Showing posts with label car service. Show all posts
Showing posts with label car service. Show all posts

Wednesday, September 24, 2014

Kos tukar drive shaft kereta Kia Spectra dan tampal tayar

Tahun ni tahun kesembilan bagi Cinta Bersulam Rinduku dan secara rasminya kereta ku ini bukan milik bank lagi. Tapi ada jer sakit-sakit sengal tulang bila dah tahun kesembilan ni.hahaha.Macam mintak tukar baru jer..Ops. Hari tu bila corner, bunyi 'tak tak tak' kat bawah tayar. Lain macam pulak bunyi ni. Bila pergi pomen, diorang cakap bunyi drive shaft tu. So suh pomen orderkan drive shaft sebelum dia patah. Kang banyak pulak kos tersembunyi bila dah patah tu kan.

Hari Isnin sebelum Hari Malaysia hari tu, saya cuti sebab nak pergi tukar drive shaft baru. Saya dah biasa bawa pergi servis kereta kat bengkel pomen ni yang terletak kat pintu belakang masuk i-city seksyen 7 tu. Pomen ni jiran saya sebenarnya, Dulu saya biasa pergi Definite Power Services Sdn Bhd kat situ jugak tapi bengkel tu dah tutup. So sekarang memang saya baiki di bengkel jiran saya tuh lah.


Inilah drive shaft saya yang bunyi tak tak tak tu :p
CV joint dia dah koyak dan batang pun dah hampir patah.


Kos yang dikenakan untuk sebatang drive shaft yang hampir patah. Sebatang RM285.00. Kos upah RM40. So total RM 325.00. Pomen cakap kalau kereta keluaran proton RM 100 lebih jer sebatang. Lepas ni kena beli kereta Malaysia lah nampaknya...huhuhu

Don’t let anyone convince you that your dreams are too big. 

Lepas dah siap, pomen suh saya drive dan pulas habis stering corner ke kanan dan ke kiri tengok ada bunyi tak tak tak lagi ker tak. Kalu tak der maknanya dah ok la tu.


Korang pernah kena tukar drive shaft ? 

Bawah ni alamat pomen jiran saya tu :)


Membaik Pulih Kenderaan Syahmi
No. 40, Lebuh Keluli, Kawasan Perindustrian Bkt. Raja, Klang, Selangor.
Tel: 013-6941294
(Repair & Service Centre).


2 minggu sebelum tu,  kereta saya bocor. Saya tampal kat sebelah kedai tu. Kos yang dikenakan cuma RM5 untuk satu lubang bocor. Nampak macam mudah jer kan ? hahaha



Pomen check tayar yang bocor. Sedia untuk di tampal .

Ni bahan yang digunakan untuk tampal tu. Masukkan ke dalam lubang tayar yang bocor.
Siap ! 

Shah Alam  Tyres & Auto, Bukit Raja. 


p/s: 

Pengalaman drive kereta tahun keenam. Pergi servis dan tampal tayar bocor sendiri. 

Monday, April 04, 2011

Dimana korang selalu servis kereta?


Selamat Pagi Isnin. Nyaman jer harini.Sebab ada titisan hujan membasahi bumi pagi ini.Selamat bekerja semua !!

Hari ni, nak berkongsi sesuatu dengan korang semua. Servis Kereta ? Dimana korang selalu Servis Kereta ?
Cinta Bersulam Rindu (CBR) aku servis di Castrol Auto Service, Definite Power Services Sdn Bhd Seksyen 7, Shah Alam.Lokasinya,mudah ajer, sebelah ajer I-City Shah Alam tu.

Castrol Auto Service, Definite Power Services Sdn Bhd

Kelebihan servis kereta kat Castrol Auto Service, kali kelima kita servis, kita akan dapat pelincir secara PERCUMA dengan syarat guna jenama yang sama setiap kali servis lah..Oh, hari tu dah kali kelima Cinta Bersulam Rindu servis tau dan dapatlah percuma tu...



Ini kad untuk melayakkan korang dapat percuma pelincir 4 Liter Castrol Magnatec untuk kali ke-5. Servis kali kedua, dapat 15% off untuk Castrol Magnatec dan kali ketiga dapat 50% off untuk alignment atau balancing.


 Ini jenama pelincir yang aku guna tu, Castrol Magnatec.

Siap ada laluan kuning untuk keselamatan..


Inilah laluan kuning yang dimaksudkan...


Fire extinguisher pun ada untuk langkah keselamatan...



Penunjuk arah pun ada...


Personally, kat servis centre ni, Harganya berpatutan, Layanan yang mesra, tempat servis yang mengamalkan 5S dan Keselamatan diutamakan. Maklumlah, my hubby kan kerja dalam bahagian safety, so segala mak nenek safety dia nampak ok :p

p/s:

Ini bukan iklan berbayar tapi berbaloi kan jika servis yang baik dapat dikongsi dan  disebarkan kepada korang,maklumlah melayu Islam pulak tu.


p/s:

Kereta dah servis sayang , jom kita balik kampung !! hehehe :p

p/s:


Terima kasih Shoutbox sebab bagi Voucher KFC/Pizza Hut RM10 sebab jawab survey tempohari...

Saturday, September 18, 2010

Pancit kat tengah highway , apa nak buat?

Masuk ni dah 2 kali aku mengalami pengalaman tayar pancit kat tengah highway.Satu masa pergi beraya haji kat Kedah dengan abang dan kakak ipar aku.Yang kedua pulak, baru-baru ni lah, dalam perjalanan pulang nak balik beraya ke Terengganu di lebuhraya Karak.Seb baik lah siang masa tu so tak ngeri sangat sebab ada banyak kes orang kena rempuh semasa duduk di line kecemasan tu kan? Nauzubillah.

Pertama sekali kena bertenang lah dan berhenti segera di line kecemasan.Masa ni double-signal diperlukan yer kawan-kawan bukan semasa hujan lebat ok!!!

Kedua, pastikan sebelum bertolak, tayar spare dalam keadaan baik dan angin diisikan.So, my hubby keluarkan lah tayar spare.Memandangkan kami tak mempunyai kon, so my hubby letakkan barang-barang agar kereta yang lalu alert bahawa ada sesuatu telah berlaku di line kecemasan.

Ketiga, telefon peronda lebuh raya tapi kalo tak ingat, tukar sendirik lah.Aku pun memang lupa nombor tapi Alhamdulillah, semasa my hubby nak tukar tu, peronda lebuh raya MTD Prime Sdn Bhd telah memberikan bantuan. Percuma tau ! So, bersih lah tangan my hubby :)


Sket punya banyak barang nak bawak balik kampung, tu nasib baik bukan dalam perjalanan balik, lagiiiii banyakkkkkk :p



Syabas dan tahniah kepada peronda lebuh raya MTD atas kerjasama yang diberikan!!

Korang ada ker pengalaman pancit tayar kereta kat tengah highway????


TALIAN KECEMASAN DI HIGHWAY UNTUK BANTUAN KECEMASAN DAN KEROSAKAN

- Lebuhraya Utara Selatan ( PLUS ) - 03-2692 0000
- Lebuhraya Damansara Puchong ( LDP ) - 03-732 9222
- Lebuhraya Shah Alam ( KESAS ) - 03-733 7188
- Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah ( ELITE ) -03-531 8800
- Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak ( MTD )-09-233 0100
- Lebuhraya Kulim - Butterworh ( BKE )-04-398 6969
- Lebuhraya Seremban - Port Dickson ( SPDH )- 06-632 3060
- Lebuhraya Kedua Malaysia-Singapura ( Linkedua )- 07-278 8000
- Jambatan P.Pinang (PBSB )-04-398 000
- Lebuhraya Sg.Besi ( BESRAYA ) - 1-800- 880999



Friday, May 14, 2010

Bila kita harus servis kereta??

Aku ni bukan lah mechanic atau junior mechanic [ sini ] .Tapi, hari ni, aku nak share bila harus kita servis kereta kita? Kalo aku servis biasanya, bengkel tu akan tampal sticker reminder kat kereta aku lah seperti macam dibawah so aku tahu lah bila nak servis.hehehe.Aci lah kan? Berikut adalah bila harus Cinta Bersulam Rindu diservis berpandukan sticker yang ditampal Auto Sevice  tuh la :)



Minyak hitam kena tukar setiap 7000 KM.

Minyak gear kena tukar setiap 20,000 KM



Timing belt kena tukar setiap 80,000

So, kalau nak tahu bila kena servis, compare lah meter kereta anda dengan reminder yang dibagi..Pagi tadi aku tengok 90,000 KM ++ dah meter kereta kat dashboard tu, so yang terdekat kena tukar, minyak hitam lah.



Semalam, dah berjaya buat 6 watermark free [free nya lah aku.] padahal tengah training ni "Developing Application Using Lotus Workflow".

So, sesiapa yang berminat nak dapatkan WATERMARK FREE tu boleh rujuk [disini ]. Selagi aku masih baik hati, selagi tu lah peluang terbuka kepada follower aku lah.Tiada Tarikh Tutup :)
Kalo lepas pukul 5 petang, aku dah balik rumah. so, sesiapa nak cepat, buatlah entry sebelum pukul 5 yer(hari bekerja sahaja baru aku buat)..

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)