Apapun, Selamat Pengantin Baru buat Mohd Zaki & Isteri. Ni aktiviti semalam, menghadiri majlis persandingan ofiz mate my hubby. Sepatutnya minggu lepas, kami sekeluarga sepatutnya menghadiri majlis kahwin di Seksyen 7, dah siap-siap segala, saya undur-undur kereta, sementara menanti hubby, tiba-tiba minyak hitam Cinta Bersulam Rinduku leaking pulak.Rupa-rupanya, gasket bocor, melayang RM500++ sebab kena tukar timing belt sekali.Dah la tengah bulan, memang senak !
Sampai-sampai terus makan ! Pengantin pun tak sampai lagi :)
Teringat-ingat daging masak hitam dia tu..Terbaik :)
Ofiz mate hubby yang ada , kami tumpang meja diorang .
My Nuha yang paling seronok kalau dapat tengok Penantin (Read : Pengantin )
Dia lah yang tanya : "Kenapa kena kahwin, nak dapat baby comel ke? "
Kita iyakan saja lah :)
Kita iyakan saja lah :)
Siap ada silat bagai. Tak tertengok pulak :p
Sama cantik, sama padan. Merah menyala, seiring sejalan.
chewah, macam pantun pulak :p
p/s:
Hari ni warga ofiz saya duk senamrobik, ibu-ibu mengandung, jangan duk gatai-gatai terkinja-kinja !
Duk ofiz diam-diam !hahaha.