Showing posts with label cinema cinema cinema. Show all posts
Showing posts with label cinema cinema cinema. Show all posts

Monday, May 20, 2024

Selamat Hari Guru & Sheriff : Narko Integriti


Assalamualaikum. Rasa tak terlambat lagi nak mengucapkan Selamat Hari Guru dan Al Fatihah buat semua guru yang pernah mendidik diriku samada yang masih hidup dan yang telah pergi terlebih dahulu meninggalkan kita. Semoga mendapat pengakhiran yang baik ( Husnul Khotimah) . Terima kasih kepada guru pertamaku, arwah Abah dan my Ma. Terima kasih jugak buat semua guru anak-anakku. 




Small token appreciations untuk hari guru dari anak-anak. 


Untuk guru tadika my Nawfa. Hadiah Nawfa pilih sendiri. 



Untuk guru My Nuha. 



Setelah ditutup kotaknya. Satu kotak lain sebab mak dia terkoyakkan kotak. haha


Untuk guru my Nayla sebelum dideko. 


Sedang deko


Hasilnya. Hasil keras tangan. hahaha




Weekend hari tu, Sabtu my hubby ajak tengok wayang sebab anak-anak nak tengok wayang. Layankan ajer. Maknya baru nak marathon tengok Queen of Tears. hahaha. Terpaksa tangguh la sekejap bawa anak tengok wayang. 


Beli je tiket online. Datang pickup popcorn & masuk tunjuk QR je. 


Lepas abes wayang. Muka ada happy la semua. Mak stress sebab 5 kali ulang pergi toilet. My Nawfa lahkan siapa lagi. Kacau line btol. Overall, saya bagi 5 bintang. Tak sempat nak bosan tapi dah abes. Tapi ending tu macam tak ada sequel. Mungkin prolog lah kot. 


Wefie , 5 of us. Lepas ni cerita apa pulak?


Balik tengok wayang sempat masak nasi ayam lagi untuk lunch. Alhamdulillah. 





Friday, October 20, 2017

Ulang tahun perkahwinan ke 10 & Tombiruo : Penunggu Rimba

Assalamualaikum dan selamat petang. Alhamdulillah, 10 Oktober lepas genap 10 tahun usia perkahwinan kami. Terima kasih sayang untuk 10 tahun bersama jatuh dan bangun, tawa dan duka dalam melayari bahtera perkahwinan kita .Semoga kasih sayang dan cinta ini kerana Allah S.W.T. 

10 tahun lepas :) Rasanya gambar ni pertama kali saya tunjuk kat belog ni. Tema gambar ni peluk isteri masing-masing. hahaha. Masa ni adik saya solo lagi so dia peluk tiang kat tepi kot..hahaha



Kebetulan tahun ni anniversary kitorang jatuh hari sabtu, so pagi -pagi lagi dah janji dengan anak-anak nak bawa pergi jogging kat tasik. Maklumlah demi misi besar tahun depan. hahaha. So kena la aktif sikit kan. Semoga dipermudahkan urusan kami. Baby of 2018 maybe :p Doakan yer semoga ada rezeki anak lelaki, lama dah reserved nama  :) 


Saya dan my hubby pusing tasik ni dalam tiga pusingan. Sampai kat bahagian taman ni anak -anak dah nak berhenti berjalan. Kami paksa pusing lagi satu round baru dapat main. 

Bila dah second round tu saya dan hubby gilir-gilir lah pusing solo pulak. 


Lepas dah habis jogging apa lagi, kita makan dulu. hahaha


4 of us #tilljannah


Kitorang breakfast di Warung Kita , Bukit Raja
Pekena Nasi Lemak Ikan Tongkol


Belah malam pulak, anak-anak request makan KFC.


Seronok korang dapat makan KFC yer.

Ni kisah hari deepavali pulak. Anak-anak request nak tengok Tombiruo : Penunggu Rimba. Sebenarnya my hubby ajak tengok Bisik Pada Langit tapi tengok review kurang memberangsangkan so kami tengok Tombiruo : Penunggu Rimba. Nasib dah booking online awal-awal. Bercinta jugak nak kena beratur. Dah la nak beli popcorn pun panjang barisan kan. Tapi memang full house lah hall hari tu.

My Nayla yang first time tengok wayang . Setengah jam pertama makan popcorn dan tengok movie. Lepas tu tidur sampai dah nak habis movie. Sabar jer lah dik.

Kakak memang peminat drama melayu. Tak habis cakap sedih-sedih tengok  Tombiruo : Penunggu Rimba. 

Overall saya bagi 4/5 bintang. Kalau baca novel wajib kena tengok . Saya baca novel  Tombiruo : Penunggu Rimba kawan saya punya, Kak Yan masa degree dulu. haha. 

Jimat . RM 10 sahaja hari rabu tiket wayangnya . 

Daripada Muaz RA katanya, aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Firman Allah Taala (dalam Hadith Qudsi) orang-orang yang berkasih sayang kerana keagunganku akan mendapat minbar-minbar daripada cahaya yang diinginkan oleh para nabi dan syuhada ”.


(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya : Hadith ini Hasan lagi Sahih)

Thursday, May 02, 2013

Dah tengok ke Iron Man 3 ? Semak Daftar Pemilih ?

Semangat nak tengok Iron Man 3 ni sebab malam tadi tengok marathon Iron Man dan Iron Man 3 kat channel DisneyXD . hahaha .Sayang , jom kita gi dating berdua bila balik terengganu nanti  tengok wayang kat Mesra Mall Kerteh konon-konon sempena sambutan hari ibu lah :) Tak sabar pulak nak balik kampung sempena PRU 13 ni nak pangkah mak cik memon :p





Korang dah tengok ke Iron Man 3  ? 
Trailer klik sini

Homedec @KLCC 1 - 4 Mei ini ! 20K Daily Giveaway kauuu !




Jangan lupa semak daftar pemilih :)
Klik sini 
 
p/s:

Ini kali ketiga nak mengundi , harap dapat keistimewaan tak yah beratur panjang
sebab nak bawak my Nayla. hahahaha. keji :p Dulu mengundi masa mengandungkan Nuha , dapat cepat jugak...

My Nuha | Aku Bukan Chef

Friday, December 14, 2012

Instanbul Aku Datang & Pemenang FM Bukit Merah

Korang dah tengok ker movie Instanbul Aku Datang ? Cerita ni saya rasa yang berjiwa remaja ajer boleh layan. Yang berjiwa tidak remaja adalah tidak digalakkan. Mesti korang ingat, saya nak cakap yang saya  masih berjiwa remaja la tu..hahahaha. Yerla, saya masih berjiwa remaja .Jalan cerita macam boleh agak jer. Nak santai-santai layan boleh la. Tak perlu serius sangat, nak serius mari buat coding programming untuk saya ni.



 Hari tu ada iklan pasal cetak rompak kat TV kan ? Astro tak silap. My Nuha tahu yang saya beli CD cetak rompak "Aku Terima Nikahnya" hari tu kan. Dia datang kat saya , sambil cakap "Ummi, lain kali jangan beli CD ROMPAK, nanti nuha panggil polis " hahahaha. Insaf mak noks !

Korang pernah ke beli CD Cetak Rompak ? 
Kalau download  free macam mana pulak kesnya yer? Sama jugak kan :p


Jom kita tengok senarai peserta yang join Giveaway @ Elissmie.com.

4. zanzila

Pemenangnya adalah : 




Kepada  pemenang bertuah ini , Sila emailkan nama, alamat dan no hp ke elissmie [at] gmail [dot] com. dan pilihan FM yang dikehendaki. * Yang rumah tu dah tak available. 
 

Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Pelbagai pilihan kain cotton untuk baju kurung , klik sini. [ klik laju-laju]

Thursday, November 15, 2012

Cantiknya baju Nora Danish Dalam Aku Terima Nikahnya

Mula mula nak ucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam . Teringat masa sekolah dulu, selalu masuk nasyid bila tiba Awal Muharam. Sinonim sangat kan ? Korang pernah ? Siap sampai wakil daerah sekolah rendah saya dulu tau . Tapi masuk peringkat negeri, kalah .Teringat kat Cikgu Masnawi ( gitu la namanya, ingat2 lupa ), guru muzik kitorang merangkap cikgu yang melatih kitorang nasyid ni la.

Ok, nak cerita pasal movie, Aku Terima Nikahnya .Orang tengok movie, saya tengok baju pelakon. Actually, saya dan Ad tengok cerita ni kat Hotel Grand Continental Melaka. Punya jauh pi tengok. Mula-mula macam nak subsribe kat Astro first, tapi sebab tak minat sangat kan dengan hero dan heroin , tak tersubscribe :p Masa kitorang pegi cari kat serbaneka area hotel tu, ada mamat jual CD kat tepi kedai tu. Copy Astro First RM5 jer.hahahaha

So, sebab kitorang kan tak der kenderaan, mari la kita membuat wayang dalam bilik hotel dari duk melepek jer kat bilik tu kan. Kira halal la yer pasal beli CD cetak rompak, tak berniat pun nak menyokong cetak rompak :p Bagi saya rate cerita ni boleh la bagi 3/5 bintang. Tak der la sedih gila-gila kot , ada la part sedih tapi tak sampai keluar air mata macam tengok cerita korea ( saya kan ratu air mata) , saya siap tertidur .keh keh keh.

 
Tapi yang paling best cerita ini adalah baju-baju yang dipakai oleh Nora Danish. Boleh tak asyik duk menelek baju jer kerjanya . Comel kan Ad, comel kan? Begitulah dialog dua orang sambil tengok cerita. Part daring tu sekejap sangat la, dalam TV duk promo macam kan semua scene ada part romantik terlampau tu.

Jom la layan gambar yang saya cilok dari blog MIG dan blog sapa-sapa ntah, pandang kat baju Nora Danish jer, jangan pandang benda lain  :p



Baju di hari persandingan, simple dan sweet sangat.


Yang ni scene last, cantik juga warnanya.


Yang ni time bf dia melamar, comel jugak :p


Yang ni simple ajer  , tapi comel jugak bunga-bunga.
 Perasan warna macam ni memang kena dengan dia kan?
 

 Yang ni pun comel. Ada satu helai baju saya macam ni, ala-ala korean kan tapi pakai dengan inner la .Mau kena pelangkung dengan my hubby kalau lengan pendek macam ni keluar rumah. Duk rumah ok la.

Yang ni sesuai untuk ibu mengandung, hahaha. Kalau kita pakai, mesti dengan seluar kan.

Even baju tidur dia pun cantik. hahahaha

Ada satu lagi baju yang saya suka dia pakai, kat leher macam ada ropol-ropol warna coklat ( nanti saya print screen dr CD, copy kesini kalau rajin ). Bila google tak jumpa pulak :p

Korang dah tengok ke Aku Terima Nikahnya ? Berapa bintang boleh kasi ?



Wednesday, April 18, 2012

Bunohan, sebutannya Bunoh- he yer kawan-kawan :)


Kalau korang nak tahu, Bunohan adalah nama tempat di Tumpat Kelantan. Kalau nak sebut dalam dialek kelantan - Bunoh - he :) Kalau bukan berjiwa seni atau buta seni, awal-awal lagi sila jangan tengok movie ni ! Movie ni kena fikir sket lah kot.Sebenarnya me tak ke panggung wayang,  me order jer kat  Astro First lah sudah semestinya . Jimat pun jimat. Cuma RM15 sahaja 48 jam boleh tengok tanpa henti  [Cara pembelian movie di Astro Fisrt boleh rujuk entry ni ]
Korang jangan risau walaupun seluruh filem dalam dialek kelantan, tapi boleh pilih sarikata :) Even, me sendiri pun tak faham jugak bila cakap laju-laju kan . My hubby lagi lah tak faham.hehehe. Sabar jer lah :p Me cakap dalam dialek terengganu dengan my hubby , tapi cakap dialek kelantan dengan my family . Pelik tapi benar !


Antara Ulasan Zahiril Adzim di blognya :

Bagaimana seorang manusia dengan pekerjaan yang kejam/ganas akhirnya tumbang kerana rasa kasih sayang pada seorang adik dan bagaimana pula seorang manusia dengan pekerjaan yang mulia, dihasuti syaitan dan menumbangkan rasa kasih sayang- Zahiril Adzim

Korang dah tengok ke filem Bunohan ?


PENGARAH : Dain Said
PELAKON : Faizal Hussein, Zahiril Adzim, Pekin Ibrahim, Bront Palarae, Sofi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi, Jimmy Lor, dan Tengku Azura.
GENRE : Aksi/Drama
DURASI : 1jam 37minit
KLASIFIKASI : PG13

p/s:


Bintang : me bagi 4.5 /5 :) Syabas Dain Said atas kelainan filem anda :) 


Don’t compromise anymore! With Kotex ! MakeOver USD 1,000 ok !!



Thursday, March 01, 2012

Adnan Sempit 2 , memang terbaik derrrrr...

Alhamdulillah, setelah 2 hari MC akhirnya hari ni me kembali ke ofiz .2 hari duduk rumah, tak bosan sangat. Seperti apa yang me mention semalam kat fesbukk, me ke DEMC sebab my hubby terjangkit sakit mata sama :p MC yang ada jangan disia-siakan :p Bukan selalu boleh duduk berdua dengan my hubby. So, my hubby ajak ke TGV Cinema , Bukit Raja. Harap-harap tak der orang berjangkit sama sebab kitorang dah siap-siap handwash segala sebelum kesana :) Tapi kepada kapel yang peluk-peluk cemolot dalam panggung, dipersilakan kena , kerana sakit itu kifarah dosa-dosa kita.Amin



Harus dipertontonkan tiket wayang dulu :p Amik couple seat. RM12/ticket.


Satu-satunya gambar dalam wayang :p



Bagi me boleh bagi 8 per 10 bintang lah. Memang ada part yang tak gelak tapi bila keluar jer Adnan mesti nak tergelak ;p Broken English dia tu yang paling kelakar bagi me :p Ada ker corporate man dia cakap orang koperasi . I like riding bicycle jadik i like reading baisakle . Dan part yang geli-geli sket bila Sam(Adnan) bahasakan diri dia papa-mama dengan , Intan Ladyana (Nadia) . Memang kalau nak release tension cerita ni boleh la bagi release sket walau tak banyak.

Korang dah nengok ke Adnan Sempit 2 deeeerr?? 

Antara review dari blogger lain yang telah menonton  :-

Man dah tengok ahad lepas... mmg best...selamba je naik motor pakai eskalator ....pastu scene urutan TUNJUK LANGIT pun kelakar... - HazmanFadzil.com



eliss.. kid paling bengang dengan tom jerry raja lawak tu.. macam hampeh.. geramm dengan dia.. urut tunjuk langit.. cisss.. hahahahaaaa.. lawak siut!!! - Shakiddo.com


huhu mmg best gelak dr start smpai abes.. but personally i think shuk balas spoiled the moments in the movie, i did not enjoy his acting, sorry to said - zam




Monday, October 17, 2011

Kalaulah bini korang gangster ??

Memandangkan KPI kitorang setiap bulan adalah hanya 1 movie 1 bulan di Astro First, bulan ni kitorang beli movie Bini-biniku Gangster. Overall boleh bagi 9/10 bintang . Kelakar habis lah, tapi ada jugak part yang nampak bosan sket tapi tak banyak sangat lah.Next month movie apa pulak yer nak tengok . Tapi kena tunggu bil Astro sampai dulu la :p




Manja dan Herry adalah sepasang suami isteri yang sangat romantik dan saling sayang menyayangi. Bagi Herry, Manja adalah seorang isteri dan suri rumah yang baik. Sedaya upaya Manja cuba menyembunyikan identitinya sebagai seorang ketua kumpulan gangster. Dipejabat, Herry kerap dibuli oleh Mat Saja, tetapi setiap kali Herry dibuli pasti Mat Saja akan menerima balasannya. Perkahwinan mereka yang sudah berusia 2 tahun itu masih belum dianugerahkan anak disebabkan Manja yang pernah mengalami kecederaan perut akibat kisah silam, membuatkan Manja berasa serba salah lalu cuba mencarikan seorang isteri yang boleh memberikan anak untuk suaminya yang tersayang. Ia juga adalah untuk mengalih perhatian Herry dari mengetahui aktiviti luarnya yang semakin sibuk setelah bergelar ketua kawasan, tambahan pula kawasannya kerap diganggu oleh musuhnya Min Siam.

Manja melamar Reanna, rakan sepejabat Herry yang baru untuk menjadi madunya. Walaupun redha dengan perkahwinan suaminya yang baru, jauh disudut hatinya perasaan cemburu melihat kemesraan Reanna dan Herry. Maka berlakulah perang dingin antara Manja dan Reanna dirumah. Sedang mereka asyik bergaduh, tiba – tiba Herry menghilangkan diri. Kedua dua madu itu berusaha mencari Herry di merata tempat, Manja bergegas ke tempat musuhnya iaitu Min Siam, kerana khuatir Herry diculik ahli kumpulan Min Siam.credit to : here

Kalaulah bini korang gangster ? 
Macam mana ? Huraikan (10 M) 

p/s: eh, macam soalan PMR 1997 pulak :p


Monday, October 10, 2011

Ada ker ber'madu' yang best ??

Ni bukan nak cerita pasal ber'madu' seperti Abang Jam :p Tu me mintak jauh , ai tak rela you dimadukan :p  Tapi Maaduu yang best ni, satu website yang korang boleh layan drama bersiri dari Korea. Katanya, kalo kat korea tengah on air, lepas tu korang boleh tengok plak lepas abes drama tu kat Maaduu siap ada sarikata english/malay lagi. (Ni aku baca kat paper lah :p ) Yang tambah best tu, dia tak ada buffered macam kat You Tube atau web streaming yang lain...Laju jerr nengoknya...even aku pakai broadband Celcom :)




So bagi penggemar movie K-Pop tu boleh laa terjah kat sana. http://www.maaduu.com/
Tapi korang kena register dulu for FREE untuk layan drama yang ada dan sebelum boleh layan movie kena tonton iklan (tak boleh skip) tapi iklan sekejap ajer setiap kali masuk episod baru .


Aku dah lama gila tak tengok drama Korea ni. Semalam aku dah layan satu movie dah :p My Wife is a Superwoman, drama 2009.

Sinopsis :

A bittersweet success story of a man whose wife does everything she can to help her husband get a leg up in society so that she can also reap the rewards from his success and become a glamorous housewife. But what is the real reason that drives her and her female friends to obsess about success?
A modern-day Cinderella who wasn’t able to nab a knight in shining armor! Here we have one woman who pours all her energy into making her husband a success in society. Another woman who is like a servant gets her hands on the glass slipper, which fits! Then there’s the woman who steps on a princess with the stiletto heel of her shoe. The realities of women’s social clubs! The power of their husbands determines the pecking order of their wives’ status in society. A real princess who has all the material things in life that she could ever want but remains unhappy! And a woman who wants to be loved.


Korang minat ker layan drama Korea ??



Tuesday, September 27, 2011

Tengok wayang dari rumah lebih jimat dan mudah kan ? Astro First lah kan ?

Akhirnya movie pertama yang me tonton kat rumah adalah Hantu Bonceng. Seb baik ada Astro First, merasalah orang pantang nak tengok wayang kan. hehehe. Memang mudah dan jimat la boleh tengok wayang kat rumah ni sebab ianya serendah RM15 untuk 48 Jam.Dah berapa kali duk tengok ni :p Maklumlah ada peminat cerita hantu tegar kat rumah ni (My Nuha la :) Senang sket nak buat kerja...hahaha. Pagi ni ajer dah 2 kali dia tengok :p




Me bagi 5/5 bintang lah untuk Hantu Bonceng.

Seronok jugak tengok wayang sambil-sambil lipat baju, jemur baju dan siap baring-baring sekali dan boleh pulak update blog :p [Adegan yang tidak boleh dicapai apabila menonton wayang dipawagam kan ? ]

Bagi yang masih tidak tahu membuat pembelian movie di Astro First, boleh ikut langkah berikut. Credit to Astro First

1. Sila ke Saluran 480 Astro First untuk melihat senarai filem terkini dan tekan butang Biru di alat kawalan jauh Astro untuk membuat tempahan. Lihat pemilihan bahasa (melalui butang I-II) dan tonton saluran promosi Astro First (melalui butang Hijau).


2.Tekan butang "OK" untuk menempah filem pilihan.


3.Tekan butang Biru sekali lagi untuk mengesahkan tempahan.




4.Anda akan melihat kod 16 digit di kaca TV. SMS kod berkenaan ke 32999 dan anda akan menerima balasan SMS untuk pengesahan tempahan. Filem pilihan anda akan muncul dalam tempoh 5 minit selepas itu. Mudah sangat!


5.Untuk menonton filem pilihan anda itu, tekan butang Kuning. Jika anda belum membuat tempahan, anda akan melihat ini diskrin. Namun, jika anda sudah menempah, anda akan melihat judul filem pilihan anda di 'Filem-Filem Saya' dalam tempoh 5 minit. Selain itu, anda juga boleh menonton filem pilihan anda di saluran 482 hingga 485.


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)