Hari Ahad ni Hari Bapa kan. Dikesempatan ni saya ucapkan Selamat Hari Bapa buat abah dan ayah mentua, buat abah anak-anak dara ku dan seluruh bapa di muka bumi. Terima kasih kerana menjadi bapa yang hebat! Semoga kaya dan terus berjaya dunia akhirat :) Macam mana berbuka semalam? Ada terlebih dos ke? Terawikh pergi tak? Sempat selfie dengan telekung tak? hehehe. Semalam, azam tak nak pergi Param tahun ni terkubur sebab kena pergi amik kereta kat bengkel. Dah lewat tak sempat masak, terpaksa ke Param Seksyen 7, Shah Alam beli apa yang patut. Manusia lagi ramai dari gerai, nak berjalan pun susah. huhuhu
Ok sambung entry semalam. Lepas balik dari pulau, kitorang singgah di Pasar Filipina atau nama komersialnya Pasar Kraftangan. Masa ni memang membeli ole-ole dalam keadaan yang tidak bersedia. Yer lah penat berendam kat pulau tak hilang lagi dengan tambahan my Nayla yang dah penat dan nak berdukung ajer. Stress mak nak.
Tapi mujur jugak tak membeli banyak kat sini sebab rupanya kat sini mahal sket barang-barang dia dan ada orang kata sebab kualiti dia.Kalau saya tengok sama jer lah.Buta mutiara nama dia.hahaha Tapi masih boleh tawar menawar dan korang rajin survey la dari gerai ke gerai. Pandai tawar dapat murah jugak lah. Kami kesini dua kali . Repeat balik pergi hari nak balik tu sebab ada lagi yang nak diborong kat area situ.
Pasar Kraftangan
Pasar Kraftangan ini dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 7.30 malam.
Alamat:
Pasar Kraftangan
Jalan Tun Fuad Stephens
Pusat Bandar Kota Kinabalu
88000 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Macam -macam kraftangan boleh dapat kat sini
Kedai dia ala-ala uptown Shah Alam lah. Tapi lorong kedai dia boleh jalan dua orang atau sorang jer satu-satu masa :p
Kat luar kedai ada tukang jahit. Kalau nak alter seluar ke terus boleh buat kat situ.
Sedang mencari souvenier untuk kawan-kawan dan keluarga
Apalah yang ditelek tu yer..hehehe
Model pasar filipina tidak berbayar..hahaha..Gambar kredit to Am. Yang cantik-cantik gambar kat entry Sabah ni memang gambar dari Am. Tak daya nak bergambar kat sini dengan anak yang nak berdukung.
Kalau berminat nak hire photographer boleh berhubung dengan Am terus yer :-
Posing di Pasar Filipina sebelum balik hotel
Seterusnya, kami ke pasar sebelah Pasar Kraftangan ni iaitu Pasar Ikan Masin. Gambar google.
Pasar Ikan Masin ini dibuka setiap hari dari jam 7.30 pagi hingga 7.30 malam.
Alamat:
Pasar Ikan Masin
Jalan Tun Fuad Stephens
Pusat Bandar Kota Kinabalu
88000 Kota Kinabalu
Sabah, Malaysia
Ikan bilis, udang masin, ikan masin, ikan terubuk masin pun ada jual kat sini.
Sini pun kena pandai tawar menawar jugak lah.
Yang sempat saya tanya, ikan bilis yang saiz A dan dah siap kopek RM25 sekilogram belum tawar menawar lagi. Jarang beli ikan bilis, so tak tau la murah ke tak. Murah tak?
Kat Pasar Masin pun sempat lagi mak berposing ni :p
Kat sini jugak ada jual keropok amplang dan kuih cincin . Saya beli kuih cincin jer pun.
Kuih cincin RM 10 untuk 3 pek. Tak semua kedai sama. So survey sampai lebam untuk harga mampu milik :)
Kedai-kedai lebih kurang sama jer hasil jualannya
Sotong kering pun ada tu hah
Ikan Tenggiri
Ikan Sulig
Kat sini dia boleh packkan dalam kotak barang yang kita beli FOC jer. Senang nak hangkut humban dalam kargo kapal terbang kekdahnya..hehehe
Belah malam pulak, tak habis lagi pencarian ole-ole. Kami ke Pasar Malam kat Kampung Air pulak. Gambar semua pun credit to Am. Budak petang tadi masih malas nak berjalan. Menyesal tak beli stroller payung tu. Ni nak cari baju raya, peel dia nak berdukung datang mak nangis situ jugak. Dah la masa tu my hubby sakit belakang tak boleh dukung dia...huhuhu..nasib nasib. Malam tadi, sembahyang terawikh pun buat perangai nak berdukung. Adoiii..nak patah pinggang mak nak.
Rupa pasar malam memang macam pasar malam kat tempat kita la cuma tak der la
jual-jual makanan. Semua barang kraftangan dan hiasan serta baju jer ada kat situ.
Hari kami pergi dibuka agak lewat sebab hujan petangnya tu kata peniaga kat situ.
Pasar Malam Kampung Air ini dibuka setiap hari dari jam 5.30 petang hingga 11.00 malam.
Alamat:
Kampung Air
88000 Kota Kinabalu
Sabah
Malaysia
Keychain Sabah
Lagi keychain sabah
Butang baju melayu, ada yang swaroski dan mutiara
Hijap pin. Syok gila kat sini RM1 jer sebatang tapi ada gerai jual RM5 untuk 4 batang. Nasib baik mak tak borong satu kedai :p
Brooch pun cantik-cantik
Brooch dari Mutiara
Brooch bukan mutiara
Lagi Brooch yang ada
Macam-macam warna ada
Pelbagai jenis brooch
Barang kraftangan pun ada dijual kat sini. Kalau kulit kambing yang ada ayat al quran tu di Pasar Filipina, RM35, kat sini tak ingat pulak nak tengok. Rugi pulak rasa tak beli satu dan frame kan.
Antara yang berjaya dibeli kat Pasar Filipina dan Pasar Malam Kampung Air
Hijab pin yang saya beli kat Pasar Filipina tu RM6++ sepasang tau. huhuhu
Yang ni untuk diri sendiri. Pengumpul FM tegar katakan :)
RM4 satu
Yang ni satu untuk diri sendiri dan selebihnya untuk kawan-kawan my hubby
Keychain untuk my ofiz mate
Untuk my ma dan my mak mentua. Harus sama, fair n square :)
Raya nanti baru dapat jumpa. Sobss...
Ada satu lagi pasar yang kami pergi. Yang ni saya tak turun borong iaitu Pasar Ikan Kota Kinabalu. Diorang borong seafood fresh kat sini dengan harga yang berbaloi baloi.
Yang ni tak jauh lah dari pasar filipina tadi.
Tengok ni. Semua ni cuma RM40 jer. Murah tak murah?
Masa nak balik hari tu dua tiga kali jugak la kawan kitorang kena panggil sebab ada air sotong keluar dari cooler bag dia. So kalau nak borong seafood, staf air asia tu cakap boleh tapi ada caranya. Korang beli polisterin yang kotak tu, dan balut kotak tu siap-siap dan bawa naik simpan kat kabin kat atas. Jangan lebih 7 KG. Lepas ni kena repeat balik la pergi Sabah borong seafood :p Sotong RM 10 sekilogram yang besar punya diorang terpaksa buang sebab banyak air keluar.huhuhu.
Tunggu entry seterusnya...haruslah JJCM elissmie @ sabah bah.... Jeng jeng jeng