Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni entry throwback la macam biasa. Ni versi jalan-jalan cari makan sepanjang saya ke Perak menyertai Program Konvensyen Kumpulan Kreatif dan Inovatif 2022 peringkat UiTM Oktober lepas. Tak sangka dapat ke peringkat UiTM dan berjaya meraih tempat ketiga. Alhamdulillah.
Dimulakan dengan breakfast di E One Roti Doll. Korang pernah ke makan Roti Doll? Roti Doll tu adalah roti canai kuah banjir yang disertakan dengan telur mata kerbau kat atas. Yang nak mencuba boleh la singgah sini. Saya tak minat sangat roti kuah banjir tu. Saya makan roti canai biasa je. Ada roti sarang burung juga kat situ. Selalu makan roti sarang burung kat Sri Sorga , Seksyen 16 , Shah Alam. Lama dah tak makan kat situ sejak kafe UiTM pun dah ada menu tu. hahaha
Dari depan kedai
Ruang makan dalam dan kat luar. Makan kat luar amik udara pagi. Layan dengan kopi ais. haha
Roti Doll
E One Roti Doll Seri Iskandar
Jalan PP5, 31750 Seri Iskandar, Perak, Malaysia
Facebook : https://www.facebook.com/Eonerotidoll
Warung Cha
Dessert - Waffle Ice Cream
Hot Latte, confirm bukan saya punya .Ni En Napi punya. haha
Beef Aglio Olio
Nasi putih Daging Kicap tak silap
Saya pekena Aglio Olio
Nachos
Menarik dekorasi dalam kedai ni. Hipster gitu
Kebetulan sambut birthday Siti Nafisah hari tu. Bergambar dengan birthday girl.
Warung Cha
39, Jalan Satu-BU 3A, 31750 Seri Iskandar, Perak
Whatsapp +6013-8466391
Waktu Perniagaan :
Isnin- Jumaat 10AM-10PM
Sabtu -12PM-10PM
Ahad - Tutup(Last Order 9.15 PM)
Minum petang pula, kami singgah ke Kopi Mesin Seri Iskandar. Menarik depan kopi mesin ni siap ada kereta tertimbus depan tu. Lukisan mural kat dinding pun menarik.
Kopi Mesin dari depan Kredit gambar dari Twitter @/sywlrzly
Ruang makan yang selesa Kredit gambar dari Twitter @/sywlrzly
Haruslah pekena Latte Iced #peminatkopi
Yang bukan ais, bukan lah saya punya. hehe
Chocolate Fudge
Cheesy Fries
Kopi Mesin Seri Iskandar
Lot 46,Persiaran lskandar Perdana 19, Bandar Seri lskandar 32610 Seri lskandar Perak
Dinner pulak kami ke Mastergrill Seri Iskandar pekena western pulak malam ni. Saya order Chicken Grill malam tu. Rasa not bad la. Harga pun berbaloi. Sebenarnya kedai ni jual pelbagai pilihan makanan dan minuman berasaskan makanan Barat, masakan Melayu, masakan Cina, masakan India dan pelbagai menu-menu yang menarik.
Chicken Grill
Mastergrill Seri Iskandar
380/381, Jalan Persiaran SIBC 14, Bota, Malaysia
Waktu Perniagaan :
Mon: Closed
Tue: 4:30 – 11:30 PM
Wed: 4:30 – 11:30 PM
Thu: 4:30 – 11:30 PM
Fri: 4:30 – 11:30 PM
Sat: 4:30 – 11:30 PM
Sun: 4:30 – 11:30 PM
Ok la lajak sikit. A part of JJCM jugak ni. Mencari hasil laut di Lumut. Saya beli ikan bilis mata biru dan jajan untuk anak-anak yang ditinggalkan kat rumah dengan my beloved husband . haha
Depan kedai
Yang ni je saya beli dengan jajan anak-anak. hehe
Jamilah Hasil Laut Lumut
Muhammad bin Hatim Al-Jarjara`i Hubbi telah menceritakan kepada kami, Ibn Al-Mubarak telah menceritakan kepada kami, daripada Al-Auza'i, Hassan bin 'Atiyyah telah menceritakan kepadaku, Abu Al-Asy'ath Ash-Shan'ani telah menceritakan kepada kami, Aus bin Aus Ath-Thaqafi r.a. telah menceritakan kepadaku, bahawa saya pernah mendengar Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang mandi (seumpama mandi junub) pada hari Jumaat dengan menyempurnakan mandian (ke seluruh badan), kemudian dia pergi untuk solat Jumaat pada awal waktu dengan berjalan kaki dan tidak menaiki kenderaan serta dia duduk hampir dengan imam untuk mendengarkan khutbah dan tidak berbicara sia-sia, maka bagi setiap langkahnya dia mendapat ganjaran pahala amalan setahun berpuasa dan berdiri beribadah malam."(Riwayat Abu Dawud, no. 345)