Showing posts with label credits to. Show all posts
Showing posts with label credits to. Show all posts

Thursday, March 19, 2009

TQ Nurhayati!!!

Hari ni aku dapat sesuatu dari kawan blogger aku,Nurhayati, mummy kepada si cute Zara..hikss..dier kawan kepada mama Nuha Umairah tu :D

tadaaa....



wah, i love it..aku ni memang gemar jugak mengumpul bookmark...nampak kan alamat tu?sesiapa nak antar kat aku hadiah gak dialu-alukan..hiks..larikss...

Monday, February 23, 2009

Birthday @ Febuari


1.2

p/s: Ni sahabat blogger yang aku baru kenal..satu bumbung tapi x penah berjumpa lagi :D Selamat Hari Lahir, belated gitewh :D

Tahniah juga buat Sahabat karibku, Rohana Awang dan Fakhruldin diatas kelahiran Cahaya Mata Lelaki semalam(22.2) jam 3 petang..Alhamdulillah..

Hari ni bz nak menyiapkan Manual dan buku...buku? yer..lepas ni nak kena mengajar laa fulakkkkk...huhuhuhu..

Tuesday, February 17, 2009

Memperkenalkan...



Ni anak kawan aku masa belajar kat UiTM Dunjun (Arabic gitewhh) dulu...Kartini Ismail..
Dah masuk 2 bulan ++ . Sebenarnya aku pegi umah dier Rabu lepas tapi terlupa plak nak tepek kat sini..hiks..Ni pun hasil dari scrapblog...owh, mudahnya dunia...i hate photoshop, bley?hahahaha

Friday, February 13, 2009

I jadik cikgu you hari ni....




Hari ni aku jadik lecturer laa plak kan..hikss..perasaan btol laa...kalo sambung master, leh laa berangan jadik lecturer..ni setakat ngajar guna software yang diorang akan guna jer kat staff PTAR..hikss..Dah lama tak ngajar, so agak kelam kabut laa sket..students plak dah belia remaja kan..hikss..dah abes mengajar..so skang waktu untuk berblogging dan blog hopping....

Hop punya hop...Aku tertarik dengan entry Zue di sini...dan juga disini..
Owh, dier pandai cakap ngan rusa yer..aku pandai cakap ngan kambing..tak percaya??Percayalah...hihihi

Tada...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-










Kambing: Kak, Tumpang tanya sket boleh kak?



Nuha: Bila masa lak aku ni kakak ko?Dah ...pegi main jauh..(sambil menarik tinge kambing)

Kambing:Adeh..adeh..sakit tinge ku...



Kambing:Mak cik, Anak makcik suh saya main jauh2 sambil tarik tinge saya..kejam tau..

Aku:Tu laah..saper suh panggil dier kakak..lenkali panggil dier adik, nanti ko kena sembelih macam kakak ko tu baru ko tau..dah2..pegi2..



Kambing:kakakku,owh tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk!

Kambing tidak dapat meneruskan perbualan ini sebab terlalu sebak atas kehilangan kakaknya..sekian...

Percayalah..aku bleh cakap dengan kambing..hikss..
Nota : Entri ini diilhamkan hasil cetusan idea Zue...hihi..credits to her..lalalala..

Friday, January 23, 2009

Nak Sangat Bercuti kan??


Hari tu azam aku tak nak mintak cuti pegi mana2 kan dengan my hubby tapi hari ni aku nak mintak bantuan dengan TheLilCaliph.com. (yerlaa...merajuk kan..so baik aku pujuk hati aku ni sendiri..Aku dapat link ni dari Azlin..Kalo korang nak, sila kunjungi online store tu kat >>Sini ..Aku tak berharap laa nak pegi luar negara tu...setakat nak pergi dalam negara jer..Langkawi, Redang atau Tioman Islands..orait laa tuh...

Pastu, aku tengok2 jugak laa barang kat situh..Skang aku tengah mencari2 diaper bag BARU untuk Nuha...nak yang jenis sandang belakang..Pastu bila tengok ni, ish..berkenan plak..ala2 retro gitewh kan..




Credits to Sini


Tapi bila tengok harga dier...erm..lumayan sekali yer...RM500++ murah sket dari Carlo Rino aku..hahahaha..Jamu mata jer lah kan..teringat plak diaper bag Harith semalam...cantik jugak...

Pastu teringat yang aku tengah survey pasal breast pad ..Sebab aku ni suka survey online, then pegi beli laa kat mana2..kalo tadak sangat baru aku beli online..macam tigth Nuha hari tuh..hehehe..
Saper pernah try washable breast pad?2 jenis ni yang mana ok??

Medela Lace Washable Nursing Bra Pads

>>Credits to Sini



ATAU


Dr Brown Contoured Lace Washable Breast Pads

>> Credits to Sini


Atau korang pernah cuba pakai jenama lain ker?Aku skang pakai yang jenis Pureen tu tapi 30++ ada 24 pcs jer kan..2 jenis ni RM45 tapi leh basuh plak kan...aku nak pi carik laa weekend ni..eh, weekend ni aku nak balik Terengganu laa plak..lalalala..

Nuha nyer wishlist :-

Tadaaaaaaaa....
comel kan?
Nuha baru ada sepasang kasut,kaler biru..tu pun asyik tanggal jer..hehehehe..Ni yang paling murah 89.90..murah kasut ummi laa Nuha...



Credits to sini


p/s:Habis-habisan aku promo..doakan aku dapat pergi bercuti tuh...Amin..ahaks :P
atau korang nak kutip derma, then belikan aku pakej pergi bercuti?silakan...konon2 aku menang cabutan bertuah :D Alahai..kesiannya kat aku....
This contest is open from 1st January 2009 to 31st March 2009.
The winners will be selected after the contest ends and shall be announced on our TLC Blog by 6th April 2009.
The holiday prizes are solely on accomodation in Hotel rooms for 2 adults + 2 children only. Winners must provide their own means of transportation and everything else related. (kalo aku menang, saper nak ikut ni, lagi sorang :P), ker aku kena buat adik untuk Nuha sorang lagi :P

Tuesday, January 20, 2009

Birthday @ Januari

P/s: Maaf kalau ada yang aku lupa :D






2.1



2.1



2.1



15.1




23.1



26.1




26.1

Monday, January 05, 2009

Rotavirus dan Pnemucocal...

Hari tu, aku telah sebut pasal ni kat azam tahun baru aku kan..ni 2 jenis vaksin  yang aku nak dapatkan untuk Nuha tapi still x buat2 lagik.. :(

1) Pneumokokal

Berlaku disebabkan jangkitan kuman pneumokokus atau streptokokus pada organ di dalam tubuh.
Sekiranya jangkitan berlaku pada bahagian atas salur pernafasan yang menyebabkan bakteremia (jangkitan kuman dalam darah), sepsis (keracunan dalam darah), meningitis (jangkitan bakteria dalam membran tulang belakang atau otak) dan pneumonia.

Jika kuman streptokokus merebak dari dalam hidung ke bahagian atas saluran pernafasan, ia menyebabkan pneumonia (radang paru-paru), otitis media akut (radang pada bahagian tengah telinga) dan sinusitis (radang dalam hidung). Jika ia tidak dirawat atau gagal dirawat, penyakit pneumokokal boleh menyebabkan hilang pendengaran, kesukaran belajar, lambat bertutur, lumpuh dan kadangkala maut.

Cara mengesan?

Agak sukar kerana gejalanya seperti demam, berasa seram sejuk dan batuk berbeza mengikut jenis penyakit dan tidak khusus. Lazimnya pengesahan dibuat menerusi ujian rapi seperti x-ray atau ujian makmal.

Gejala (Pelbagai mengikut penyakit):

Bacteremia - gejala demam panas yang tinggi dengan petanda tidak khusus.

Meningitis - demam, sakit kepala yang teruk, loya, muntah, leher yang tegang dan fobia foto (mengelakkan cahaya akibat rasa sakit) di kalangan kanak-kanak lebih dewasa, manakala bayi menunjukkan demam dan tanda tidak khusus yang kerap.

Pneumonia - sawan secara tiba-tiba, sejuk, batuk, deman dan sesak nafas.

Otitis media akut - sakit telinga dan demam.

Sinusitis - demam, selesema dan batuk.


Vaksin PCV7 selamat diberikan kepada bayi baru lahir sehingga berusia 24 bulan

 p/s: Melalui pembacaan aku, kos untuk satu suntikan adalah 280 ker 330 per jab...sepatutnya nuha kena amik masa 2 bulan, 4 bulan dan 6 bulan..harap2 time dier 6 bln, aku bleh amik utk dier.. :(


2) Rotavirus

Rotavirus disebarkan menerusi makanan yang dicemari najis. Vaksin rotavirus adalah utk dimakan, bukan utk suntikan. Vaksin rotavirus mengandungi rotavirus yang hidup atau aktif. Vaksin rotavirus sesuai utk bayi dan kanak-kanak di bawah usia 3 tahun bagi mengelak masalah cirit-birit yang teruk yang boleh membawa maut. Kini terdapat 2 pembekal vaksin rotavirus dari luar negara iaitu Rotarix oleh GlaxoSmithKline di UK dan RotaTeq oleh Merck di USA. Kedua-dua vaksin rotavirus ini dikeluarkan sejak 2006. Rotatrix mengandungi hanya satu rotavirus (monovalent) manakala RotaTeq mengandungi 5 jenis rotavirus berlainan (5 serotypes). Vaksin Rotarix diberi 2 kali iaitu pada usia 2 dan 4 bulan. Vaksin RotaTeq diberi 3 kali iaitu pada usia 2, 4 dan 6 bulan. Ok, maklumat tambahan boleh didapati di sini dan sana    ->> credit to sini

Thursday, November 20, 2008

Double Happinest!

Memula sekali aku nak ucapkan
SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT
MA & JOE

yang selamat dinikahkan pada 26/10/2008.

p/s: sorry laa maa sebab baru buat entri ni, asyik lupa jer nak amik pic mu dalam frenster tu..kat ofiz aku dier block laa wey frenster...ampehss btol!wey, aku memang x sangka kalian berdua ni!hehehehe...rindu kat tempat melepak kiter kat paka dulu kan...disitu jua, cintaku berputik..jiwang lak... :P



dan juga selamat hari lahir yang ke sama ngan aku ..hehehehe..pada 28/10/2008...moga panjang umur, murah rezeki dan dapat baby!Jadi isteri mithali tu..moga kekal bahagia ke akhir hayat...


p/s: ni pun aku curik gambar mu yang kat frenster.. :D

Wednesday, November 19, 2008

Happy Belated Birthday Mak Buyung!



Happy Belated Birthday Mak Buyung!
On
16/11/2008


Venue:KFC
Date:7/11/2008
Semoga baby lahir dengan mudah dan selamat dan comel2 macam kalian berdua(AD+AM)
Semoga murah rezeki..
Tenkiu AD sebab belanja kami! Lenkali bleh belanja lagi...(waklu..sila sambung!)


Friday, November 14, 2008

Plz don't disturb!

Hari ni aku bz,semalam pun bz,
er..buat2 bz..
Sekian..

govtvorker.jpg
more animals

Wednesday, November 12, 2008

Terima Kasih Semua Penyumbang Hadiah!


Walaupun agak lapuk kan, tapi hadiah2 ni aku dapat lepas sebulan bday aku,so kira x lapuk sangat laa aku nak thank u them for the present...Bday aku kan 6.9 (masa tu aku masih dalam pantang! )

TERIMA KASIH!!

Friday, November 07, 2008

Kingston 8GB

Bagi yang berada disekitar shah alam,sila kunjungi blog ini untuk dapatkan pen drive serendah RM55.Tak perlu ke low yatt..hehehehe..Aku dah beli satu for my hubby..menyampah i tau..hari tu dah bagi car mp3 player..sekali nak plak pen drive lain :P aku ikutkan saja..isteri mee tali durjana laa katakan...


Biru ada...

Pink pun ada, tapi nampak macam purple jer :P Aku belikan yang ini untuk my hubby..man using pink! :P credits to niza for both pics.

Ok dah2..cukup bab iklan..hehehe..Hari ni aku nak makan KFC..lalala..ada orang nak belanja..sebab nak celebr8 bday dier yang lambat lagi pun nak menjelma..celebration in advance laa kesnya..mau nyer tak belanja awal2 lagi dah bagi hadiah.hehehe.. aku nak makan aper erk?huhuhu....

Thursday, November 06, 2008

Aku dah dekat 100 hari wey!!!!!!

Dah dekat 100 hari aku melahirkan Nuha 'berpuasa tuh' yer..tinggal 4 hari..kejap jer rasa....macam baru jer semalam panas2 lahirkan Nuha..panas2 tu macam goreng pisang laa panas2 :P Skang dah pandai senyum 'gelekek' (trg's slanga) bila orang mengagah esp her abah lerw.. **Warning:Entri seterusnya berbaur rumahtangga 18sxrated sket, so kalo yang x kawen tu, jangan laa kater aku x warning lak kan..Aku skang masih tercari2 lagi the best solution untuk merancang keluarga..Doc Z*amri hari tu ckp, paling cepat 2 tahun baru luka dalaman tu leh sembuh (dah laa aku x pegi consult ngan dier last month coz malas ditambah aku dah cucuk Nuha kat kampung hari tu :P, Maaf ya doc, aku kensel appt itewh tanpa pengetahuan mu :D ) diorang pun lupa pasal tadak pun SMS dari De*MC remind bout that apptnmnt. Ni aku duk google psl kaedah merancang keluarga sambil buat keja aku buat keja gak la, korang ingat aku blogging dan googling 24/7 ka?
Baca yang aku jumpa!
Dicedok dari sini

Credit to RatuHati.Com..

Matlamat perancangan keluarga adalah untuk memastikan setiap kehamilan dirancang dan dikehendaki.
"Institusi keluarga adalah unit sosial yang penting dalam masyarakat. Sungguhpun Islam menggalakkan lelaki dan wanita berkahwin dengan tujuan mendapatkan zuriat, tetapi kualiti hidup perlu dititikberatkan.
"Perancangan keluarga boleh diamalkan dengan persetujuan suami dan isteri"
- Dr. Mohammad Akram Laldin, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Kehamilan Perlu Dirancang, Kosmo

Nota Ibu Kaki :Hari tu, when i ask my hubby psal implan dan cerita yang one fren of mine punya fren(faham x?kwn kepada kawan aku lerr), implan dier hilang dlm badan(doc ckp maybe x pat peknen pasni) and lagi sorang gems gumuk (bagi aku x ler gems sangat pun :P ) lepas pakai implan..My hubby macam terkejut gak ..macam berisiko la kan pakai implan ni .my hubby cakap kalo pakai kondom pun x per..gila aper 2 tahun kena pakai kondom..Teknik pengunduran pun x sesuwai laa..Undur2 lekat jugak Nuha yang tembam tuh.

Kaedah Implan
Kaedah implan adalah kaedah sementara yang paling berkesan setakat ini dalam mencegah kehamilan, keberkesanannya muncul seawal 24 jam pertama pemakaiannya dan kesuburan juga kembali kepada asal dalam tempoh 24 jam ia ditanggalkan.

Pemakaiannya mudah, tidak memerlukan anda berjumpa doktor berulang kali kecuali untuk menanggalkannya dan tidak perlu khuatir mengenai kehamilan.

Bagaimanapun, ia mahal (sekitar RM400 tidak termasuk caj pemakaian) dan mungkin kurang kos efektif bagi penggunaan satu hingga dua tahun memandangkan ia adalah untuk penggunaan tiga tahun. Ia juga boleh menyebabkan gangguan haid (sedikit saja atau tiada langsung).- Dr Adilah Ahmat, Kaedah Sesuai Rancnag Keluarga, Harian Metro

Nota Ibu Kaki : And my fren cakap pakai implan kat PP*UM kosnya adalah RM250...kalo klinik swasta jer RM400++ tuh..Kalo buat kat klinik desa kampung aku, implan kena beli sendirik, tapi doc situ bleh pakaikan untuk aku..tapi sakitkah?huhuhu..ngeri plaks aku rasa...

Kaedah Pil Perancang
source : sini

Kaedah-kaedah pencegah kehamilan merupakan satu keperluan penting bagi merancang saiz dan masa yang tepat untuk mendapatkan anak. Ini adalah penting terutama bagi mereka yang baru bersalin atau mempunyai masalah kesihatan mengandung untuk mengelak dari mengandung. Salah satu cara mencegah kehamilan adalah dengan pengambilan pil perancang keluarga "kontraseptif". Pil perangcang keluarga digalakkan hanya untuk wanita yang berusia bawah 35 tahun, berkahwin, telahpun mempunyai anak, dan telahpun menjalani pemeriksaan doktor. Selain itu, mereka yang mengambil pil perancang keluarga perlu berjumpa doktor selepas 6 bulan pertama dan setiap setahun selepas itu untuk pemeriksaan
Waktu yang sesuai untuk mengambil pil merancang keluarga adalah

  • hari kelima haid.
  • Ibu yang mengalami keguguran boleh mula memakan pil selepas mendapatkan nasihat doktor.
  • Ibu yang menyusukan anak digalakkan untuk menggunakan cara mencegah kehamilan yang lain untuk mengelakkan gangguan kepada penyususan.
Pil perancang keluarga bertindak dengan menghalang ovari daripada membebaskan telur setiap bulan, oleh itu menghalang persenyawaan (mengandung) daripada berlaku. Sekiranya digunakan dengan tepat dan berkekalan, pil perancang keluarga mampu mencegah kehamilan sehingga 99.5% keberkesanan. Hampir semua wanita boleh menggunakan pil perancang keluarga kecuali mereka yang mempunyai keadaan seperti berikut :-

  • Disahkan atau disyaki mengandung.
  • Mengidap penyakit hati "liver disease"
  • Mengidap barah buah dada.
  • Mengidap sakit jantung.
  • Mengidap keadaan salur darah bengkak "varicose veins"
  • Mengidap pendarahan tidak normal "abnormal bleeding"
  • Mengidap darah tinggi.
  • Mengidap sawan "epilepsy"
  • Mengidap kencing manis.
  • Mengidap sakit kepala migrain
Cara penggunaan pil perancang keluarga.

Setiap pil mengandungi 21 pil. Cara pengambilan pil yang betul adalah :-

  • Mengambil sebiji pil setiap hari pada masa yang sama selama 21 hari berturut-turut.
  • Mula mengambil pil pada hari kelima haid.
  • Berhenti untuk tempoh 7 hari sebelum mula dengan paket pil perancang keluarga yang baru.
Sekiranya terlupa.

Sekiranya terlupa untuk memakan pil, makanlah pil apabila teringat tetapi tidak selepas 12 jam. Sekiranya anda terlupa memakan dua atau lebih pil, anda perlu mengambil langkah berikut :-

  • Sekiranya terdapat pendarahan, berhenti mengambil pil dan mula dengan paket baru pada hari kelima haid.
  • Sekiranya tiada pendarahan, teruskan mengambil pil seperti biasa, tetapi anda perlu menggunakan kaedah pencegah kehamilan yang lain sebagai langkah berjaga-jaga.
Terrdapat dua jenis pil perancang keluarga yang berada di pasaran iaitu :-

  • Pil yang yang mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin.
  • Pil yang mengandungi hanya hormon progestin.

Pil yang yang mengandungi gabungan hormon-hormon estrogen dan progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk gabungan hormon yang diambil secara oral ini dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari serta endometrial. Pil kontraseptif ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali mereka yang merokok atau mempunyai sejarah keluarga yang berpenyakit jantung. Pil kontraseptif ini juga tidak sesuai untuk wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku.
Antara kesan sampingan pil kontraseptif yang boleh dilihat ialah mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan antara haid, dan masalah tekanan. Kesan sampingan ini hanyalah sementara. Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia berkekalan atau anda berasa bimbang tengang kesan sampingannya.

Pil yang mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin sesuai untuk wanita yang menyusukan anak serta mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Kesan sampingan ini hanyalah sementara. Dapatkan nasihat doktor sekiranya ia berkekalan atau anda berasa bimbang tentang kesan sampingannya. Dianggarkan hanya 0.5 peratus (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.
Penggunaan pil perancang dengan betul dapat memastikan anda dapat merancang keluarga anda dengan betul. Penggunaan pil perancang mempunyai kadar 99.5% kejayaan. Keburukan penggunaan pil perancang adalah :-

  • Tidak sesuai dengan sesetengah wanita. Terdapat masalah alahan atau penyakit.
  • Kadang-kala terdapat gangguan pada kitaran haid.
  • Tidak berkesan sekiranya terlupa memakan pil perancang setiap hari.
Bagi wanita yang ingin mengandung, mereka hanya perlu berhenti mengambil pil dan mereka akan subur seperti sediakala.

Kesan pengambilan pil perancang keluarga
Pada masa kini, tiada kajian yang diketahui dapat membuktikan kesan buruk pengambilan pil perancang keluarga seperti kanser. Bagaimanapun pil perancang keluarga telah terbukti berkesan untuk :-

  • Menghalang masalah kekurangan zat besi "anaemia"
  • Menghalang ketumbuhan "cysts" dalam ovari
  • Menghalang masalah radang pelviks
Bagi wanita yang tidak sesuai menggunakan pil perancang, masih terdapat cara-cara lain bagi mengelakkan kehamilan yang tidak dirancang. Anda perlu berbincang dengan doktor agar dapat memastikan kaedah yang digunakan bersesuaian dengan diri anda.

Pil perancang bukan saja mencegah kehamilan, tetapi turut ada manfaat lain seperti haid lebih ringan, tetap dan kurang senggugut; mengurangkan risiko pembentukan sista ovari, kanser ovari dan uterus; mengurangkan penyakit keradangan pelvik, meningkatkan ketumpatan tulang serta memperbaiki tekstur kulit. Cuma masalahnya ialah kepatuhan pada jadual pengambilan kerana ia perlu dimakan setiap hari. - Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Dr Premitha Damodaran, Harian Metro.

Nota Ibu Kaki:Owh, kena laa aku pegi jumpa doc pasal pil perancang ni..aku ada migrain ghupernya, so teknik ni x sesuwai laa.. Ada banyak lagi teknik sebenarnya yer kawan2..yang IUD tu kan, my BIL cakap , macam ada mender geget 'tu' bird dier kalo pakai tuh...Alhamdulillah, lepas buang mender yang geget dier tuh (geget dier almost 8 years), lekat la sorang lagi...next year, dapat lagi laa anak sedara sorang lagi..lalalalala
Ada cadangan x? sila tinggalkan nasihat makrifat kat aku weh..aku buntu sehhhhhhhhhhhhhhh!

Wednesday, November 05, 2008

Waffles anyone?

Memandangkan dah nak masuk waktu tengah hari, aku teringat laa semalam aku snap pic dua keping makhluk bernama waffles ni..lalalalala..lambatnya kul 1..aku suka choc+blueberry or strawberry..

Abaikan meja ku yang semak..fokuskan kepada 2 keping waffles tu ok?(lapar seh tu psal 2 keping) *Promo- kalo 2 flava Rm2.50 tapi 1 flava Rm2 sekeping..Dapatkannya sekarang bagi yang duk makan kat kafe Me*nara SA*AS tuh..
Aku mula berkecimpung dalam bidang waffles ni, (chehs-makan jer laa bukan reti buat pon), masa aku makan kat A&W Dungun yang eskrim tu..la ni dah lama aku tak pi A & W (kat dungun tu dah di'delete'dah :P) Kat mana lagi yang tinggal erk? Tak silap aku kat KLCC masih ada lagik kan?..mak ai, x kan semata2 nak makan A&W nyer waffles aku nak kena pi sana?ada lagi ker jual tu?aku makan dulu masa Form 1..huhuhuhu..ni aku cilok gmbar saper2 ntah..credit to him..
Ni waffles eskrim yang A&W tuh...terliur nyer..seb baik x peknen dah...
Ni aku jumpa kat my resepi, cam biasa copy paste ajor masuk sini...credit lagik to AlongRoz.Senang jer ghupernya..tapi nak kena beli laa electric waffle maker tu pulak..muehehehe...
Bahan-bahan ( 3 set x 5 keping )
  • 2 biji Telur -ada
  • 3/4 cwn Susu segar -ada
  • 2 tbsp Minyak sayur (minyak sayur ni cammana erk? minyak biasa tak leh ker?minyak sapi ker? :P)
  • 1 cwn Tepung -ada
  • 1 1/2 tsp Baking powder -ada
  • 1 1/2 tsp Gula -ada
  • 1/2 tsp Garam -ada
Cara-cara

  1. Panaskan electric waffle maker. (owh, yang ni tadak..aku kena pi carik ni ..lalalalala)
  2. Pukul telur sehingga berbuih sedikit. Campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak (waffle maker ada mcm2 brand, jadi ikut arahan memasak spt tertera dlm manual waffle maker anda). Tips - jgn tuang adunan terlalu sedikit nanti tak nampak pattern ataupun jika terlalu byk adunan, ia akan melempah & bentuk pun kurang menarik.
  4. Hidangkan dgn topping kegemaran anda seperti madu, maple syrup, ice cream atau jem.
p/s: sesaper yang tau berapa rega electric waffle maker tu sila ar cakap kat aku, atau kalo korang ada, aku pinjam leh tak?muehehehehe..bukan nak makan selalu kan... sharing is caring what! wakluuuuuuuuuu (niza berkata didalam hati)

Thursday, October 30, 2008

Malam tadi my hubby nak makan pizza!

Malam tadi lepas bawa Nuha pegi De*MC for nebulizer treatment (baca blog Nuha :P), my hubby cakap nak makan pizza..huhuhu..So pegi laa Masa*lam...aku suh my hubby dukung Nuha sebab Nuha dah merengek dah..bagi my hubby terus diam laa as usual..anak abah yer.. ko bf ngan abah ko laa pas ni bley? :P Malam tadi kitorang order yang regular Super Supreme(all time peberet aku) ngan Royal Masala (x syuke) and Tempura King Prawns..x abes pun makannyer..aku makan 4 slices dah bersadai..huhuhu..Aku kan masa tunggu pizza tu (as usual my hubby mesti take a way punyer), terkenan laa dekat satu tikar buluh ni yang corak2 bunga gitewh..dari jauh aku nampak tuh, RM 180 for 2 bidang...so kalo ada sesaper nak share2 beli ngan aku , sila kontek aku atau tinggal komen n no talipon...untuk yang tinggal di area shah alam, Insya Allah aku antar kat umah korang...


Ha, aku baru tahu yang ada cara yang pantas untuk konon2 edit pics padahal drag and drop jer..terima kasih to maroo..aku x tahu berapa lama aku akan giler ngan mender ni.. :D Photoscape..sila laa donload untuk menceriakan gambar anda :D ker aku jer baru tahu?huhuhuhu..
Ni gambar Nuha aku buat wallpaper pc aku kat ofiz... mcm tadak keja jer ko ni.. yer2 saya banyak mengular kebelakangan ini, atau memang dari dulu lagi aku suka mengular? Lu fikir laa sendirikkkkkkk

Wednesday, October 22, 2008

Happy Birthday Abah!

p/s: Aku x belikan aper2 pun lagi untuk Abah kali ni..kirimkan doa jer bleh??hehehehe..semoga Abah bahagia dunia dan akhirat..Jangan makan manis2! :D Macam lah abah aku baca blog plak yer dak..huhuhu..Eniway, i lebiu abah!

Sunday, June 15, 2008

Happy Father's Day!

Selamat Hari Bapa..Terutama buat abah dan ayah (bapa mertuaku)..Semoga panjang umur+murah rezeki..


Selamat Hari Bapa Jugak buat Papa Danish..Ngah aku..semoga jadik bapak mithali..


Dan teristimewa buat bakal abah buat my baby♥ yang bakal lahir awal bulan 8 nanti..Insya Allah..Semoga pengalaman indah kita bulan 8 nanti bakal menjadi memori terindah dalam hidup kita..Insya Allah..Jadik bapak mithali tau sayang!

Friday, June 13, 2008

Tenkiu Niza utk secret recipe cakes yg syedapp..



Time orang duk kalut² nak pi solat jumaat kitorang tapau kek kat .

Ni yang aku order...Moist Chocolate Cake + Raspberry Cheese




Ni yang Niza order..Chocolate Banana + Cappuccino Cheese




Ni yang ad order..Chocolate Indulgence + Blueberry Cheese




Nyum² kenyang nyer..huhuhuhu..then lepas tu kitorang melepakkan diri dirumah aku..sofa aku telah ternoda..huhuhu..gambar lupa nak amik..sudah nak abes kek baru teringat...tu aku cilok jer kat web secret recipe tuh..huhuhu..lawak ar..

Saturday, March 22, 2008

Peace!


PEACE!

sajer post in advanced coz esok holiday..yuhuuuuuuuuuu..

Friday, March 21, 2008

Happy Birthday Eida...



p/s:Eida, semoga panjang umur + murah rezeki+cepat kawen...hehehehehe

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)