Showing posts with label breastfeeding journey. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding journey. Show all posts

Thursday, August 08, 2019

Review Cooler Bag @ Beg Pam Jenama Gabag

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah, dah nak masuk setahun perjalanan penyusuan untuk my Nawfa. Alhamdulillah Allah masih cukupkan susu untuk my Nawfa walau tak banyak tapi tetap ada. #roadtodegree

Hari ni nak berkongsi beg pam yang saya baru beli menggantikan beg pam lama yang telah berkhidmat selama 10 bulan. Sebenarnya memang dah lama koyak tapi mak kan cheapskate so boleh jahit lagi sampai dah lunyai teruk baru tukar. Dalam group fb kat bf group duk citer pasal beg gabag yang tahan lama katanya terus mak usha kat kedai dan online shop. Harga dalam RM103 tapi bila tengok satu seller kat Shoppee ni dia jual RM 90. Terus berbunga rasa hati. Rupanya barang dari Indonesia . So mak dengan bertabah menunggu. 


https://shopee.com.my/product/13477146/2247943587

9 hari menunggu dan akhirnya. Tadda..



Gabag Lavender yang menjadi idaman hati. Ada 4 pilihan corak untuk Small Pop Series ni. Siap percuma 2 icebag gabag . 
Capacity : up to 6 bottles of 150ml + 2 GabaG Ice Gel Pack. Ada 2 compartment. Atas dan bawah. 
Ada satu poket depan ( Saya simpan wayar USB charger pump)

2 poket sisi ni boleh letak penutup botol

Bawa beg baru untuk pertama kali pergi ofiz dengan hati berbunga riang

Besar ruang atasnya



Bahagian atas letak motor pam dan corong pam


Yang ni saya letak atas bawah ice pack gabag. Memang tahan during working hours. Katanya ups to 16 hours tahan tapi belum cuba sampai lama tu. Paling lama pun sampai pukul 6 which is 12 hours. Memang sejuk tahan elok. 



Ni guna 1 Ice pack gabag. Ni pun rasa dah mencukupi tak perlu dua. Kalau dua kena letak bawah satu dan atas botol satu baru muat. Terlalu sejuk bagi saya sampai sejuk pam kat ruang atas. So saya biasa guna satu Icepack.




Nak senang guna je ice brick ni. Ngam.

Biasa pagi-pagi saya letak 3 botol kosong. 

Tangan kecik sibuk nak packing sekali. Pagi pukul 6 lebih dah preparekan beg pump. 


Dan tambah aksesori pam. 


Rajin bangun pagi-pagi time mak mengepam. Asal mak bangun dia bangun.

Duck face or busyuk face. hehehe


Terima kasih beg pam yang berkhidmat selama 10 bulan

Masih gigih lagi mengepam dimana jua berada. huhuhu. Demi kelangsungan susu untuk My Nawfa. 
Yang ni event last week, Run For Nature. Lepas pam kita sambung lari. Macam nak pengsan. haha. Nasib baik sempat sampai ke garisan penamat. hahaha


"Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan." Aaminn.


Selit sekali sambutan hari lahir yang ke 11 untuk my Nuha. 


Mak beli kek 5 slice je kat Secret Recipe. Ni pun makan sepotong dua beradik pun dah cukup. 
Sebab lepas makan nasi baru celebrate birthdaynya.


Suka la dia kalau ada elemen surprise tu. Mak sorok kek dalam peti dan sudah makan baru bawa kek keluar. 


Nawfa pun makan gak kek secalit . hehe. Belum masanya dik. haha



Terima kasih Doktor yang membawakan my Nuha dengan izinNya kedunia 11 tahun lalu secara caesarian .  

"Ya Allah, jadikanlah anakku, Nur Nuha Humayra Mohd Hizaami anak yang solehah yang menjadi penyejuk dimata dan hati aku dan suami . Semoga menjadi anak yang boleh berbakti untuk agama dan dibawah tali Allah sentiasa. Kau peliharakanlah akhlak dan kehormatannnya" Aaminn.



Thursday, May 23, 2019

Pengalaman Mengandung & Menyusu Di Bulan Ramadan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Mengandung? Eh tak lah. Dah tutup kilang dah. Ni kisah pengalaman mengandung tahun lepas. Mengandung di bulan puasa. Tapi tahun lepas sebulan mak tak boleh puasa. Tahun lepas pun tak ada mood nak blogging jugak. Rasanya sekali je cerita pasal kehamilan. The rest is history gitu. hahaha. Buku pink menjadi saksi . 

Semasa mengandungkan my Nawfa, saya disahkan GDM dan memang dah ada darah tinggi selepas bersalinkan my Nayla. Ubat darah tinggi pulak tak boleh makan ubat yang biasa makan sebab ubat saya makan tu tak sesuai untuk ibu mengandung. So kena lah makan ubat darah tinggi Methyldopa yang kena makan 3 kali sehari tu. Sebab tak boleh nak adjust timing makan ubat, doktor tak benarkan saya berpuasa. Mak is redha jer lah. Dah GDM kena cucuk insulin pulak. Nasib dosnya kecil dan lepas beranak terus hilang bersama angin lalu. Gitu. Alhamdulillah awal tahun hari tu buat full checkup bacaan 5 je. Kiranya bebas diabetes . Tapi still kena beringat lah kan sebab keturunan dan sendiri pun suka makan manis-manis especially bulan Ramadan ni. Kurma pun kena kira-kira nak makan. Apatah lagi tepung pelita, akok kedut, Tok Aji Serban, Sekaya atau rodok telur dan sebagainya. Eh tersenarai kuih yang menjadi favourite pulak .hahaha. So tu je lah pengalaman mengandung semasa bulan Ramadan. Sebenarnya tak boleh nak puasa. hahahaha

Ok la. Pengalaman menyusukan pulak. Tahun ni kiranya tahun pertama saya fully b*feeding my Nawfa. Alhamdulillah, agaknya anak bongsu kan. All out sket dan maknya telah diberi kesedaran sepenuhnya untuk menyusukan anak sepenuhnya. Saya memang takut jugak nak puasa kali ni. Yerlah takut susu drop tapi yakin Allah pasti berikan yang terbaik untuk my Nawfa. Memang susu drop sebanyak sebotol . Hari pertama puasa memang betul-betul flat dan siap pakej sakit kepala lagi. Macam nak menangis rasanya tapi memikirkan betapa sayangnya tahun sebelum ni pun dah tak puasa kugagahi jugak berpuasa. 29 hari tak berganti. Takkan nak tambah lagi. Oh tidak. Semua mindset je ni. Alhamdulillah hari-hari seterusnya Allah bagi kekuatan siap boleh buat terawikh lagi kat rumah. Kat rumah je la. Tu pun kalau my Nawfa dah tidur awal. Kalau tak susah jugak sebab tengah fasa nak bangun. Dah berapa kali jatuh terlentang. Kalau terawikh tu duduk ok sikit, letak dia atas riba. Tapi sekejap je tahannya lepas tu dia gi merayap kelain. Penat sangat mak pun bantai tidur lepas isyak. Kang my hubby balik kejut ajak moreh. hahaha. Bila berpuasa ni, rutin pun dah berubah. Biasa saya akan sambung mengepam untuk sebotol yang tak cukup pada pukul 3.30 pagi. Then terus panaskan lauk atau masak simple-simple untuk My Nuha dan My Nayla puasa. Dalam pukul 5 pagi paling lambat saya kejutkan budak berdua tu. My hubby macam biasa sahur cuma minum air je. Alhamdulillah setakat ni tak terbabas lagi. Pukul 5.30 saya mengepam sekali lagi untuk bekalan fresh ke rumah pengasuh my Nawfa. Kalau ada lebihan, boleh la guna untuk esok hari pulak. Biasa tak ada lebih sangat sebab my Nawfa belah malam memang mengempeng. Esok genap usianya 9 bulan dah. Progress dia dah master merangkak dan dah bangun dah pun. Dah cuba-cuba lepas tangan kalau berdiri. Duduk pun dah stabil. Gigi dah nak muncul 2 batang belah bawah. 

Tips saya penyusuan di bulan Ramadan, sahur jangan lupa makan nasi dan kurma. Air kosong memang sahabat baik jugak la antara waktu berbuka ke sahur tu. Pastikan cukup 8 gelas atau lebih. 2-4-2 macam dalam iklan Cu*koo Dr Sheikh Muszaphar dengan anak-anaknya tu. Comel jer kan. 

 2-4-2



Paling banyak sekali pam 3 Oz pada bulan Ramadan. Alhamdulillah. Biasanya paling banyak 4-5 Oz



Saya suka kacau teman Ummi solat sambil muka comel macam ni. Comel kan saya?



Merangkak is too mainstream. Saya dah boleh bangun ok dan lepas tangan.



Mengantuk teman Ummi mengepam pagi-pagi



Nuha dan Nayla masa sahur. Diorang ni citarasa lain-lain. So kadang-kadang masak lain-lain. Ok lah nak janji nak berpuasa dan sahur. Mak is ok.

Sesungguhnya Allah ‘azza wa jalla meringankan setengah shalat untuk musafir dan meringankan puasa bagi musafir, wanita hamil dan menyusui - ( HR. An Nasai no. 2275, Ibnu Majah no. 1667, dan Ahmad 4: 347. )
Korang ada pengalaman mengandung dan menyusukan di bulan Ramadan?


Wednesday, April 24, 2019

Solid Food Nawfa Yang Pertama & Sudah 8 Bulan


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Blog suam-suam kuku ginilah. Tambah pulak menjadi emak di usia ambang 40 an ni. Tak berapa nak terkejar update untuk si bongsu ni. Kali ni nak tulis pasal Solid Food pertama untuk Nawfa. Alhamdulillah , hari ni dah masuk usia 8 bulan . Kiranya dah 3 bulan diperkenalkan solid food. Setakat hari ni Alhamdulillah, mak dia rajin lagi sediakan makanan untuk dia. Tak ada lagi bagi instant food sejak join group Happy Baby Foods Malaysia ni. 

Sama excited juga membaca pasal solid food bila dah dekat 6 bulan tu untuk perkenalkan my Nawfa makan. Yerlah dah 5 tahun tak ada baby kecik. Tak ingat dah nak mula kat mana. hahaha. Apapun beli baby food gear yang paling utama. Beli kat Mr Diy je pun. Jimat budget. Cari yang BPA Free. Banyak je . Tak semestinya kat kedai barangan baby. Nampak tak penjimatan kat situ. hahaha

Sama macam Nayla dulu, pertama bagi epal. Alhamdulillah my Nawfa ni tak pernah menolak dari suapan pertama sampai licin la. Mula-mula perkenalkan dalam 3-4 sudu je bagi rasa-rasa. Ikut juga la 4 day rules tu. Lepas tu tengok macam dah ok semua saya dah campur-campur. Sekarang saya dah bagi sayur+ nasi + protein dan jadikan puree. Mak moden misi kat KK cakap. hahahahaha. Lantak situ . Sayur yang saya perkenalkan sekarang ni bunga kobis, lobak, brokoli . Protein ayam je baru bagi.Lepas ni nak introduce ikan pulak. Buah yang dah diperkenalkan buah epal, pear, buah naga dan pisang. 

Biasa saya buat stok seminggu-seminggu. 3 hari chiller dan selebihnya saya bekukan dan siap-siap panaskan sebelum hantar rumah pengasuh. Tinggal suap je. Masa 6 bulan saya bekalkan satu bekas sehari bubur nasi tu. Sekarang dah 2 bekas. Belah malam saya bagi puree buah pulak. Kiranya sekarang dia dah makan 3 kali sehari. Harap masa cucuk 9 bulan nanti dia dah tak perlu follow up untuk berat badan dah la. Susu pulak dah kurangkan kepada 15 Oz sehari. 

Salah satu contoh jadual makan untuk 6 bulan dari group Happy Baby Food Malaysia


Baby food gear dari Mr DIY



Sedia untuk makan  



Kemain makan tu tangan nak sibuk pegang sekali


Kakak-kakak pun sekali sibuk sebab nak tolong suap adik 


Amboi tangan tu kan..


Nak suap sendiri pulak. hahaha. Tak silap ni puree keledek


Ni start makan bubur nasi dah 


Setiap kali makan memang licin gini lah. Kalau buah naga tu siap tak bagi alih sudu la kekdahnya. huhuhu




p/s:

Ummi saya masak sedap tau !

Daripada Buraidah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan dalam kelaparan ke masjid, bahawa mereka akan memperolehi cahaya yang  paling sempurna pada hari kiamat”.(Hadith Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

Monday, April 08, 2019

Perjalanan Penyusuan Nur Nawfa Haniyya Road To Diploma Done

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah. Usia my Nawfa sudah menginjak ke 7 bulan . Maknanya sudah 1 bulan diperkenalkan dengan solid food. Banyak tertinggal nak tulis pasal si bongsu ni. Maklumlah maknya blogger suam-suam kuku sekarang ni tapi perjalanan penyusuan terakhir ni harus juga diblogkan sebab sudah tak ada peluang untuk mengulanginya selepas ini. 

Alhamdulillah sudah melepasi fasa pertama penyusuan . Bagi group ibu-ibu yang support penyusuan badan tempoh 6 bulan tu adalah diploma . Siap sijil lagi ni hah. Credit to fb Happy Breastfeeding Malaysia. Edited with Canva gitu. Tutorial Canva rujuk sini. 



Dek kegagalan anak pertama dan kedua untuk penyusuan badan sepenuhnya, saya bangkit mencari silap saya dimana-mana. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan. Start dari awal mengandung lagi saya sudah amalkan surah Al Hujurat untuk memperbanyakkan susu badan. Memang sekali pam dapat sikit tak sampai oversupply tapi Alhamdulillah Allah cukupkan untuk my Nawfa. Saya memang mengepam kat cubicle je sebab jenis malas nak leceh-leceh ni. Saya pakai nursing cover dan boleh buat kerja sambil-sambil tu. 

Saya guna pam Lacte Duet . Dari awal mengandung dah beli. Sejenis tak boleh beli barang sedebuk macam tu so saya kumpul duit sikit-sikit. Alhamdulillah dekat due dah dapat pamnya. Berbunga-bunga hati tengok pam. Maklumlah sebelum ni guna pam manual dan yang elektrik yang biasa-biasa je. Kali ni sampai RM400 kan. Memang semangat lain macam gitu Allah buatkan rasa tu. Mungkin sebab dah last dan all out. Lepas operation nurse jagakan separuh hari. Bila saya naik wad tu terus saya minta my Nawfa. Itulah titik permulaan penyusuan untuk my Nawfa. Bila my Nawfa terkena prolonged jaundice tu tetap kuatkan semangat yang susu ibu memang terbaik dan hak anak sampailah sembuh kuning sepenuhnya masuk hari ke 56. 



Kelengkapan penyusuan yang saya angkut ke ofiz



Close up sket. Biasanya saya humban pam dan storage botol dalam tu . Beg tu ada 2 compartment. Bahagian atas boleh letak motor pam .

Hasil mengepam kat ofiz

Biasanya hasil lebih kurang sama jer iaitu antara 12-14 Oz


Siap-siap sukat dalam botol 2 Oz. Bagi yang tak cukup memang sambung pam kat rumah tapi jarang sangat lah. Setiap hari saya bekalkan my Nawfa 14Oz yang chiller dan fresh pam pagi tu dalam 3 Oz.Kalau balik kampung baru saya bekukan. Kiranya stok yang beku tu akan digunakan bila balik dari kampung. Begitulah. Memang mengais jugak. Dalam peti beku sekarang ni memang ada 2 botol je. hahaha. Menangis dengar kan tapi Alhamdulillah Allah cukupkan. Lagipun my Nawfa dah start makan. 


Sesi mengepam 3-4 kali sehari kat ofiz 


Kalau ada kursus kat luar, siap-siap mengepam dulu dalam kereta


Sesi pertama mengepam kat rumah pukul 5.30 pagi . Kadang terlajak sampai 6 pagi . Biasa ada je peneman cilik ni. Orang bangun dia bangun. 


Budak yang paling banyak minum susu Ummi


Ummi pun dah menggebu ni nak. Tunggu lepas my Nawfa 2 tahun kena start diet balik. huhuhu


Tengok la beza dia dari 3 bulan lepas. Alhamdulillah berat pun dalam berat yang disyorkan dalam carta. 

 ” Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku, perbanyakkanlah susu untuk anakku, dan permudahkanlah perjalanan penyusuanku mengikut syariat yang telah Engkau tetapkan.” Amin.


Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu. Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata. Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi Maha Tinggi (Yang mengatasi segala-segalanya) -Surah Ar-Ad 8-9

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)