Semalam masa tengah basuh pinggan lepas berbuka, hubby cakap "Syg, PM bagi bonus raya separuh gaji" . Alhamdulillah rezeki :) Tengok kat TV3 semalam 9 Ogos ni akan dibayar. Boleh buat beli baju raya dan bayar biskut raya. Harap-harap cukuplah. Jangan pulak terguna gaji bulan depan sudah sebab ianya akan dibayar pada 13 Ogos. Selang berapa hari jer kan. Dah nak menunggu gaji seterusnya 25 September tu, harus bengkok lutut kalau terusik gaji 13 Ogos tu.
Alhamdulillah, rezeki Abah saya yang juga bekas kakitangan awam , so dapatlah RM500. Cukuplah dari tiada yer. Lagipun duduk berdua jer , melainkan nak bagi duit raya kat cucu-cucu ni kan. Dah lah bertambah cucu lagi seorang tahun ni. Alhamdulillah, adik ipar saya telah selamat melahirkan bayi lelaki pada 1 Ramadhan yang lalu jam 4.32 pagi. Nama belum ada lagi. Baby pun tak dapat keluar lagi, masih dalam NICU sebab hari tu masa lahir baby lambat menangis so masih dalam pemantauan dan ada kuning sket. Tak sabar nak tengok anak saudara saya yang terbaru tu.Harap-harap baby cepat keluar. Doakan untuk anak buah saya yer :)
Persiapan raya semua tak siap lagi. Tema pun tak decide lagi.Cuma kuih raya ajer dah siap. Kuih tunjuk-tunjuk dengan ofiz mate. Order jer sesedap rasa, bila kira hampir RM200 jugak untuk dua buah rumah, mertua dan mak saya. Rumah saya ? Saya kidnap la nanti kuih mak pulak.
p/s:
Tokki, tahun ni, ada duit raya ker ? hehehehe
Macam mana persiapan raya korang ?
p/s:
Hari ni sahur makan kurma dan air kosong ajer. Muntah jugak tapi kurma selamat dalam perut tak keluar. Muntah air ajer.Lepas ni boleh la makan kurma jer hari-hari untuk sahur.
p/s:
Hari ni sahur makan kurma dan air kosong ajer. Muntah jugak tapi kurma selamat dalam perut tak keluar. Muntah air ajer.Lepas ni boleh la makan kurma jer hari-hari untuk sahur.