Bahasa inggerisnya Fashion Consultant lah kan. Semalam, masa saya tengah siapkan header untuk blog saya ( kes dah bosan tengok header lah ni padahal banyak kerja kat ofiz ;p) saya terjumpa satu laman web yang boleh mix n match kan baju dengan kasut dan handbag serta aksesori lain tu. Ala yang biasa kita tengok kat majalah-majalah fesyen tu. Mungkin diorang semua guna laman web ni kot :p
So siapa pernah bercita-cita menjadi perunding fesyen, tapi tak tercapai tu, korang boleh la feefeling menjadi perunding fesyen sementara :p (kalau dah tak der kerja la,sekadar melepaskan tekanan orang kata :p ) Seronok jugak main mix n match gitu !
Kat situ ada siap-siap template yang korang boleh pilih tau, dan cuma search ajer pakaian/aksesori yang korang suka :) Ni antara design yang saya cuba buat .
Macam mana ? Boleh jadi perunding fesyen tak ? :p
Kalau korang nak cuba jugak, terjah sini yer kawan-kawan :)