Showing posts with label menu berbuka. Show all posts
Showing posts with label menu berbuka. Show all posts

Wednesday, July 25, 2012

Menu pembuka selera untuk ibu hamil

Hari ni nak berkongsi resepi lah. Dah lama tak ada segmen Jom Masak di elissmie kan ! Kata nak boikot pasar ramadhan kan ? Harus lah kena masak sendiri. Biasanya saya buat jugak lauk 1 jenis untuk berbuka. 1 jenis beli. Macam semalam,hubby siap-siap beli Ikan Talapia Bakar.Sebab dia punya pencicah tidak mengikut piawaian tekak, saya buat air asam pencicah ikan bakar sendiri lah. Tapi sejak dua menjak ni, saya memang suka makan masam-masam dan semalam teringin betul nak makan kerabu pegaga. [Resepi kerabu pegaga untuk ibu berpantang kat sini

Semalam singgah kedai cari pegaga tapi tak der pulak.Nasib baik ada tauge, daun kunyit dan kacang panjang. Yang ni pun sedap buat kerabu kalau tak der pilihan :) Resepi dia saya siap-siap telefon mak saya kat Terengganu. Jarang-jarang buat kadang-kadang terlupa ingatan.



Kerabu Tauge 
 Bahan-bahannya :

 Tauge 30¢
 Kacang panjang [ dihiris halus]
 Daun kunyit sehelai  [ dihiris halus]
 Kelapa parut
 2 ekor Ikan Sardin/Selayang
 1/3 Kotak Santan + air
 Lada Hitam
 Bawang merah 3 biji
Gula dan garam secukup rasa
Perahan limau nipis



Cara-caranya :

1) Kelapa parut digoreng sehingga kekuningan dan tumbuk sedikit bersama garam dan gula2 ) Ikan sardin/selayang direbus dan diambil isi sahaja untuk ditumbuk bersama bawang merah dan lada hitam [ bahan tumbuk]
3) Masukkan  bahan tumbuk kedalam periuk dan santan serta sedikit air. Biar sampai menggelegak sekejap, terus padam api.
4) Didalam mangkuk , gaulkan kelapa parut bersama tauge, kacang panjang dan daun kunyit tadi dan yang dalam periuk tadi. Tambahkan sedikit perahan limau. Sedia dihidangkan bersama nasi panas-panas serta ikan bakar [ kalau ada, sure terangkat ;p]


Menu sahur hari ni - tapi semua pun keluar jugak :( dah lima hari sahur sia-sia .


Kat sini mana nak cari otak - otak terengganu yer ? Siapa tahu , sila roger..


Korang ada menu pembuka selera untuk ibu hamil tak ? 
Sila kongsi yer :)


Tuesday, July 24, 2012

Boikot Pasar Ramadhan ? Mampukah kita ?

Tahun ni Long saya yang berazam untuk boikot Pasar Ramadhan tapi bukan saya yer. Saya masih memerlukan pasar ramadhan untuk tambahan lauk, air soya, air tebu dan kuih muih. Sebab saya tidak rajin sangat nak buat kuih . Kalau buat pun, pasti tidak kena dengan selera my hubby .Tekak masing-masing yer dak. Hari pertama puasa, saya buat seloyang seri muka a.k.a Tok Aji Serban [ Kuih Tok Aji Serban Resepi Bonda ] , tapi saya jer yang banyak makan.Ada lagi dalam peti, makan sket-sket.


Kat area Shah Alam jugak pasar ramadhan yang kami terjah tahun ni, walaupun dah pindah ke daerah sebelah . Tu kalau hari minggu jer la, hari biasa hubby beli siap-siap di pasar ramadhan area ofiz dia, Taman Suntex Batu 9, Cheras.Biasa dia beli ikan bakar kat situ. Sedap jugak :)

Siapa yang inginkan kelainan berbuka puasa, boleh merasa nasi minyak dengan gulai ayam yang boleh didapati di Pasar Ramadhan Seksyen 7, Shah Alam.Gerainya berhadapan dengan jalanraya depan signboard I-City  tu. Last year pun akak ni meniaga dah. Memang kitorang selalu la beli nasi minyaknya tahun lepas. Lepas la rindu nak makan nasi minyak terengganu kan.Masa saya interview dia last year, katanya dia ada kedai di Subang Jaya.Lain kali saya tanya alamat dia pulak :) Harga Nasi Minyak RM5 sebungkus. Nasi dagang pun ada dijual disitu tapi lupa pulak harganya. Nanti update kemudian :)Dah merasa Ahad lepas.Rasa masih maintain sedap :) 4 / 5 bintang.


Terkenang betul la nasi minyak kat gerai depan sekolah menengah paka ni..alahai...Opss :p


Berikut Senarai Bazar Ramadhan 2012 @ Shah Alam, boleh baca selanjutnya di sini.

SEKSYEN 2
SHAH ALAM
SEKSYEN 7 (TPM)
SHAH ALAM
SEKSYEN 13 (STADIUM SHAH ALAM)
SHAH ALAM
SEKSYEN 17 (TPM)
SHAH ALAM
SEKSYEN 18 (TPM)
SHAH ALAM
SEKSYEN 20 (BERHAMPIRAN TPM)
SHAH ALAM
SEKSYEN 25
SHAH ALAM
SEK. U2 TTDI JAYA (TPS)
SHAH ALAM
SEKSYEN U3 (SUBANG PERDANA)
SHAH ALAM
SEKSYEN 6 (TLK REST. DAUD)
SHAH ALAM
SEKSYEN 7 (JLN PLATINUM AD 7/AD) REST ALI CORNER
SHAH ALAM
SEKSYEN 7 (JALAN KRISTAL AS7/AS)
SHAH ALAM
SEKSYEN 8 (DEKAT SURAU BLOK 17-18)
SHAH ALAM
SEKSYEN 16 (HDPN DEWAN ORG RAMAI)
SHAH ALAM
SEKSYEN 18 (JLN 18/34 – KLINIK AHMAD SHAH)
SHAH ALAM
SEKSYEN 19 (TPM)
SHAH ALAM
SEKSYEN 24 (TPK USAHAWAN MIKRO)
SHAH ALAM
SEKSYEN 27 (TAPAK PASAR MALAM)
SHAH ALAM
SEKSYEN 28 (BERHAMPIRAN KFC)
SHAH ALAM
SEKSYEN 31 ( JLN ANGGERIK ARANDA B 31/B DEPAN PONDOK POLIS KOTA KEMUNING)
SHAH ALAM
SEKSYEN U5 (JLN UTARID U5/10) TPM
SHAH ALAM
SEKSYEN U8 (JALAN C U8/C BKT JELUTONG HDPN MY MYDIN)
SHAH ALAM
SEKSYEN U10 (TAPAK PENJAJA SEMENTARA)
SHAH ALAM
SUBANG 2 (TAPAK PASAR MALAM)
SHAH ALAM
SEKSYEN U13 (SETIA ALAM – CIMB BANK)
SHAH ALAM
SEKSYEN U20 (BBSB FASA 1) (BUKIT RAHMAN PUTRA)
SHAH ALAM
SEKSYEN U20 (BBSB FASA 2) (PEJ LUNCAI EMAS)
SHAH ALAM
SEKSYEN U20 (BBSB FASA 3) (ECONSAVE)
SHAH ALAM



 Korang tahun ni boikot Pasar Ramadhan ker tak ?




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)