Showing posts with label barangan GM klang. Show all posts
Showing posts with label barangan GM klang. Show all posts

Wednesday, May 02, 2012

GM Klang, beli barang dengan harga borong

Korang pernah sampai ke GM Klang ? Saya selalu nampak signboard GM Klang tapi tak pernah terlintas nak pergi. Last 2 weeks, ada dapat flier pasal barang saya nak beli untuk my Ma kat kampung. Semalam, terjah lah kesana .
Kitorang lalu ikut Bukit Kemuning. Sekejap ajer dah sampai. GM Klang ni terletak kat betul-betul depan Aeon Bukit Tinggi, korang dah sampai depan Aeon tu, buat pusingan-U kat situ. Memang nampak ajer dari tepi jalan macam kat bawah ni.



Semalam me baru terjah kat bangunan warna hijau tu.


Masa me sampai semalam, langit memang cerah betul dan tak ramai sangat orang :) 
Lega nak cuci mata tapi sayang tak bawa banyak duit ;p


Ni salah satu kedai yang me terjah. Me belikan dress untuk Nuha.

Rupanya ada banyak barang yang dijual kat situ. Barang-barang lebih kurang uptown Shah Alam lah tapi kedai-kedainya lagi tersusun dan berhawa dingin gitu .Dalam bangunan hijau (Pavillion 1) tu antara barang yang dijual adalah baju tidur kanak-kanak, baju kurung kanak-kanak dan dewasa, beg kanak-kanak, pelbagai jenis hanger tudung, baju t-shirt lelaki, kerongsang ,blouse banyak lagi lah.Korang boleh tengok sini nak tahu kedai apa yang ada [link].



Baju tidur memang pelbagai design lah yang ada. Handbag apa tah lagi :)


Harus terjah sini balik untuk beli kain pasang dan baju kurung serta tudung untuk hari raya :p

Ni siapa yang baru beli rumah tu, barangan untuk deko rumah pun banyak ni

Tak sangka ada banyak jugak souvenier boleh dicari kat sini



Lepas ni harus pergi beli aksesori untuk me dan my Nuha

Korang dah sampai GM Klang ?


 pic credit to : GM Klang

p/s:

Nanti nak raya, boleh lah datang shopping kat sini !




 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)