  Semua mintak orang sponsor :p Syokk  laa ko dik... Aku pun sudi jugak kiranya sponsor bekas telur tu pun sebab ma aku request..hahahaha



Sorry, single but not available..
Gambar aku cilok dari fb dia. Weh, ko bila nak approve hakak as friend ni hah?

pic credit to : here
P
Pilihan aku yang macam seramik-seramik macam ni.

Aku ada tanya ofiz mate aku, dia cakap sebelah De Palma Hotel Shah Alam ada tempat jual barang-barang perkahwinan murah-murah dengan kata lain dengan harga borong laa kiranya. So, esok ingat nak pegi sana serbu. Ahad nak ke KL, sebab kat Chow Kit kakak aku cakap pun ada. So marilah kita survey banyak-banyak tempat. Sekarang masa untuk berjimat yer... :p (Ker kedekut ?  :p )

Nak pergi Nilai 3 memang malas lah. Kalo boleh nak cari area KL atau Shah Alam ajer..Terimbau pulak kenangan ke Nilai 3 dulu  nak cari barang perkahwinan, siap ada check list lagi barang-barang nak beli dan tampal segala tok nenek resit dan bil dalam buku tu. Buku tu masih ada dalam simpanan tapi dah berhabuk..hehehe

Korang tahu tak kat mana lagi aku boleh cari ?


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)