Showing posts with label i-city shah alam. Show all posts
Showing posts with label i-city shah alam. Show all posts

Wednesday, January 26, 2011

Bayaran Masuk Ke I-City RM10, berbaloikah??

Malam tadi,kawan aku ajak pergi I-City sebab nak suh tolong bawak mak sedara dia pergi ronda-ronda kat I-City.Last sekali kami pergi kesana, bayaran masuk cuma RM4 satu kereta. Tapi malam tadi,terkejut beruk jugak sebab RM10. Ingatkan weekend ajer RM10, rupanya weekdays pun sama.

Banyak yang dah berubah dari masa last kami pergi dulu. Banyak lagi lampu-lampu neon yang dah ditambah dan kedai-kedai pun dah banyak yang buka especially kedai makan.
Tapi sebab sebelum datang I-City kami dah makan kat Shid Seafood Kampung Jawa, so marilah kita mencuci mata membawa perut yang sendat.

Layan gambar ajer lah yer...Kata wordless Wednesday ;p Tengok gambar sampai lebam erk ;p










Siap ada macam funfair pulak dah..1 Token RM 2. Opss, tertulis :p

 








Kalo nak beli lampu-lampu macam kat I-City, boleh dapatkan dari kedai ini...Lepas tu tak perlu lagi lah nak pergi I-City kan :p eh, tertulis lagi :p







Gambar 3 last ni amik dari dalam kereta on the way balik, sekali pak guard datang laa pulak..potong stim :p

p/s:

Korang rasa berbaloi tak ???




Friday, June 11, 2010

Masuk I-City Sudah Dikenakan Bayaran?

 Ya Btol! Memang sudah dikenakan bayaran.RM1 sekali masuk untuk parking.So kalau tak nak dikenakan bayaran parking, jalan kaki ajer lah.Hehehe.Hari tu, masa balik ke Terengganu, anak buah my hubby ikut kami balik sini . So, kami bawa lah diorang ronda-ronda di sekitar Shah Alam. Kota lampu kan kegilaan warga Shah Alam sekarang ni? Layan gambar ajer lah.Lepas ni, kita layan makanan pulak yer? Hahaha.


Akhirnya, boleh jugak amik gambar bertiga di I-City :)


Anak-anak buah my hubby, Nina dan Luqman


My Nuha yang bosan kena paksa bergambar..hehehehe

psst : Untuk map ke I-City, boleh lihat entry INI.

Ok, dah habis cerita pasal I-City.Sekarang nak cerita pasal makanan yang sempat disantap sepanjang kepulangan aku ke Terengganu baru-baru ni.Kalo yang belom breakfast, sila lah tekan [x] pada browser anda sekarang.hehehe.larikss...


Menu : Rojak Ayam tapi aku biasa panggil Rojak Keling.Ala-ala pasembor di Penang.Ada Tauhu, Mee Kuning, Ayam, Sengkuang, Timun dan dicurahkan dengan kuah kacang.
Tempat Beli : Restoren Nasi Kukus, Paka
Harga : RM 4 (tak silap lah)

Menu :Sate Ikan a.k.a Lokcing
Tempat Beli :Pasar Malam Ketengah Jaya
Harga :RM 1( 5 cucuk)

Menu :Jely Kelapa
Tempat Beli : Kuala Kemaman
Harga : RM 1


psst: Aku letak butang Exchange Link Here kat bawah header baru aku tu, so sesiapa yang nak bertukar link, boleh la tinggalkan blog's link korang kat kotak komen aku yer :)

AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)