Minggu ni giliran saya buat rumah terbuka. Tahun ni tercapai jugak nak buat makan-makan sempena hari raya di rumah baru sebab tahun lepas masih dalam proses lagi bila bulan Syawal dan tragedi Syawal pulak time tu, memang tak buat pun jamuan raya sebab tengah berpantang. Kali ni tak celebrate birthday di hospital macam tahun lepas, tapi ajak hubby makan di Restoren pujaan hati kami sekeluarga iaitu, Shid Seafood, Padang Jawa. Terima kasih kepada adik cashier yang rajin baca belog akak yang tak seberapa ni dan bagi diskaun malam tu. Tak sangka akak :) Malu pun ada..Rasa nak sorok muka:) Akak selalu puji sebab servis memang terbaik , kalau tak akak kutuk punya ! hahahaha
Ok , berbalik pada majlis rumah terbuka rumah saya. Maaf tak dapat undang semua. Maklumlah rumah pun bersaiz mini :) Lagipun tengah mengandung ni macam tak larat sangat, nasib baik ada Kak Long saya yang banyak tolong. Kalau tak, entah dapat makan ke tidak. Malam sebelum majlis dah ready bahan-bahan , tinggal lebur ajer esoknya. Jom intai-intai menu dulu :)
Ayam Masak Merah + Nasi Putih (Tak snap :p)
Sambal Belacan Mempelam Muda
Acar mentah timun dan lobak merah
Nasi himpit ni rebus sendiri tapi sate dan kuah kacang tempah siap-siap dengan Sate kajang Samuri @ PKNS Shah Alam
Menu istimewa, Laksa Lemak Putih Terengganu
Ni beli siap-siap kat pasar seksyen 6, Shah Alam
Ulam-ulaman yang ada :) Nampak belacan yang dipotong-potong kecil tu, ada berani ?
Ni semua makanan lah kiranya... Penuh jugak satu meja :)
My little helper, sedang susun sudu dan garfu.
Tetamu pertama yang hadir , Aida dan suami. Terima kasih :)
Ni kak ray dan adiknya :) tetamu kedua..
Blogger frenz yang hadir, Rumiza.
Elyani sekeluarga
My second big boss, en husain sekeluarga tapi tak tersnap pulak satu family.
Antara kawan my hubby yang hadir.
Lepas tu, kamera dah tak sempat nak pegang sebab tetamu datang berganti-ganti gitu. Terima kasih kepada semua yang hadir. Last tetamu yang balik adalah pukul 10.45 malam.Saya harap semua berpuas hati dengan layanan dan makanan yang disediakan. Harap-harap tak der yang sakit perut.hehehe
My Nuha sempat jugak tiup lilin hari jadinya. Berapa kali nak sambut ntah.hehehehe
Kek Angry Bird kini boleh didapati di King's Confectionary tau :) Yang macam ni RM 65 sekilo tapi ada voucher jadi RM55 ajer.
Terima kasih kepada semua yang bagi hadiah hari lahir kat my Nuha. Tak tahu dah siapa yang bagi hadiahnya. Bila tanya dia , dia cakap auntie lain. Auntie biasa tu jiran sebelah rumah. Aduhai...Pening kepala den :p
Yang ni dia suka sangat , sebab buku warna princess dan siap ada sticker. Eb ker yang bagi ni ??Eb, nanti share gambar yer :)
Ni baju yang dia suka jugak, hari ni siap pakai pergi taska,tak sempat nak basuh dah :)
Ni siapa bagi yer ? Tak perasan langsung siapa yang bagi !
Tahun ni korang buat tak rumah terbuka raya ?