Showing posts with label blog review. Show all posts
Showing posts with label blog review. Show all posts

Friday, May 26, 2017

Shopping Online di HappyFresh & Dapat Cashback dari ShopBack Malaysia

Korang pernah dengar pasal Shopback? Shopback ni kira medium pengantara antara online shopping store. Yang best tu, bila korang shopping online dari mana-mana store yang ditawarkan Shopback, korang akan dapat pulangan wang tunai pulak dari Shopback. Tapi sebelum tu korang kena lah buat pendaftaran terlebih dahulu. Bukan setakat tu saja, korang refer kawan untuk pendaftaran pun dapat pulangan tunai juga tau iaitu sebanyak RM 5. Lepas tu kawan korang pulak shopping, dapat lagi pulangan tunai kat kita RM 5. Amboi berganda-ganda pulangan tunai dari Shopback kan. Teruja kan? 


Tak faham jugak, korang boleh tonton video kat atas ni. Cukup RM 10 dah boleh redeem !


Untuk pendaftaran , klik sini laju-laju 



Yang best tu, dalam Shopback siap ada yang jual barangan dapur. Yeay !! I love groceries shopping. My kind of therapy ok. Setiap bulan wajib  groceries shopping . Lagi mudah kalau di hujung jari kan.  Antara groceries store yang ada seperti HappyFresh, honestbee , Walmart dan Lazada . Pilih sahaja store kegemaran korang . 


Ni saya try masuk website HappyFresh . Pulangan tunai sehingga 5 %. Menarik kan?
Yang best tu siap ada kategori Produk Organik . Teruja betul tengok buah-buahan dan sayur-sayuran kat hujung jari ni. Selalu shopping kain baju jer, apa kata cuba groceries shopping pulak lepas ni.

honestbee pulak pulangan tunai sehingga 4%  . Farm to table gitu barangan kat dalam website honestbee ni. Semestinya bahan yang segar untuk menyedapkan masakan korang nanti


Nak lagi teruja ? Sekarang ni, Lazada sedang menawarkan lazada voucher tau. Sehingga 12 % pulangan tunai pulak tu. Rugi tak grab ni.

Dah habis teruja ? Belum lagi. Ni hah nak cakap Shopback sempena Hari Raya pulak . Boleh shopping keperluan hari raya dan dapat pulangan. Banyak brand yang terlibat. Boleh rambang mata dibuatnya. Antaranya termasuk barangan rumah, baju raya dengan jenama fashion designer terkenal,kasut raya, baragan elektrik dan makanan


Jangan terlepas tawaran dari Shopback Malaysia yer.  Untuk pendaftaran , klik sini laju-laju . Selamat bershopping dan menjana pulangan tunai !



Thursday, December 20, 2012

Perlukah beli diaper New Born ? Beli barut / bedung moden bayi online ?

Dah dihujung-hujung kehamilan ni mula la nak gelabah tak tentu hala kan :p Hahaha. Rasakan. Yer la, hujung-hujung baru dapat bonus katakan. So haruslah digunakan sepenuhnya bonus yang ada tu. Orang sibuk shopping baju sekolah anak, kita sibuk shopping baju anak yang bakal lahir. Tapi dah hujung-hujung ni, lagi selesa pulak shopping online kan ? Minggu ni dah order bedung bayi online. Tak sabar pulak nak tunggu parcel sampai. Dah la kat ofiz hubby.



Ni yang saya order.Love Purple. RM 35 satu. Tapi rata-rata semua jual harga sama jer.
Cuma design ni banyak yang dah habis stok.
Beli kat sini

Sekarang tengah survey-survey lagi harga yang terbaik untuk barut bayi pulak. Nak jahit sendiri tak berapa nak reti. My Ma cakap upah ajer RM 4 kat kampung saya kat terengganu tu, tak termasuk nak kena beli kain dan tali lagi tu.Bawah ni ada few website yang saya jumpa , kot-kot korang berkenan , boleh la pilih dan tinggal order ajer :) Kalu korang tahu tempat lagi murah pun bagitahu saya yer :)



Saya nak jenis kain cotton bercorak dan ada tali yang panjang.
Ni salah satu contoh dari Little Dje. Comel sangat :p


WEBSITE
UKURAN
HARGA / PCS
15.24 X 53.34

9 / 8.50

13.97 X 50.8

5 / 6
15.24 X 53.34

5
15.24 X 48.26

5/5.50



16.51 X 45.72

6.50 / 6

15.24 X 46.99

6.5 / 6

19 X 53

6

12.7 X 45.72

4
16.51 X 53.34

5.4
15.5 X 46

8















Korang dulu beli tak diaper New Born ? 

Saya dulu beli sepaket lepas tu siap tak habis sebab my Nuha membesar dengan jayanya. Masuk sebulan dah kena pakai saiz S. Saya memang setia dengan Drypers tambah-tambah skang ni pelekat dia dah diperbaharui.

Saiz New Born ni  ada  4, 14, 28, and 64 sepaket.
Saya dapat sample Ad bagi. Korang nak  sampel percuma [ klik sini ]


Saya dah beli satu pek saiz S ni yang 58 sepaket .Yang ni ada  4, 16, 32, 58 sepaket.

Ada sesiapa tahu kat mana ada sales baju baby kat area Klang / Shah Alam ? :p


Friday, May 18, 2012

Nasi Kerabu Buah Tanjung, sedap ker?

* This is sticky note entry for one day. Sila skroll kebawah untuk entry yang lebih meletop dan sexy :) Advertise here? 

 

Entry ni tidak ada kena mengena dengan Nasi Kerabu di Restoren Yati Ayam Percik, Kelantan yer :) Ini adalah review tentang blog Nasi Kerabu Buah Tanjung.  Pemilik blog merupakan seorang guru.Tak lewat rasanya nak mengucapkan Selamat Hari Guru  :) Semoga terus sukses dalam mendidik anak-anak bangsa yer cikgu !Blog Nasi Kerabu Buah Tanjung ni adalah sebuah blog peribadi pemiliknya dan kehidupan disekitarnya, lebih kurang blog saya jugak pengisiannya :)


Jom kita layan soalan-soalan  ala- ala propaganza gitu buat pemilik blog Nasi Kerabu Buah Tanjung :)

1) Bilakah anda start blogging ?
2008. letak iklan Nuff 2010.

 2) Perkenalkan diri dan blog anda.
 Ada 3 blog tp yg aktif adalah nasikerabu tuh. blog psl aper2 ajer. events, anak2, life, minat n pendapat serta apa2 yg terlintas di minda.

 3) Biasanya, apa yang anda blog kan?
 Blog kedua adalah psl tempat mkn yg telah dikunjungi n blog ketiga adalah biznes.

4) Antara entry yang paling bermakna buat anda.
  tatau nk pilih yg mana. semernyer bermakna..hehehe

 5) Siapa yang memberi inspirasi untuk anda berblogging? 
hubby n anak2 serta bloggers hebat mcm redmummy, yanmie, mommy lydzar n kancilbiru.

 6) Pendapat anda tentang blog elissmie.com 

1. besh psl ramai org komen 2. glamms sgt. 3. ramai visitor 4. macam2 ado so x yah g byk2 blog. bw kat elissmie dh cukup...hihihhi 5. kos pengiklanan yg murah..berbaloi2 - alahai, terlebih pujian pulak yang diterima.. Malu pulak nak letak kat sini . Apapun terima kasih yer , tapi no 5 tu betul sangat lah :)

Berikut adalah 3 entry event yang pernah diikuti oleh Ayu, pemilik blog Nasi Kerabu Buah Tanjung yang menarik untuk dikongsikan bersama :-







Tuesday, April 24, 2012

Man Vs Food versi Malaysia, korang dah tengok ?

* This is sticky note entry. Sila skroll kebawah untuk entry yang terbaru  :) Advertise here?  

Korang pernah layan tak Man Vs Food kat Channel Astro TLC (707) ? Kalau tak pernah meh nak bagi tahu, ianya adalah satu rancangan yang di hostkan oleh Adam Richman yang mencabar dirinya untuk makan makanan bersaiz gergasi, terpedas dan segala ter ter yang ada  atau dengan jumlah yang banyak dalam tempoh masa yang ditetapkan. 




Mari rapat adik-adik, kakak -kakak , abang-abang. Hari ni nak tunjuk seorang blogger yang berjaya buat segmen  ala- ala Man Vs Food kat blog dia iaitu Hazman Vs Food , maklumlah, namanya pun Man, dan tidak lain dan tidak bukan, HazmanFadzil.Com. 


Jom kita tengok cabaran Man Vs Food yang dia buat ok samada boleh mengalahkan Adam Richman atau tidak :)










Macam mana dia boleh makan banyak-banyak ni ? Katanya dia skip makan tengah hari . Harap-harap lepas ni,dia  terima cabaran saya untuk makan apam balik tu :p Tengok berapa boleh masuk dalam mulut tu ? Kalau me, sekeping saiz besar boleh la kot, tu pun kalau tak makan makanan lain.


Korang mampu ke nak lawan Man ni ?


Selain segmen Man Vs Food, ada banyak perihal tempat makan dan makanan yang menarik dikongsikan oleh Man ni. Apa tunggu lagi, terjah lah sekarang . KLIK SINI LAJU-LAJU !!


Kalau rajin, sudi-sudikanlah vote untuk kawan kita sorang ni yer di WWWOW Awards dalam kategori MALAYSIA TOURISM FOOD BLOGGER ![Klik Sini]





Monday, April 23, 2012

Hadiah yang tidak disangka-sangka, siapa suka ?

Hari ni tak sempat nak blogwalking sebab banyak pulak kerja datang bertimpa-timpa. Kalau perasan , minggu lepas entry pun simple-simple ajer. Idea banyak mencurah tapi kekangan masa pulak . Kalau free, free sangat gitu kekdahnya. Kalau busy, macam lebah dah me rasa  ( as busy as a bee )



Tapi hari ni nak tayang dapat hadiah yang tidak disangka-sangka gitu :)

 
Ni hah , dapat Kacang Tumbuk dan Sengkuang Calit dari Old Time Sengkuang sebab review pasal Sengkuang Calit seperti disini :) Petang nanti, boleh la beli sengkuang :) *wink

 


Yang ni dapat hamper sebab jadi MC bidan terjun untuk hari sukan taska my Nuha :)



 

 
Terima kasih mention pasal elissmie.com  yer Uncle, kid & ina :)

 

p/s:

 
Post penghargaan & ada backlink kira hadiah  jugak  kan :)



Korang pernah tak dapat hadiah yang tidak disangka-sangka ?Ceritalah sket :)




Thursday, November 10, 2011

Korang pernah cuba ke Tutti Frutti Frozen Yogurt?

Macam fenomena pulak gitu Tutti Frutti ni kan? Kali ni JJCM di elissmie menapak ke Tutti Frutti. Me dah masuk Tutti Frutti dua kali. Pertama kali masuk, me masuk dengan my hubby, my Nuha, my Long dan kak long.Masa tu Kak Long yang belanja :) Tapi my Nuha paling banyak makan dan tak nak share pun dengan kitorang akhir-akhir tu sebab mungkin dia terasa kelazatan frozen yogurt (froyo) tu.Nak dengki, kitorang suh dia pandang ke lain, dan curi-curi makan.hehehe :p



Salah satu wall feature dalam Tutti Frutti. Ayat Eric Leong ;p

Mula-mula masuk memang jakun habis la. Biasalah first timer.Korang ikut ajer step yang diorang dah provide ni. Buat-buat pro ajer lah. Mesin dia macam mesin Slurpee kat 7Eleven tu ;p


 

Anak-anak, step pertama, amik dulu bekas yang disediakan. Kalau rasa tamak haloba, pilih bekas yang paling besar. Tapi me pilih yang sedang-sedang sahaja.Lepas tu pilih la perasa  yang mana korang berkenan. Me dah cuba perasa coklat (paling best kot sebab me penggemar coklat) , kiwi (masam gila) , vanila dan strawberry. Tambah topping (ni yang memberatkan lagi korang punya froyo tu :p) Kalo nak save, bawak topping siap-siap dari rumah.hahaha. Lepas tu bayar lah ! Kalo ada kad pelajar, dapat lagi diskaun 10%. Jom Niza :p Ajak student pergi bersama-sama lagi afdhal :p



Kali Pertama, 2 mangkuk RM30++

My Nuha with My Long

Muka kontrol ayu ;p

Muka tak puas hati :p

Kali kedua, pergi dengan Isabelle. Giliran me pulak belanja dia :) Haruslah camwhore dalam tu kan.Layan jer la gambar kami yang sebesar talam katanya :p Entry Isabelle kat sini.




Mula-mula tadak background, macam tak feel Tutti Frutti pulak kan?



Amik gambar belakang mesin Tutti Frutti plak , jadi lah :p

Kali kedua, 2 mangkuk RM20++



Ini Isabelle yang punya !


Me punya ! 

Siapa yang mengalami masalah kolestrol tinggi macam me, boleh la makan banyak kali kat sini :p hahaha. Diorang kata ok bukan me :)


Address : No.19G, Ground Floor, Jalan Plumbum 7R/R, Pusat Komersial Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
p/s:

Lot kedai Tutti Frutti ni sebelah Jakel , satu deret dengan kedai Mayfair, Subway,  Ayam Penyet Ap, JM Beriani & Rasa Mas tu..

Outlet lain : boleh rujuk sini. 

Korang pernah ker cuba Tutti Frutti Frozen Yogurt ni?? 



Friday, December 17, 2010

Terjah Belog Pengomen Tegar | Ieda Al-Habsyi

Perhatian : Sebelum apa-apa , mintak jasa baik kalian untuk vote my nuha [klik kat sini] . Jasa kalian amatlah diriku hargai :) Lepas dah vote, tinggalkan komen di entry [klik sini] yer , Insya Allah, kalo menang, aku buat satu cabutan bertuah dikalangan yang telah vote dengan random.org lah :)Tapi hadiah tak tahu lagi lah, bergantung kepada keadaan :p

Seperti biasa, hari ni adalah hari terjah Pengomen Tegar yang seterusnya.

Belog : http://www.iedaluvsham.com/



menggunakan template :-

Awesome Inc.dari Tina Chen di  tinachen.org.Header pulak ada gambar dia , cantik terletak kat situ tapi tak boleh ngorat, sudah emak orang :) Biru gitu backgroundnya macam KB jugak :)

Entry yang aku suka untuk dikongsikan dengan korang adalah seperti berikut :-


Boleh jugak korang follow twitter : http://twitter.com/IedaAlHabsyi

Ieda, ko tadak blog badge kaa? Kalo tadak, boleh dapatkan disini :p  Sempat lagi tu :p

P/s: 

Korang ingin diterjah ?? Tinggalkan komen disini dan mestilah follower belog elissmie yer dan pernah komen di belog ini yer :) Mungkin korang akan diterjah next friday kan...


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)