Hari tu tengah cari buffet berbuka puasa untuk berbuka bersama-sama team sistem kami yang lepas. So dah penat-penat survey tu, saya kongsikan sekali la kalau korang pun bercadang untuk berbuka puasa secara buffet ni. Jangan membazir dan yang paling penting kawal kalori makanan korang kalau tak nak berat badan korang bertambah yer. Nanti saya kasi tips sekali kalau korang diundang untuk menjamu makanan ala buffet ni di akhir entry yer.
1) Hotel UiTM Shah Alam - Haruslah promote yang ni dulu sebab kebanyakan reader saya rakan-rakan UiTM lah jugak kan. Dapat harga special pulak tu untuk staf.
Promosi Selera Desa* (Iftar)
190+ Jenis Makanan & Minuman
21 Jun - 14 Julai 2015
6pm - 9pm
Dewasa - RM58 nett
Kanak2 (5 - 11 thn) - RM28 nett
Warga Emas - RM38 nett
Staff UiTM - RM48 nett
*Harga Istimewa Bagi Tempahan Berkumpulan Melebihi 9 Orang (Promosi Selera Desa Sahaja)
Promosi Selera Dinihari (Sahur)
Anggerik Terrace Coffee House
50+ Jenis Makanan & Minuman
21 Jun - 14 Julai 2015
12am - 4am
RM25 nett (5 thn ke atas)
Untuk Pertanyaan/Tempahan:
0355192075/76/77/78/69
2) INTEKMA Resort & Convention Centre , Persiaran Raja Muda, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Untuk Menempah Meja Boleh Hubungi 03-55225009/5104
3) Shah Alam Convention Centre, No.4, Jalan Perbadanan 14/9, Shah Alam, Malaysia.
Untuk Pertanyaan/Tempahan: 03-5511 8858/8813/013-2502858
4) Grand Bluewave Hotel Shah Alam, Persiaran Perbandaran, Seksyen 14, Shah Alam.
Untuk Pertanyaan/Tempahan: 03-5511 8811 Sambungan 2801,2804,2806
5) Concorde Hotel Shah Alam, 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah C9/C, Shah Alam,
Melting Pot Cafe/ Crossroads
Price: RM118.00nett per adult / RM59.00nett per child
Grand Ballroom & Grand Patio
Price: RM92.00nett per adult / RM46.00nett per child
Private Dining
Price: RM92.00nett per adult / RM46.00nett per child
*RM95.00nett per adult / RM47.50nett per child on the first and last 3 days of Ramadan month.
*One(1) diner breaks fast for free with every ten(10) paying adults (max 5 diners in one bill)
*Vouchers are available for sale at the hotel lobby
*Children age from 4 years old to 12 years old
Untuk Pertanyaan/Tempahan: 03-55122200 ext 2240/2406/2210
6) Carlton Holiday Hotel & Suites Shah Alam, No 1 Persiaran Akuatik Seksyen 13, Shah Alam
Untuk Pertanyaan/Tempahan: 0380738080 / 0192388376
7) Hotel Alami Garden , 1-13, Block 1, Presint Alami, No. 2, Persiaran Akuatik ,Shah Alam
Untuk Pertanyaan/Tempahan: 03-5518 1223
8) De Palma Shah Alam , Jalan Nelayan 19/15, Seksyen 19, Shah Alam
Untuk Pertanyaan/Tempahan: 03-5542 8080
9)Al -Rawsha , Shah Alam, Seksyen 7, Shah Alam
Untuk Pertanyaan/Tempahan: 03-5524 0040 / 3584
10) Kompleks Belia & Kebudayaan Selangor , Seksyen 7 , Shah Alam
Dewasa: RM69
Kanak Kanak: RM35 (7-12 tahun)
Warga Emas: RM 35 (60 tahun ke atas)
Untuk Pertanyaan/Tempahan: 012-2533973 / 03-55424200
Dah tengok senarai buffet yang lazat-lazat ni kan ? Nak tahu tips berbuka puasa dengan menu buffet ? Macam yang saya cakap hari tu lah kan. Kena tahu jumlah kalori yang korang nak makan siap-siap. Dah tahu, sila la kawal nafsu korang. Nak tahu apa yang zero kalori ? Air kosong ? hahaha. Bayar mahal-mahal tak nak minum air kosong jer kot. Bawah ni contoh hidangan yang korang boleh follow kalau nak amik kalori 700 kcal waktu berbuka.
Menu Utama - Mesti nak makan nasi. Biasanya ada banyak pilihan nasi berwarna warni kan. Yang tu reject terus. Sayang kalori anda yer. Segenggam nasi 150 kcal
Sumber Protein - Kalau ada makanan yang kurang santan lagi bagus. Sup ker masak air ker. Tapi bayar mahal tadi kan :p Elakkan lah santan tu, rugi kalori jer. Cuba amik isi ikan sweet sour ( menu yang selalu ada kat buffet ni baru 60 kcal seketul. Amik la 3 ketul bagi kenyang sket )
Sumber Kalsium - Semestinya kegemaran saya iaitu sayur-sayuran hijau. Contoh brokoli stim memang selalu ada ni. Secawan baru 55 kcal.
Air - Minum jus buah-buahan kalau ada . Segelas ajer tau. Contohnya Jus Tembikai - 80 kcal
Pencuci mulut - Terasa jugak nak manis-manis. Boleh la amik kurma seketul sunnah tau ( 20 kcal ) dan sepotong kuih yang paling korang gemar. Saya suka makan agar-agar atau tok aji serban. Pilih salah satu jangan tamak. Boleh check balik kat entry Kalori 10 Pilihan Kuih Di Bulan Ramadhan.
Teringat pulak Puding Roti kat Hotel Concorde tuh. Yang tu bahaya 100 gram dah 153 kcal. Rugi. So saya pilih tepung pelita 2 ketul ( 101 kcal )
Jumlah kalori : 150 kcal + 180 kcal + 55 kcal + 80 kcal + 20 kcal + 202 kcal
: 687 kalori !!
Ada lagi lebihan kalori sebanyak 13 kalori . hahaha. Kalau agak-agak korang dah tak bangun sahur balum siap-siap 1200 kalori masa berbuka ni kat buffet ni . Jangan tak boleh nak solat pulak.hahaha.
Macam mana ? Ada berani nak sahut cabaran kurang kalori kalau makan buffet Ramadhan ? Tepuk dada tanya selera :)