Showing posts with label movie review. Show all posts
Showing posts with label movie review. Show all posts

Thursday, April 04, 2019

Review Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Korang dah tengok ke Upin & Ipin :  Keris Siamang Tunggal ? Hari tu berkesempatan bawa anak-anak tengok wayang kat AEON Bukit Raja. Dengan jiwa kanak-kanak penuh di dada mak dan my hubby bawa la diorang tengok seawal 10 pagi lagi. Semua excited bukan main sebab lama dah tak tengok wayang.Last 2 tahun lepas kot citer Tombiruo. Semua dah booking kat tgv online even popcorn pun . Tak perlu bersesak-sesak sebab ada fast lane untuk redeem bagi beli makanan online. Saya suka tengok wayang awal pagi ni sebab senang nak parking. hahaha. Mall pun baru nak buka kan. 


Ada pulak poster Upin & Ipin Keris Siamang Tunggal  kat depan AEON Bukit Raja ni

2 anak dara mak


3 anak dara mak. Adik pun nak bergambar


My Nawfa dalam wayang sebelum tayangan


Amboi khusyuk dik tengok hp Abah 


Baru pandang Ummi yer


2 budak happy 


My Nuha amikkan gambar  
Sinopsis : Semuanya bermula apabila Upin, Ipin dengan kawan-kawannya: Ehsan, Fizi, Mail, Jarjit, Mei Mei dan Susanti tersandung pada keris mistik di bilik stor Tok Dalang. Keris ini tiba-tiba membuka portal dan membawa mereka terus ke kerajaan Inderaloka. Ketika mencari jalan pulang ke Kampung Durian Runtuh, mereka berjumpa dengan watak-watak dari cerita dongeng Melayu dan Malaysia seperti Mat Jenin dan Belalang. Mereka sekarang perlu bekerjasama memulihkan kerajaan ini kembali ke keadaan sediakala dan melawan dengan Raja Bersiong yang ingin mengambil alih Inderaloka.
Jalan cerita semua dah tahu. Saya bagi 9 bintang. Animasi memang superb. Rugi tengok wayang biasa nya tapi tetap rasa macam masuk dalam animasi .1 bintang saya potong untuk action yang saya nampak macam meleret especially part awal yang Raja Bersiong tu dan part last  masa Mat Jenin bertukar jadi Siamang tu berlawan dengan Raja Bersiong tu. Lama sangat berlawannya. Macam tak in pulak part tu. Tapi my Nuha dan my Nayla diorang ok je. Sebab saya kan berbekalkan jiwa kanak-kanak, tak nak la ada action sangat. hahaha. Lagi satu 2 jam tu macam terlalu lama untuk budak bawah 6 tahun. My Nayla sampai asyik tanya bila nak habis sebab dia dah mengantuk sebab letih.Memang too loud la sebenarnya sound wayang ni kan. Saya tengok yang standard pawagam ajer.Dapat pulak murah tiketnya RM 9 je seorang dewasa dan kanak-kanak. Mungkin lepas ni boleh cuba yang family friendly tu. 

Nasib la my Nawfa dari start masuk sampai 10 minit terakhir tidur. Even bising-bising tak terjaga. Tidur berpeluh-peluh dan bising-bising pun steady lagi. Anak mak. hahaha. Lepas tu bangun, kemain ceria layan Upin dan Ipin. Wayang memang panas gila. Tak tahu la macam mana saya boleh bertahan sampai 2 jam. hahahaha. Full house kau. Masa booking ada separuh lagi tapi bila hari kejadian sampai kebawah duduknya. Row depan saya tu siap 2 baris anak-anak yang dibawaknya. Angkut satu kampung ke macam mana tu. hahaha

Tapi bagi saya yang terpaling best adalah lagu OST dalam cerita tu. Memang terngiang ngiang kat dalam kepala lagu tu esp Keris Sakti.Ada 2 lagu iaitu Keris Sakti by Fakhrul Razi dan Buai Laju-laju by Ernie Zakri, anak jiran Ad. 


Penyanyi Jazz Brunei rupanya aka Nakhoda Ragam 


Lirik Lagu Keris Sakti OST : Upin & Ipin Siamang Tunggal by Fakhrul Razi
Keris sahabat pada yang setia
Seteru pada yang derhaka
Siapa dia pahlawan perkasa
Yang akan menegak keadilan

Tujuh petala langit seru namanya
Tujuh petala bumi gerun akannya
Keris sakti kekuasaan raja
Keris sakti kebesaran negara

Jangan berkelana entah kemana
Hilang takhta hancur negara
Pulanglah segera menghalau durjana
Airmata merungkai segalanya

Tujuh petala langit seru namanya
Tujuh petala bumi gerun akannya
Keris sakti kekuasaan raja
Keris sakti kebesaran negara

Jangan berkelana entah kemana
Hilang takhta hancur negara
Pulanglah segera menghalau durjana
Airmata merungkai segalanya

Lalala lalala lalala lalala lalala
Jangan kelana entah kemana
Pulang segera menghalau durjana
Jangan kelana entah kemana

Pulang segera menghalau durjana
Jangan kelana entah kemana
Pulang segera menghalau durjana
Jangan kelana entah kemana
Pulang segera menghalau durjana


Daripada Abu Hurairah RA mengatakan Rasulullah SAW bersabda: “Jika sifat amanah telah disia-siakan, maka tunggulah kedatangan hari kiamat (tanda kiamat semakin dekat).” Lalu seorang sahabat bertanya: “Bagaimanakah yang dimaksudkan sifat amanah disia-siakan ya Rasulullah?.” Baginda menjawab; “Jika diserahkan sesuatu urusan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kedatangan hari kiamat.”    (Hadith riwayat al-Bukhari, No. 6496).

Friday, October 20, 2017

Ulang tahun perkahwinan ke 10 & Tombiruo : Penunggu Rimba

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah, 10 Oktober lepas genap 10 tahun usia perkahwinan kami. Terima kasih sayang untuk 10 tahun bersama jatuh dan bangun, tawa dan duka dalam melayari bahtera perkahwinan kita .Semoga kasih sayang dan cinta ini kerana Allah S.W.T. 

10 tahun lepas :) Rasanya gambar ni pertama kali saya tunjuk kat belog ni. Tema gambar ni peluk isteri masing-masing. hahaha. Masa ni adik saya solo lagi so dia peluk tiang kat tepi kot..hahaha



Kebetulan tahun ni anniversary kitorang jatuh hari sabtu, so pagi -pagi lagi dah janji dengan anak-anak nak bawa pergi jogging kat tasik. Maklumlah demi misi besar tahun depan. hahaha. So kena la aktif sikit kan. Semoga dipermudahkan urusan kami. Baby of 2018 maybe :p Doakan yer semoga ada rezeki anak lelaki, lama dah reserved nama  :) 


Saya dan my hubby pusing tasik ni dalam tiga pusingan. Sampai kat bahagian taman ni anak -anak dah nak berhenti berjalan. Kami paksa pusing lagi satu round baru dapat main. 

Bila dah second round tu saya dan hubby gilir-gilir lah pusing solo pulak. 


Lepas dah habis jogging apa lagi, kita makan dulu. hahaha


4 of us #tilljannah


Kitorang breakfast di Warung Kita , Bukit Raja
Pekena Nasi Lemak Ikan Tongkol


Belah malam pulak, anak-anak request makan KFC.


Seronok korang dapat makan KFC yer.

Ni kisah hari deepavali pulak. Anak-anak request nak tengok Tombiruo : Penunggu Rimba. Sebenarnya my hubby ajak tengok Bisik Pada Langit tapi tengok review kurang memberangsangkan so kami tengok Tombiruo : Penunggu Rimba. Nasib dah booking online awal-awal. Bercinta jugak nak kena beratur. Dah la nak beli popcorn pun panjang barisan kan. Tapi memang full house lah hall hari tu.

My Nayla yang first time tengok wayang . Setengah jam pertama makan popcorn dan tengok movie. Lepas tu tidur sampai dah nak habis movie. Sabar jer lah dik.

Kakak memang peminat drama melayu. Tak habis cakap sedih-sedih tengok  Tombiruo : Penunggu Rimba. 

Overall saya bagi 4/5 bintang. Kalau baca novel wajib kena tengok . Saya baca novel  Tombiruo : Penunggu Rimba kawan saya punya, Kak Yan masa degree dulu. haha. 

Jimat . RM 10 sahaja hari rabu tiket wayangnya . 

Daripada Muaz RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganku akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada ”.


(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)

Friday, December 14, 2012

Instanbul Aku Datang & Pemenang FM Bukit Merah

Korang dah tengok ker movie Instanbul Aku Datang ? Cerita ni saya rasa yang berjiwa remaja ajer boleh layan. Yang berjiwa tidak remaja adalah tidak digalakkan. Mesti korang ingat, saya nak cakap yang saya  masih berjiwa remaja la tu..hahahaha. Yerla, saya masih berjiwa remaja .Jalan cerita macam boleh agak jer. Nak santai-santai layan boleh la. Tak perlu serius sangat, nak serius mari buat coding programming untuk saya ni.



 Hari tu ada iklan pasal cetak rompak kat TV kan ? Astro tak silap. My Nuha tahu yang saya beli CD cetak rompak "Aku Terima Nikahnya" hari tu kan. Dia datang kat saya , sambil cakap "Ummi, lain kali jangan beli CD ROMPAK, nanti nuha panggil polis " hahahaha. Insaf mak noks !

Korang pernah ke beli CD Cetak Rompak ? 
Kalau download  free macam mana pulak kesnya yer? Sama jugak kan :p


Jom kita tengok senarai peserta yang join Giveaway @ Elissmie.com.

4. zanzila

Pemenangnya adalah : 




Kepada  pemenang bertuah ini , Sila emailkan nama, alamat dan no hp ke elissmie [at] gmail [dot] com. dan pilihan FM yang dikehendaki. * Yang rumah tu dah tak available. 
 

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]

Thursday, November 15, 2012

Cantiknya baju Nora Danish Dalam Aku Terima Nikahnya

Mula mula nak ucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam . Teringat masa sekolah dulu, selalu masuk nasyid bila tiba Awal Muharam. Sinonim sangat kan ? Korang pernah ? Siap sampai wakil daerah sekolah rendah saya dulu tau . Tapi masuk peringkat negeri, kalah .Teringat kat Cikgu Masnawi ( gitu la namanya, ingat2 lupa ), guru muzik kitorang merangkap cikgu yang melatih kitorang nasyid ni la.

Ok, nak cerita pasal movie, Aku Terima Nikahnya .Orang tengok movie, saya tengok baju pelakon. Actually, saya dan Ad tengok cerita ni kat Hotel Grand Continental Melaka. Punya jauh pi tengok. Mula-mula macam nak subsribe kat Astro first, tapi sebab tak minat sangat kan dengan hero dan heroin , tak tersubscribe :p Masa kitorang pegi cari kat serbaneka area hotel tu, ada mamat jual CD kat tepi kedai tu. Copy Astro First RM5 jer.hahahaha

So, sebab kitorang kan tak der kenderaan, mari la kita membuat wayang dalam bilik hotel dari duk melepek jer kat bilik tu kan. Kira halal la yer pasal beli CD cetak rompak, tak berniat pun nak menyokong cetak rompak :p Bagi saya rate cerita ni boleh la bagi 3/5 bintang. Tak der la sedih gila-gila kot , ada la part sedih tapi tak sampai keluar air mata macam tengok cerita korea ( saya kan ratu air mata) , saya siap tertidur .keh keh keh.

 
Tapi yang paling best cerita ini adalah baju-baju yang dipakai oleh Nora Danish. Boleh tak asyik duk menelek baju jer kerjanya . Comel kan Ad, comel kan? Begitulah dialog dua orang sambil tengok cerita. Part daring tu sekejap sangat la, dalam TV duk promo macam kan semua scene ada part romantik terlampau tu.

Jom la layan gambar yang saya cilok dari blog MIG dan blog sapa-sapa ntah, pandang kat baju Nora Danish jer, jangan pandang benda lain  :p



Baju di hari persandingan, simple dan sweet sangat.


Yang ni scene last, cantik juga warnanya.


Yang ni time bf dia melamar, comel jugak :p


Yang ni simple ajer  , tapi comel jugak bunga-bunga.
 Perasan warna macam ni memang kena dengan dia kan?
 

 Yang ni pun comel. Ada satu helai baju saya macam ni, ala-ala korean kan tapi pakai dengan inner la .Mau kena pelangkung dengan my hubby kalau lengan pendek macam ni keluar rumah. Duk rumah ok la.

Yang ni sesuai untuk ibu mengandung, hahaha. Kalau kita pakai, mesti dengan seluar kan.

Even baju tidur dia pun cantik. hahahaha

Ada satu lagi baju yang saya suka dia pakai, kat leher macam ada ropol-ropol warna coklat ( nanti saya print screen dr CD, copy kesini kalau rajin ). Bila google tak jumpa pulak :p

Korang dah tengok ke Aku Terima Nikahnya ? Berapa bintang boleh kasi ?



Wednesday, April 18, 2012

Bunohan, sebutannya Bunoh- he yer kawan-kawan :)


Kalau korang nak tahu, Bunohan adalah nama tempat di Tumpat Kelantan. Kalau nak sebut dalam dialek kelantan - Bunoh - he :) Kalau bukan berjiwa seni atau buta seni, awal-awal lagi sila jangan tengok movie ni ! Movie ni kena fikir sket lah kot.Sebenarnya me tak ke panggung wayang,  me order jer kat  Astro First lah sudah semestinya . Jimat pun jimat. Cuma RM15 sahaja 48 jam boleh tengok tanpa henti  [Cara pembelian movie di Astro Fisrt boleh rujuk entry ni ]
Korang jangan risau walaupun seluruh filem dalam dialek kelantan, tapi boleh pilih sarikata :) Even, me sendiri pun tak faham jugak bila cakap laju-laju kan . My hubby lagi lah tak faham.hehehe. Sabar jer lah :p Me cakap dalam dialek terengganu dengan my hubby , tapi cakap dialek kelantan dengan my family . Pelik tapi benar !


Antara Ulasan Zahiril Adzim di blognya :

Bagaimana seorang manusia dengan pekerjaan yang kejam/ganas akhirnya tumbang kerana rasa kasih sayang pada seorang adik dan bagaimana pula seorang manusia dengan pekerjaan yang mulia, dihasuti syaitan dan menumbangkan rasa kasih sayang- Zahiril Adzim

Korang dah tengok ke filem Bunohan ?


PENGARAH : Dain Said
PELAKON : Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Sofi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Jimmy Lor, dan Tengku Azura.
GENRE : Aksi/Drama
DURASI : 1jam 37minit
KLASIFIKASI : PG13

p/s:


Bintang : me bagi 4.5 /5 :) Syabas Dain Said atas kelainan filem anda :) 


Don’t compromise anymore! With Kotex ! MakeOver USD 1,000 ok !!



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)