Showing posts with label geng bini orang. Show all posts
Showing posts with label geng bini orang. Show all posts

Wednesday, September 11, 2024

Sambutan Birthday Tema Kelawar & Kaftan Geng Meja Bulat Jan- Jun 2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Macam biasa, entry backdated. Saja buat kenangan kat sini kot ada yang bakal berpencen kan. Sambutan Hari Lahir Geng Meja Bulat untuk Januari 2024 - Jun 2024 gitu. Macam lama tak ada entry birthday untuk Geng Meja Bulat ni. Kali ni kita bawa diri sendiri sahaja sebab Kak Fid dan team organizer kali ni. Tq girls sebab anjur birthday party kali ni . 


With gadis-gadis litar. Eh, birthday babes bermula bulan Jan - Jun 2024



Bersama PNC. Our humble and sporting PNC.


As usual MC bidang terjun tetap dan berpencen kot . hahaha



Pemenang Ms kaftan katanya, Kak Yatt


Sebelum majlis


Meraikan seorang geng Meja Bulat yang telah berpindah ofiz. Good luck di tempat baru Kak Ros. 


Bergambar sampai lebam


Dah hilang sorang lagi. Rai MIA. Masa ni Ad MC #gengbiniorang


Team organizer dan kawan-kawan


Kak Ros dah pencen. With Dilla. 


Kak Zah dan Fisya


Semoga berjumpa lagi untuk birthday bulan Julai - Disember 2024 pulak !! Tema apa pulak ye lepas ni. Organizer siapa pulak tu yang bakal dilantik. Kami nak datang makan je. hahaha

Kebaikan VS Dosa : Daripada an-Nawwas bin Sim‘an al-Ansari RA, beliau berkata: "Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebaikan dan dosa." Maka Rasulullah SAW bersabda: “Kebaikan adalah akhlak yang baik. Manakala dosa adalah sesuatu yang membuat hati gementar dan bimbang serta kamu tidak suka orang lain mengetahuinya." (Hadith riwayat Muslim, No: 2553, at-Tirmizi, No: 2389, Ahmad, No: 16973).


Tuesday, March 05, 2024

Majlis Khatam Al Quran Muslimat Anjuran Jabatan Infostruktur 2024

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, pada 23 Februari lepas telah berlangsung Majlis Khatam Al Quran Muslimat Anjuran Jabatan Infostruktur 2024. Kitorang mengaji bermula tahun 2019, 2024 baru nak khatam. hahaha . Better late than never kan. Lagipun baca pun seminggu sekali. Bila semua ada hal terpaksa cancel. Kami buat waktu lunch hour , pukul 1-2 petang. 

Melantik diri sendiri menjadi MC untuk Majlis Khatam Al Quran Muslimat Anjuran Jabatan Infostruktur 2024. Hahaha. Ada orang kata, mesti bersuara emas. Nak kata emas tak ada sangat, mungkin silver . haha. 


MC buat-buat busy sebelum majlis


In Action


Design banner by Mior . Photography by Arif. 


Door gift untuk peserta khatam


Team AJK bidang terjun


Sopan 


Tunjuk Yatt


Stress ke Yatt. Asam Pedas Kak Mai atas tudung. haha



Majlis bermula. Saya mulakan dengan bacaan Surah Ad Dhuha kemudian rakan-rakan yang lain. Penutup Ustazah bacakan doa. 


Bersama dengan Ustazah Pembimbing kami , Ustazah Afidah


Free style


Tunjuk Ustazah



Jambangan Orkid dari kami


Jambangan Orkid gubahan Kak Fid


Geng BOICT dengan Ustazah


Intan tadi tak ada,hehe



With Puan Pengarah



Tiga dara pingitan



Belog saya, ikut suka saya lah



Eh lagi satu. Tu gaya apa Yatt? hahaha



With Ustazah


Ziera pulak hilang


Love & mini love



Terima kasih Ustazah


Geng Bini orang. Missing Ad






Friday, October 02, 2020

Lunch @ Secret Recipe, The Chicken Rice Guy & Cendol Pulut Laksa Utara Jitra Mai, Seksyen 7

Assalamualaikum. Ni bukan lunch sempena Pakatan Hari Jadi tapi Geng Bini Orang. Banyak kluster sahabat saya ni. hahaha. Tu belum masuk Geng Meja Bulat lagi tu. Jenuh nak buat majlis macam gini. hahaha. Kali ni meraikan birthday September babes iaitu saya dan Rai. Masa birthday saya , kitorang makan di Secret Recipe Seksyen 7 . Nak makan kek katanya tekak saya tu. hahaha. Terima kasih korang belanja mak makan . 


Geng Bini Orang


Beli 2 slices je kongsi2 . Tak boleh makan banyak-banyak kencing manis. hahaha. 


Ni saya punya 


Rai punya


Ziera punya. Yang Ad dan Kak Yat tak sempat nak snap dah. hahaha

Seterusnya birthday Rai, Rai ajak makan di  The Chicken Rice Guy, Seksyen 7 . Saya pernah tapau kat sini dulu tapi tak kena dengan selera pulak nasi ayamnya. Kali ni saya cuba Nasi Itik pulak. Ok , Nasi Itiknya lagi sedap dari Nasi Ayam. Peminat itik tegar namanya ni. Sekarang bini tokey Itik Telur. hahahaha . Tapi portionnya bagi saya agak kecil bagi yang berperut besar . Patut ada double Nasi Ayam / Itik dalam menunya. Yang tu sesuai la untuk berperut besar . 










Nasi Itik


Nasi Ayam


Wantan Goreng

 The Chicken Rice Guy 
Address: 40, Jalan Zirkon 7f/F, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor

Lepas dah makan habis licin sepinggan, eh boleh pulak ke Cendol Pulut Laksa Utara Jitra Mai pulak. hahaha. Tak reti kenyang ke macam mana tak tahu lah. hahaha. Pekena Cendol Tapai Pulut dan Laksa pulak. Tapi kongsi makan je lah. Sebab dah penuh perut kan. hahaha. Tapi tak habis gosip lagi kan. Bergambar pulak kat sini. Gitulah berakhir celebration birthday Rai hari tu. hahaha.


Efek kurus disitu



Makan kerana terpaksa. hahaha



Cendol pulut. Tapai sebelah. hahaha



Sedap makan time panas-panas. 


Happy Birthday Rai once again !

Jumpa lagi di celebration hari lahir seterusnya Geng Bini Orang. 


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. apabila disajikan makanan kepadanya, beliau bertanya tentang makanan itu: "Apakah hadiah atau sedekah?" Jikalau dikatakan sedekah, beliau mengatakan kepada sahabat-sahabat: "Makanlah!" dan beliau tidak turut memakannya. Kalau dikatakan hadiah, beliau mengambil dengan tangannya, lalu beliau makan bersama-sama. Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1211.

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)