Showing posts with label jenis tanaman. Show all posts
Showing posts with label jenis tanaman. Show all posts

Wednesday, May 09, 2012

Bila semangat berkebun sudah tiba....

Lama dah me tak update pasal kebun mini me kat rumah tu. Untuk pengetahuan semua, pokok cili kampung yang me beli hari tu dah selamat mengeluarkan hasil. Ok tipu. Dah mati. Baru jer berbunga tetiba dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. Tak sempat nak alih ke tanah gitu kekdahnya.


So saya pun dah frust , tak beli dah pokok tapi guna biji cili yang saya beli masa pergi Temerloh hari tu. Cili ni biasa kat terengganu orang guna buat lada solok.Tapi dah 3 hari ni tak muncul-muncul pun pokoknya. Ker berapa lama erk masa yang diambil untuk pokok cili menampakkan bayang? Saya tak berapa arif lah pulak tanam cili. Selalu makan cili jer.hahaha


Ni ha biji cili tu dah dikeringkan sebelum saya tanam hari tu..

Kitorang beli box tanaman ni dekat Carefour. Tak sampai RM10 tak silap.
 Terlupa ingatan pulak.


Amoi tu kata beli 4 pack baru cukup untuk box tu . Tertipu sudah ! 2 pack pun dah cukup !

My hubby tengah bertungkus lumus memasukkan tanah organik istimewa yang katanya tak perlu baja dah sebab dah campur dah dalam tanah tu siap-siap.

Hah sayang, apa lagi. Kata my hubby. Maka mula laa saya menanam biji benih tersebut. Kena korek dalam-dalam ke bang ? Entah katanya.. Saya pun gali sket dengan jari dan masukkan biji tu kesemua sekali..hahahaha. Entahlah hidup ke tak ni. Kalau tak hidup saya nak pergi Giant beli anak biji benih lain ;p


Ni kebun jiran saya. Banyak betul serai yang dia tanam tepi rumah kan.hahahaha. Ok tu bukan serai tapi lalang. Sanggup betul dia duduk dalam rumah semak macam tu :p Siap bangla datang nak potong rumput dia tak nak..heran mak !!! Kalau dapat tanah ni kat saya, mahu saya kerjakan tanam macam-macam :p

Korang agak-agak hidup tak sebenarnya cili saya tu ?

 p/s;

Kita tunggu dan lihat :p

UPDATE : CILI ME DAH BERCAMBAH !!! HAHAHAHA

My Nuha | Aku Bukan Chef

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)