Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Friday, November 03, 2017

Kos 3 hari 2 Malam di Columbia Asia , Klang

Alhamdulillah. Terima kasih yang mendoakan kesihatan my hubby tempoh hari. Alhamdulillah, hari Rabu lepas my hubby dah keluar hospital. My hubby dimasukkan ke hospital sebab demam nak masuk minggu kedua. Sebelum ni memang MC kat rumah je. Demam tak kebah dan dia dah penat sangat. So bila doktor suruh admit terus setuju. Sebelum ni memang doktor tak bagi antibiotik sebab katanya demam virus. Bila pergi Columbia Asia doktor cakap mungkin virus dah bercampur bakteria sebab demam lama sangat. So bila admit, masuk antibiotik terus hilang demam cuma sendi masih sakit sakit lagi. Ni pun masih lagi kat rumah sebab dapat MC. Isnin depan, In sya Allah boleh masuk kerja balik setelah hampir 2 minggu tak kerja. My hubby pun dah lemau tu kat rumah. Gitulah orang workaholic, bila Allah bagi cuti terus lama boleh rehat. Rehat pun tak rehat sangat siap pakej penghapus dosa sekali ! Alhamdulillah. hahaha. Kiranya ni kali kedua my hubby masuk hospital sepanjang kitorang kahwin ni ! Saya pulak dah 6 kali kot termasuk menjaga anak kat hospital !

Columbia Asia Klang. Alhamdulillah 10 minit dah sampai hospital !
My hubby request ke hospital ni sebab dekat dengan rumah. Lagipun saya ni malam-malam memang dah tak berani nak drive. 

Apapun selfie dulu. Ni masa nak jumpa doktor pakar dulu. 

Masa menunggu GL pun bercinta. Sejam baru settle GL. Lepas tu waktu lunch pulak. 
Pukul 2 baru dapat jumpa doktor.  

Nak masuk wad pun lama jugak sebab diorang kena request GL baru. So sempat la balik amik my Nayla , mandi dan solat dan tunggu telefon dari diorang. Pukul 4 lebih macam tu kitorang dapat masuk wad. Kali ni kena bayar deposit dulu RM300. Kat KPJ dan DEMC tak pernah kena deposit sebelum ni. 

Two bedded. Kelayakan my hubby RM 150. Two bedded kat sini RM 120 . 

Toilet yang disediakan

Kemudahan TV dan bangku. Masa masuk tak ada orang lain. Hari kedua baru ada

Dah check in terus dapat dinner petang tu


Belah malam datang melawat lagi dan bawa my Nuha sekali

Sempat berkelah dalam wad

Yang ni siap tidur pulak. Layankan ajer anak-anak 


Menu dinner hari pertama

Menu Lunch hari kedua
Total bil: RM 2088.50

Alhamdulillah, insurans cover ! 



Apabila seorang muslim mengunjungi saudaranya sesama muslim, maka orang itu senantiasa berada dalam sebuah taman surga. Beliau ditanya; Bagaimana taman surga itu? Beliau menjawab: 'Taman yg penuh dgn buah-buahan yg dapat dipetiknya [HR. Muslim No.4660]. 


Monday, November 03, 2014

Kos 4 hari 3 Malam di KPJ Klang Specialist Hospital

Bulan lepas cuma 11 hari saja saya bekerja kerana menjaga anak dan cuti hari raya aidiladha tempoh hari. Anak-anak sakit adalah kifarah dosa-dosa ibu bapa kan? So, mak redha jer lah. Susulan dari demam campak hari tu, ingat demam akan kebah bila campak tu dah kering tapi nan hado.Setiap 4 jam terpaksa bagi makan ubat demam. Hati dah mula tak keruan. Akhirnya pergi DEMC amik darah tapi darah still clear. 


Lepas 3 hari , atas nasihat doctor blogger, Daddy Ziyyad, sekali lagi amik darah dan sah my Nayla ada terkena jangkitan kuman. Doktor suruh segera masuk wad tapi malangnya tiada kekosongan di DEMC kecuali baby cot. So doktor di DEMC buat refferal letter untuk admit di mana-mana hospital yang available. Call KPJ Klang tanya dia kata ada kekosongan tak tapi tiada kekosongan bilik dengan kelayakan insuran kami katanya. Tak perlah kena tambah pun janji dapat katil saya kata. Terus ke KPJ Klang sampai sesat. Padahal 10 minit jer kot dari rumah saya..hahaha

Isi borang kemasukan untuk my Nayla sebab memang tiada rekod kesihatan di situ sebab ini pertama kali datang KPJ Specialist Klang ni. Sementara menunggu insuran settle , my Nayla kena interview dengan doktor pasal sejarah kesihatan dia, xray, amik darah  dan buat line untuk masuk ubat dan air . Dalam pukul 2 lebih baru dapat bilik. Lama jugak la prosesnya untuk check in tuh sampai tertidur la my Nayla kat katil bilik emergency. Kiranya ni pengalaman kedua menjaga anak di hospital. Dulu my Nuha, skang giliran my Nayla pulak. Dulu my hubby masuk hospital sekali sebab denggi, so tak dapat nak jaga dia, tapi saling jaga menjaga.hahaha




Tag pakai kat kaki


My Nayla lepas dah masuk line dan masuk wad dah. Masa ni makan tak berapa nak lalu dah. 

Kakak yang seronok dapat tengok adik sambil main kat playroom.

Breakfast hari kedua. 

Breakfast hari ketiga dan keempat saya request sama jer.

Yang best aiskrim yogurt ni..hahaha


pernah makan?

Menu untuk dipilih. Tak banyak pilihan sangat. Makan sedap kat DEMC lagi *cough*

Hari kedua still tak nak bangun lagi..Tapi dah selera nak makan. Minum jer tak nak. 

Hari ketiga dah boleh main-main kat playroom. 

Mak tumpang selfie :p 


Ni hari terakhir. Dah mula buat perangai lempar-lempar barang bila marah dan degil nak makan sendiri. 


Tengah tunggu bil.. Petang jugak baru discharge dalam pukul 6.

Wad yang ada kat KPJ Klang ( snap kat dalam lif ;p) 


Kadar bilik di KPJ Specialist , Klang

Bil terkumpul : RM 3789.30 . Cuma perlu tambah RM18.55 untuk tambahan kelayakan bilik yang terkurang :) Kalu DEMC pandai dia adjust sampai tak kena caj bilik biasanya.Kami guna insurans AIA. 

Overall servis tidak mengecewakan. Tapi kalau nak compare dengan tempat beranak lagi dikenang *cough* DEMC *cough* lagi bagus servisnya. Masa hari mula-mula saya masuk tu yang tak berapa nak puas hati sebab my Nayla panas dia sampai cecah 39 ℃ sebelum tu dan lepas 4 jam nurse tak datang check pun . Lepas setengah jam tak datang jugak, saya panggil nurse suruh tengokkan sebab saya memang standby termometer dalam beg.Sebelum nurse check saya check dulu. Dia kata sepatutnya setiap 4 jam. Saya pun cakap elok-elok , dah lebih 4 jam dah ni. Terus dia datang bagi ubat supp tu kat my Nayla. Lagi satu memang lama tunggu bilnya sampai 5.30 baru call untuk amik bil padahal sebelum lunch lagi doktor dah bagitau dah boleh discharge. 

Terima kasih para doktor dan nurse yang memberikan rawatan kepada anakanda . Selamat menjalani tugas di taman syurga dengan sepenuh jiwa...

Barangsiapa yg menjenguk orang sakit, maka dia senantiasa berada dalam sebuah taman surga sampai dia pulang kembali. [HR. Muslim No.4658].

Apabila seorang muslim mengunjungi saudaranya sesama muslim, maka orang itu senantiasa berada dalam sebuah taman surga. Beliau ditanya; Bagaimana taman surga itu? Beliau menjawab: 'Taman yg penuh dgn buah-buahan yg dapat dipetiknya [HR. Muslim No.4660].
Terima kasih jugak kepada ibu pengasuh Nayla dan keluarga yang datang menjenguk dan tak lupa ofiz mate yang datang melawat. Semoga mendapat ganjaran pahala..


Friday, August 06, 2010

Parking Di DEMC Bukan Lagi Masalah

Salam semua.Hari ni, tengah hari baru aku masuk ofiz.Punch pukul 1 tengah hari.Bukan? Bukan? Ofiz ni bukan Abah saya yang punya :p Tapi aku amik time slip pergi DEMC(Darul Ehsan Medical Centre) .Ni kiranya kali kedua kesana tapi ni adalah first time aku drive sendiri.Best pulak pergi DEMC skang ni sebab kat tempat baru ni, walaupun parkingnya mahal sket tapi kawasan nak parking tu banyak :) Alah, RM3 jer pun maksimum.Kena tunjuk bil bila nak keluar tu kat tukang jaga parking.
Aku bab bawak keta memang tak lemah mana, tapi parking failed sket lah.lalalala.

Bercinta jugak lah menunggu kat klinik pakar kulit hari ni (Tingkat 1). Klinik pesakit luar di ground floor yer :) Last week, first time kitorang pergi tak sampai memang mati kutu jugak :P


Doktor yang merawat Nuha hari ni, terima kasih yer doc! Yang tak berkenaan tak yah laa tunjuk kan, so aku hitamkan, bukan diorang blacklisted yer..muahahaha


pic credit to : DEMC 


Bila dah jumpa dengan doktor setelah sejam lebih menunggu,doktor cakap my Nuha ni bukan setakat alahan makanan ajer tapi jugak persekitaran, kuku yang menjaganya dan keadaan rumah.Dengan kuku-kuku pengasuh sekali dia tanya.Tak pernah lak aku tengok kakak yang jaga my Nuha tu sampai terperinci macam tu.Aduhai, lepas ni nak kena lagi gigih lah Abah Nuha mengemop lantai.hikss.Ummi Nuha duk diam-diam :P

Korang ada ker pengalaman jaga anak yang eczema ni? Tolong sharekan..
 


 Map Ke DEMC

For more info :



No. 4, Jalan Ikhtisas,Seksyen 14
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Phone: (603) 5515 1888   Fax: (603) 5515 1815
Web: www.demc.com.my
Email: careline@demc.com.my


Korang dah pernah ker sampai DEMC yang baru dibuka ni kat tempat baru ni? Bagi warga UiTM, outpatient kan FREE sebab klinik panel :)


psst :

ole-ole dari Melaka, fridge magnet dan key chain untuk Pencarian Hits 069820 !


AkulahBathroomBlogger | My Nuha | My Hubby | Watermark For Free

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)