Internet secara umumnya merujuk kepada gabungan jaringan komputer yang berkomunikasi menggunakan sistem pertuturan yang sama dikenali sebagai TCP/IP (Transmission Control Protocol/Internet Protocol). Ia berfungsi sebagai satu rangkaian yang besar menghubungkan badan kerajaan, komersial, Institusi Pendidikan dan individu di seluruh dunia.sumber : sini
Sekarang ni duk kecoh tentang Cinta Internet atau lebih kasar Cinta Awang Hitam yang mana menjadikan pelbagai medan sosial baik facebook, twitter, blog untuk memerangkap mangsa untuk dijadikan keldai dadah. Pelbagai kisah kita dapat baca di akhbar tapi itu yang didedahkan, yang tak dedah kita tak tahu la kan.
Awalnya, mereka disogok kemewahan termasuk kereta, wang RM1,000 seminggu dan tinggal di kondominium mewah, namun di penghujungnya mereka dilayan seperti hamba seks, aksi lucah dirakam, diugut, dipukul, dikurung serta hampir terjebak kegiatan jenayah. Itu pengalaman dua wanita Melayu mahu dikenali sebagai Huda, 28 dan Amy, 27 yang menjalin hubungan dengan lelaki warga Afrika dan kini menempuh hidup penuh kesukaran selepas ditinggalkan sumber : sini
Macam mana nak kenali cinta Awang Hitam tu ?
1) Profile picture yang cun melecun / hensem dan macho bergaya - Nak memerangkap mestilah letak profile picture yang memenuhi piawai masyarakat sedunia kan. Kalo muka ala-ala nak makan pun tak selera nak dibuatnya, macam mana la nak lekat gitu kan.Orang kata dari mata turun ke hati.
2) Ayat-ayat yang jiwang karat - Bahasa tu kan jiwa bangsa.So, memang diorang akan sedaya upaya menggunakan ayat-ayat yang sekali baca boleh terpedaya lah.Tangkap leleh punya ayat lah kiranya.
3) Mesti diorang menyamar sebagai kenalan yang berasal dari luar negera - kita kalo sebut luar negara mesti teruja, maklumlah duduk kat malaysia ajer, mana tahu boleh kawen ngan mat salleh/ minah salleh, boleh laa berhijrah ke luar negara macam retis :p
Ini adalah salah-satu contoh penipuan Cinta Awang Hitam yang didedahkan oleh Apak Cikidong melalui Facebook beliau.
Contoh gambar profile
Contoh ayat-ayat cinta
Kepada gadis Melayu, bukalah mata kasar dan mata hati, usah terperangkap dengan kata-kata manis sebilangan warga Afrika.Sudah diperdaya, di tipu dan kemudian tubuh diratah pula. - Credit to Mazidul Akmal
Entri ini ditulis untuk cabaran #2 iPad MySuperKid yang direviu oleh oleh neyra shazeyra & Lennymoriza dan ditaja oleh Hafiy Dot Com”
My Nuha | Aku Bukan Chef