Showing posts with label birthday gift. Show all posts
Showing posts with label birthday gift. Show all posts

Tuesday, September 10, 2024

Sambutan Hari Lahir My Nuha & My Nawfa 2024 & Dating Anniversary ke 21

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Entry throwback je lah. Jom la kita spill gambar sekitar sambutan hari lahir my first born daughter dan my last born daughter untuk tahun ni. Tahun ni nampaknya korang sambut berdua lagi. My Nawfa nak scam Ummi dia . Masa 24 hb tu dia ajak pergi beli kek lagi tapi masa tu kitorang pergi event Minggu Saham Amanah Malaysia kat Setia City Convention. hahaha. Terus dia lupa yang dia nak kitorang nak belikan kek. Tahun depan nampaknya kena sambut birthday dia 24 hb lah nampaknya. haha

Belikan kek beli kat Drasani cake hauz . My Nawfa yang pilih lah kan. Macam birthday dia sorang. So pilih Kek Indulgence. Terbaik untuk semua orang. Yang paling banyak makan adalah Nawfa. Hantu kek. Sedap sangat lah tu. 


Birthday kakak dulu . 8 Ogos 2008


Ok, birthday si bongsu pula 24 Ogos 2018


With Abah & Nayla


With Ummi & Nayla


My both kesayangan, august babies dengan hadiah hari lahir masing-masing. Isi badan lupa nak amik. Tapi box of chocolate . 



The Cake








Dah 21 tahun rupanya kita menyulam cinta. Semoga Cinta ini akan bawa kita ke Syurga Ilahi. Aku cintakamu kerana Allah.Semoga Allah redha dan bagi rahmat untuk hubungan kita dan semoga anak-anak menjadi ladang pahala kita juga. In Sya Allah. 

Qutaibah telah mengkhabarkan kepada kami daripada Malik daripada 'Abdullah bin Abu Bakr daripada 'Abbad bin Tamim daripada 'Abdullah bin Zaid katanya; bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Antara rumahku dan mimbarku adalah taman daripada taman-taman yang ada di surga."

Friday, August 11, 2023

Sambutan Hari Lahir My Nuha & My Nawfa 2023 & Dating Anniversary ke 20


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Jom la kita spill gambar sekitar sambutan hari lahir My first born daughter dan my last born daughter untuk tahun ni. Mula-mula ingat nak buat sambutan weekend. Sebab tak ready lagi nak buat bouquet untuk my Nuha. Sekali my hubby tanya tak nak buat surprise ke. So kita surprisekan lah diri sendiri, siapkan bouquet untuk my Nuha, dan zass pergi kedai kek Ina Azlina Seksyen 7 belikan kek . Sekalikan terus untuk my Nawfa punya. 




Hasil kerastangan saya dan last minute. My nuha dapat airpod tipu-tipu. hahaha

My Nawfa punya hadiah. Tak dan nak gubah yang adik. Masuk terus dalam box dengan hadiah2 dia. 


Sekali kek terpenyek pulak tulisan. Kek tinggi dari kotak ke macam mana tak tahulah. Redha je lah nak. Buat rasa-rasa. Mujurlah sedap juga kek perasa coklat vanilla. Tapi banyak sangat icingnya. Dah tua-tua ni kurang pulak yang jenis banyak-banyak icing kan tapi habis jugak satu slice makan suap-suap dengan my hubby. hahaha. Sekali lah dengan Dating Anniversary kitorang yang ke. Berapa eh sayang? Tahun bila kita bercinta? hahahaha. Bongok kan dua-dua dah hilang ingatan. 2003 lah sayang. Aduhai. Tu pun boleh lupa. Kenal masa nak pergi praktikal kat JPN Pahang dulu.My hubby tolong carikan rumah sewa.Lepas tu hujung-hujung praktikal terjatuh cinta pulak. hahaha. Kisah 20 tahun lepas dah rupanya. Semoga kita saling berkasih sayang sampai syurga yer sayang. I love you much more than you imagine darling :*




Qutaibah telah mengkhabarkan kepada kami daripada Malik daripada 'Abdullah bin Abu Bakr daripada 'Abbad bin Tamim daripada 'Abdullah bin Zaid katanya; bahawa Rasulullah SAW bersabda, "Antara rumahku dan mimbarku adalah taman daripada taman-taman yang ada di surga."



Tuesday, October 05, 2021

My Last 3 Series Birthday Celebration


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Alhamdulillah. Entry birthday terakhir untuk tahun ni kot. hahaha. Semua dah sambut birthday . Penutup mestilah birthday Queen pulak. Dah pembuka dengan Kingnya kan. hehehe

September babies munculkan diri. Dah masuk Oktober dah pun kan. Hari ni hari pertama kerja di ofiz. Entry ini ditulis semalam. hahaha. Tak tahulah macam mana hari ni yer. Semoga anak-anak baik2 dirumah pengasuh dan dalam jagaan Allah sentiasa . 

Masa birthday tu mestilah kat rumah kan. Mula-mula suprise yang pertama, Ad dan Am datang bawak kek dan hadiah . Aduhai terharu mak. Dah la tak mandi lagi kot. hahaha. Selenga je keluar amik gambar dengan baju ntah apa2. Kalau tau ada surprise mesti mandi dulu. hahaha. Dah tahu, tak jadi surprise la kan 



Yang kedua, dari my cinta hati dunia akhirat la. Yang kelakar, planner tu call dia kata nak datang. Masa tu saya tengah mandi kot. Hp tak angkat. Pelik dah kena planner tu boleh call dia pulak. Dia kata ada orang nak hantar barang. Ingat Ziera. Sebab dia ni memang kaki surprise kan. Planner datang, saya tanya siapa bagi. Eh rupanya my hubby yang bagi. Dah tu memikir la macam mana dia bayar kan sebab duit semua TAC kat hp saya kan hahahaha. Rupanya dia suruh transfer kat kawan dia, kawan dia transfer kat planner. Sweet sangat suami kita. hahahaha

Tq Sayang, love you so strong lah. 





Terima kasih sayang untuk hadiah birthday in advance ni. Tak ada review lagi kan. Nanti kita review hadiah birthday ni. Pilih sendiri dengan duit my hubby. hehehe


I love you sayang 

Belah petang baru sempat nak potong kek dan makan kek sebab my hubby busy kerja hari tu. hehe. Alhamdulillah. Syukur pada mu ya Allah atas rahmat dan rezeki pada ku dan keluarga ku . Semoga dengan pertambahan umur ini akan memberi lebih lagi peluang untukku menambah amal untuk mengadap Mu .Semoga Kau menjemputkku dalam Khusnul Khotimah Ya Allah. In Sya Allah


Ummi loves you anak-anak dara 


Ok . Akhirnya, kaki suprise muncul jugak belah petang belanja kami minum kopi. Tq Ziera.


Semoga cinta kita sampai syurga, In Sya Allah. Menyintaimu kerana Allah. 


Tq Ad mengingatkan dah nak masuk umur subsidi 


Sweeet sangat ...💖



Tq Kak Long dan Long


Tq Ad

Terima kasih jugak buat sahabat dunia akhirat yang wish di IG, Fb dan Whatsapp. Semoga segala doa-doa yang baik kembali kepada kalian jua. Aaaminn. In Sya Allah
Rasulullah SAW bersabda: "Seorang lelaki telah menziarahi saudaranya kerana Allah SWT, lalu Allah SWT menghantar kepadanya seorang malaikat, lalu malaikat itu bertanya: Ke mana kamu hendak pergi? Lelaki itu menjawab: Saya hendak menziarahi saudaraku. Malaikat bertanya lagi: Adakah kerana sesuatu hajat kamu ke sana? Jawab lelaki itu: Tidak, akan tetapi aku kasih kepadanya kerana Allah. Malaikat itu berkata: Sesungguhnya aku telah diutuskan oleh Allah SWT mengasihi kamu kerana kamu mengasihi saudaramu kerana Allah maka pastilah bagi kamu syurga." (Riwayat Muslim)

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)