Dah lama rasanya tak share barang-barang kat rumah yang saya rasa bagus untuk dikongsikan untuk kemaslahatan bersama. Chewah, macam ustajah pilihan pulak pagi-pagi ni, padahal nak tayang produk untuk kegunaan kat dapur jer pun.
Ni hah, produk terbaru dari CIF ( Ok, ini bukan iklan berbayar tapi kalau CIF nak bayar, saya terima ;p)
Amik kau, sekali beli sampai 4 botol sekaligus.
RM8.90 sebotol @ Tesco
Tapi yang nak tunjuk tu salah guna produk. Hubby sebenarnya yang telah
menyalahgunakan produk tersebut.Dia gunakan produk CIF yang warna kuning
tu ( untuk kegunaan dapur) untuk lap lantai rumah kitorang.Mula-mulanya, dia lap air milo yang my Nuha tumpahkan. Sekali bila lap, tanggal semua daki hitam pada lantai rumah kitorang sampai putih melepak gitu . Habis satu rumah jugak dia kerjakan sampai abes CIF tu. Tu pasal malam tadi pergi beli kat Tesco, sampai 2 botol dia beli yang warna kuning .
Ni jenis lantai rumah kitorang, broken marble.
Yang best guna produk ni sebab tak perlu bilas dan ianya tak melekit macam sesetengah produk tu. Saya mesti pilih mengundi :p Tapi yang paling best , kegunaan asal (didapur tu) , memang mantap habis la. Saya rasa lebih hebat dari Mr Muscle ( saya guna sebelum ni ). Yang ni yang daki hitam gila dekat dapur sebab minyak degil tu pun boleh tanggal.Apa tah lagi setakat percikan minyak biasa-biasa tu.
2 produk CIF yang lain tu saya belum guna, iaitu untuk kegunaan cermin ( warna biru) dan bilik air ( putih ). Lepas ni saya review lagi yer, macam mana ok ke tak ok ! Kalau ok, saya share balik. Saya tak sabar nak guna yang untuk tingkap tu, sebab tingkap dapur saya tu memang daki minyak yang keras tu, (previous owner masak kat ruang dapur belakang sebelum ni tak guna perangkap minyak)
Owh, ni satu lagi produk. RM13.00 sesuai untuk meja makan marble kitorang.
Mungkin lepas ni, kitorang guna CIF ajer lah :p Lagipun ni botol kecik ajer.
Korang pernah ke salah guna produk ? Jangan salah gunakan dadah sudah ! hehehe :)
Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini.
[ klik laju-laju]