Sambutan Hari Lahir buat 2 chenta hati saya, my hubby ( pada tanggal 2.1. ) dan my Nayla hari ni ( 8. 1) .Sambut kat rumah 4 beranak jer . Sebenarnya sambutan ni pada sabtu lepas iaitu pada hari lahir my hubby sekali harung untuk my Nayla hari ni.Senang sekali harung. Musim-musim gawat ni kan. hehehe. Kali ni tak beli kek, buatkan special untuk dua kesayangan hati ikhlas dari hati gitu, Kek Moist Coklat Meleleh Strawberry . Hamboi kemain panjang namanya yer padahal kek coklat jer pun. My Nuha la beria-ria sangat nak buat surprise kat Abah dia. Kebetulan minggu pertama my hubby memang kerja hari sabtu, so senang la sket nak buat surprise. Pagi-pagi lagi lepas my hubby turun pergi kerja dah kukus kek. Hampir pukul 2 baru my hubby sampai rumah. Siap tutup lampu sebelum my hubby masuk dan nyanyi lagu birthday ramai-ramai kat dia. hehehe. Terharu tak sayang ?
Potong kek dulu. My Nuha pun sibuk jugak nak potong kek..hahaha
Kek Moist Coklat Meleleh Strawberry . Last minute plan la ni. Gambar Upin dan Ipin tu gunting dari sampul raya. hahaha. 37 tahun usia my hubby tahun ni ( Lagi 3 tahun nak masuk 4 series :p) dan 3 tahun umur my Nayla.
Kemain dua beradik ni tiup lilin. Siap repeat tiup lilin tak boleh blah. hahaha
Lantak la korang berebut pisau kek pulak nak potong
Potong kek 3 beranak. Tangan nayla terselit kat bawah.
Kakak pulak nak potong kek
Kemain la adik tu buat muka ..Ada jer pelik-pelik ekspresi muka dia
Mak tak masuk frame lagi. Tumpang sekaki..hehehe
Yang belakang tu jumpa plastik tulis happy birthday dalam kabinet, buat dekorasi kat cermin. My Nuha la tuh punya idea.
With my beloved hubby
Selamat hari lahir sayangku , Mohd Hizaami . Semoga terus menjadi imamku dunia akhirat . Semoga dengan pertambahan umur ini, dirimu sentiasa dibawah rahmat Ilahi dan kasih sayangNya. Sesungguhnya aku menyintaimu kerana Allah bukan setakat to the moon or pluto and back :* :*
Melaram dengan hadiah hari lahir Abah tahun ni. Bluedio Hurricane H-Turbine Bluetooth 4.1 Wireless Stereo Headphones Headset .
My Nuha pulak nak pakai.
Kad hari lahir buat my hubby dari my Nuha dan my Nayla. Kisah kad ni sebenarnya my Nuha tak nak tulis nama adik dia . Lepas tu kena paksa jugak kat Ummi suruh tulis.hahaha
Bawah ni gambar yang my hubby whatsapp dari ofiz. Sound dia sedap katanya.
Haruslah warna merah yang saya pilih. My hubby pun memang suka warna merah selain hitam :p
Boleh bluetooth dan wireless headphone ni tapi ada kabel jugak boleh cucuk kat pc .
Matching pulak warna dengan wallpaper pc yer sayang :p
Untuk my Nayla tak tahu lagi nak beli hadiah apa . Adik nak hadiah apa dik? Apa tabilet * tablet :p ? ok pengsan 3 kali..hehehehe. Tunggu Ummi order kat Abah dulu yer..Dear Nur Nayla Hazeeqa, semoga jadi anak yang solehah, penyejuk mata dan hati kami, menjadi asbab kami menuju syurga Ilahi . Jangan suka cari pasal dengan kakak, jangan gaduh dengan kakak. Adik dah besar. Dah boleh panggil kakak tau , tak mo manja-manja. Hari ni hari kelima dah adik nangis pergi rumah pengasuh..huhuhu. Plz jangan manja sangat, tahun depan kita bagi tittle baru kat awak yer :p