Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Friday, October 25, 2013

Kos pembinaan rumah di Terengganu masih murah ?

Sebelum tu, Selamat Pengantin Baru kepada kakak ipar saya yang telah selamat diijabkabulkan malam tadi. Tak dapat balik sebab cuti hubby dah tinggal sket.Balik Terengganu hari raya haji hari tu sedih jugak sebab tak dapat tidur kat rumah my ma dan abah sebab diorang tengah renovate rumah menggunakan pinjaman felda.Jumlah pinjaman dalam 40K tapi sekali dengan interest bagai maka kos tu dalam 30K lebih dan diorang tambah lagi finishing seperti mozek dan syiling dengan duit sendiri . So jumlah keseluruhan dianggarkan hampir 50K untuk 3 bilik dan 1 bilik air.Kontraktor ni diappoint oleh pihak Felda. Kira masih murah jugak kan ?Lebih kurang saiz rumah saya sekarang yang mana saya beli RM175K dulu yang sekarang sudah dijual pada harga 340K++ { boleh tengok kat sini } .


Jom lah tengok rumah ma dan ayah saya dalam pembinaan yang dianggarkan siap sepenuhnya sebulan lagi, Insya Allah.

My Nayla tengah posing kat bahagian dapur. Sket ajer ruang untuk my Ma dan Abah berteduh sementara tunggu rumah ni siap sepenuhnya.

Dari pandangan hadapan.Memang kecil sedikit dari saiz asal rumah saya.


Masuk belah dalam pulak. Syiling baru sudah dipasang masa minggu saya balik tu.


2 bilik di bahagian kanan rumah.

Ni bilik tidur satu lagi.

Ni bilik air. Ehem ehem, yang ni ada share.hahahaha

Long, boleh dah siap-siap beli riben nak potong perasmian bilik mandi kita bulan depan..hahaha


Ni lokasi ruang tamu. 


Semoga rumah my ma dan Abah cepat-cepat siap. Tahun depan nak buat akikah my Nayla yang terpaksa ditangguh disebabkan proses pembinaan yang lambat dimulakan sebab proses kelulusan pinjaman yang senang cerita karenah birokrasi. Tapi tahun depan ada anak buah baru, so sekali akikah dia jugak dan kenduri naik rumah :) Semoga berjalan lancar proses pembinaan rumah ni.

Diakhiri dengan bubur lambuk kasih sayang oleh my Ma untuk tatapan abang-abang dan adik yang tidak pulang beraya. 

Ni buah perah. Korang pernah makan tak ? Rasa dia macam kacang rebus atau biji cempedak gitu. Kena rebus dulu baru boleh makan.
 
Jom buat koleksi tupperware : [ klik sini]
Basuh kereta hari minggu disini : [klik sini]

Friday, June 08, 2012

Akok , Otak-Otak Terengganu dan Ayam Tempayan Kuantan

Hari tu balik Terengganu, sempat jugak jalan-jalan cari makan. Cari makanan yang teringin gitu kekdahnya.Di area paka ni ada satu warung Akok Ayah Wan bersebelahan dengan kaunter tiket bas ekspres tapi dah tak buka. Memang selalu beli kat situ dan rasanya itu adalah akok tersedap di sekitar Paka tu yang pernah saya cuba.

So misi pertama adalah mencari Akok lah. Kalau di Shah Alam ni, memang susah la nak jumpa akok yang menepati piawaian tekak my hubby . Saya belasah ajer makan sebab ustaz kata mungkin rezeki kita setakat tu jer la hari tu kan. Ustajah sangat kan :p 


Lepas tu terpandang , warung ni . Ianya terletak berhadapan dengan masjid Kampung Pinang Merah ( Masjid yang Ustaz Azhar selalu buat ceramah agama setiap hari Isnin Minggu Pertama Tiap2 Bulan ) .

 

Ni masjid tu. Nak dengar ceramah Ustaz Azhar, bolehlah datang sini :)


 Selain Akok ada jual jugak kuih bakor (kuih bakar lah yer ) dan Bahulu. Tapi Akok Kelantan tak kelihatan hari tu.


Inilah rupa akok tu. Lemak-lemak, rasa pun sedap. 50 ¢ sekeping


Ini kuih bakar. Tapi me suka yang dalam acuan besar sebab kat tepi dia lebih garing..Yang ni tak sure pulak harga.



Ini pais ikan. Tak beli sebab tak masak lagi.Macam otak-otak tapi yang ni seekor ikan dia letak.

So misi kedua, cari otak-otak. Sebenarnya beli otak-otak sebelum ke gerai akok.Gerai ni kat sebelah kanan, sebelum Masjid Kampung Nyior.



Inilah rupa otak-otak dengan isi ikan tenggiri.

Yang ada cuma RM8. Saya borong semua. Tak silap 60 ¢ sekeping


Semasa misi pencarian makanan yang diidam , terpandang Ayam Tempayan Kuantan ( Cawangan 2) .


No telefon tidak tahu kenapa diorang tutupkan, mungkin no salah :p

Ianya terletak sebelum simpang masuk Masjid Kampung Nyior. 


Ayamnya memang sedap dan terasa seperti Ayam dalam Nasi Arab Mandy Chicken gitu.
 Style Arab lah ni kan.

Ada banyak tempayan kat situ..


Ni harga ayam tempayan. Siapa yang lalu sini, boleh la cuba yer :)

Diorang tengah siapkan ayam  yang saya beli..Potong siap-siap , balik boleh terus makan.
Lebih bersih dari Ayam pusing gitu kekdahnya sebab tak terdedah dek persekitaran :)


Menu wajib semestinya CT lah kan. Yang ni beli di Pantai Sura Jetty, Dungun.


Dan terakhir sekali, Keropok Goreng RM 2



Mana satu makanan yang korang paling terliur ?

Beli tupperware dengan harga istimewa, boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



Thursday, February 03, 2011

Jelajah Mesra Mall Kerteh...

Ala-ala Jusco bagi kita di KL & Selangor. So, orang di Kerteh dah boleh tengok wayang sebab dah ada TGV :p








Day 2 - Nasi Minyak Terengganu dan Apam Berkuah



Nasi minyak tak sempat nak snap :p Sebab lapar sangat :p

p/s : apa agenda hari ni yer..masih berkira-kira.My Nuha melepaskan gian bermain pasir di laman ibu mertuaku :p seb baik hari tak hujan...


Thursday, December 30, 2010

Kenapa aku baru tahu esok cuti?

Hampeh btol! Tak tahu pun esok cuti.Kalau tak cuti pun,aku sudah apply cuti esok ! Hari ni memang aku cadang nak half day ajer sebab nak balik Terengganu sempena meraikan kejayaan sulung Malaysia dalam Piala Suzuki AFF dengan agregat 4-2 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta malam tadi.

Ok, tipu :p Aku balik kampung sebab hari tu tak menjenguk lagi mertua balik dari Tanah Suci Mekah.Lagipun ada kenduri sket hari Jumaat ni, buat doa selamat.Mungkin sempena balik Mekah dan Viva baru :p Insya Allah hari ni keluar la Si Viva tu.

Malam tadi aku tengok jugak bola tuh.Sama naik aku tendang dengan player malaysia tu.Tetiba naik sheikh orang kata. Seb baik tak tertendang my hubby ajer.Hahahaha.Aku bukan minat bola sangat tapi sebab semangat 1 Malaysia, tu aku layankan ajer. Eh, silap,kat Selangor tak leh guna 1 Malaysia kan :p tak semangat lah !


pic credit to : here
Syabas dan tahniah buat pasukan malaysia yang berjaya menamatkan kemarau 14 tahun :p

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan Jumaat ini (31 Disember) sebagai cuti umum sempena kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2010 -sumber : sini


Harap-harap tiada yang datang kerja esok ! hahahaha :p

Thursday, February 18, 2010

Kenapa Perlu Melawat Terengganu?

Hari ni bersiaran, live @Sh*ah Al*am [bukan nama tempat sebenar].Ingat nak Live@Terengganu[ini nama sebenar] tapi entah kenapa lah time aku nak ber'berukband' tak boleh pulak.Ker tak bayar bil?hehehe.Time my hubby guna laju plak.Diskriminasi nampak 'berukband' ni mentang-mentang hari-hari my hubby duk belai dia :P

Hari ni tak kira!Aku nak tayang gambar segala-mala [ada ker kata ganda macam ni?-abaikan yer adik-adik yang nak amik SPM tu] makanan yang berjaya aku santap masa balik terengganu hari tu.[Inilah keunikan terengganu yang aku nak bagitau, makanan lah!!Tu laa psal kena melawat terengganu untuk merasai keaslian makanannya]
Yer, rutin harian kami adalah makan, makan , makan dan makan sahaja sepanjang 3-4 hari berada di Terengganu.Makan makanan yang susah nak dapat di Sh*ah Al*am [bukan nama tempat sebenar] atau yang senang dapat tapi tak sedap di di Sh*ah Al*am [bukan nama tempat sebenar] .hehehe.Macam kebuluq plak kalo orang nampak kan?Abaikan, janji perut kenyang.Hati pun senang!

Kita mulakan dengan nasi dagang , gulai ikan tongkol dan acar timun.[Ini juadah bfast kami hari ketiga] Dan disediakan oleh my MIL .ramai tau yang nak mai berguru ngan my MIL tapi me tak lepas2 lagi sebab adalah segan nak berguru.hahaha.Segan ker malas?

 Aduhai sedapnya, sampai menjilat pinggan la.Nasi Dagang the best in town! Bagi ********** (10 bintang) kepada MIL aku.gigih ko nak bagi kami makan, sebelum subuh lagi bangun masak.Aku?Tidur terbungkam!Menhantu punya menantu kan? :(


Petang-petang pula, pekena air jagung [macam float sebab air jagung dia buh ais krim], then makan mee goreng ker/meehun ker , pastu ada plak sotong celup tepung dan keropok lekor panas-panas pulak..melekat ke dinding!!!

Ditambah pulak dengan angin sepoi-sepoi bahasa [angin pantai ko!! bukan angin tiruan ok..]hahahaha.Kasi panas kerusi korang kan??hahaha.Gambar dari kedai yang kami makan ni laa..nice view kan??jangan jelez naa..


Up lagi..Lepas tu, on the way balik sini pulak, singgah kuala kemaman, carik keropok lekor yang kawan-kawan kirim .Dah macam tokey keropok pulak aku rasa!!hahaha.


Sebelum balik, sempat pegi rumah kawan aku yang dah selamat melahirkan baby gal nya yang dah masuk usia sebulan.Memperkenalkan, Fairus Raihan Binti Fairuz Azaren :)[ p/s: her 1st son  cuma tua sebulan jer dengan my Nuha :)]

Sweetnya baby..Tetiba teringin nak baby pulak! *wink eh, ada apa2 ka?Kita cuma merancang, hanya Allah sahaja yang menentukan.[kalo Tuhan cakap jadi maka jadilah..pakai plastik pun boleh lepas kan?]Eh, apakah? Hope, there will be a good news hah? Tunggu....

Dan balik terengganu hari tu, jam macam raya puasa! Gila laa...Semua sambut CNY ker haper ni?hahahaha.Seb baik tak makan besar malam tu. so tak ler terkejar-kejar balik.Dah la pukul 4 petang kereta baru keluar workshop.Bayangkanlah my hubby kena bawa 100KM/j jer !!Tapi aku rasa malam tu 60KM/j tu paling laju kot boleh bawak!!hahahaha.Kul 12 lebih baru sampai kat umah mak aku!Akhirnya :)

Hari ni lepas abes training baru boleh update belog.Adalah bz sungguh!!Selagi sistem ni tak siap aku rasa makin sakit jiwa nih!!Arghhh...nak cuti!! nak cuti!!



1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:




Tuesday, May 12, 2009

Eh, aku demam???

Jumaat lepas, aku amik cuti sebab tiada orang nak jaga Nuha...Pengasuh dier ada kursus Ibu Tunggal kat Trg..aku kebetulan malam tu nak balik Trg..kira bleh laa aku packing..Nuha minggu lepas memang x berapa nak sihat..so malam Khamis tu pegi laa DE*MC sebab nak amik ubat untuk dier..since aku selsema tak brenti dari Selasa lepas, aku checkup sekali..sekali doc tu ckp aku demam??siap dua kali tu dier check temp badan aku sebab aku tak notice pun diri ini adalah DEMAM...hahahaha...39 C tu...dah Nuha 40 C...huhuhu..siap dapat MC laa...maka bertambahlah jumlah cuti aku...hikss..
Malam Jumaat dalam kul 9 malam, kitorang gerak ke Trg...singgah Sentul, amik Ma Abah aku kat Umah Long, then bertolak balik..dah laa lalu hiway perseketuan...punyalah jam..aku dah laa demam....seb baik bila dah jejak Trg, ok badan aku dan Nuha...Nuha sembuh dulu sebab doc bagi ubat demam kot montot :D
Kat Trg tak pegi mana2 sangat..tak cukup masa laa...hukss..pegi Dungun coz cari baju sekolah putih nak bawak pi BTN..hihihi..seb baik ada..pelik jer dah ada anak cari baju sekolah..seb baik budak salesgal tu tak tanya..hahahaha..tak pun dalam hati ckp aku geletis, x abes sekolah lagi dah beranak...hahahaha
Sempat laa lalu area tepi pantai tapi hubby lak tinggal kamera..xamik gambo sangat...dalam kamera hp pun x banyak...later ar update on gamboria tuh..
Semalam dari Trg kul 11 pagi..kul 5 dah sampai Shah Alam..Singgah RNR Temerloh tapau ikan patin masak tempoyak :D sukar untuk dilepaskan peberet food yang satu ni..then terjumpa kawan lama, Azhar dan Isteri..dah 2 anak kawan aku yang sorang ni..hiks...

Hari ni aku training lagikk...Ni aku update dari training lab..buhsannya asyik terperuk dalam lab....

Friday, January 30, 2009

Balik Kampung CNY!

Hari sabtu gerak kul 3 ptg ke Terengganu..Mulakan dengan Bismillah :D


Nuha masa ni tak meragam sangat...asyik tido jer..hiks..good gal!


Memula tu tak jam..tapi bila lepas Tol Gombak, baru start jam sampai ke Tol Bentong..babik btol..


Tol Gombak..Cantik kan awan tu?


seb baik laa sebelum terowong tu, diorang buka jalan sebelah kanan satu lorong..so jam tu tak der laa lama sangat...kitorang berenti R&R Temerloh untuk tukar diaper Nuha..aku dah bawak bekal sandwic, so juz beli air jer kat sitewh..then gerak balik..



Lambang kemegahan terengganu..Kuwait Malaysia..


Sampai paka, umah MIL kul 9 malam...Nuha biasalah, x kenal orang..abes dengan semua orang dier tak nak kecuali PIL aku...hiks..memilih jantina btol la...
Kul 2++ pagi, terima berita yang menyedihkan dari Abah aku yang Pak Long aku meninggal..
Kul 9 lebih esoknya,kitorang gerak balik Besut..Nuha masa ni demam plak..aduhai...cuak jugak..pakaikan dier cool fever..nampak ok sket..time kitorang sampai tu jenazah dah siap dimandi dan disembahyangkan..aku tak ikut laa pegi kubur..duk jer umah layan orang datang melawat..malam tu tidur kat umah mak cik aku,Mak Tie kat Jabi..
Layankan gambar ok!


aku harus ada...blog aku what??


Ngah aku ngan Nuha..macam tau2 jer aku nak buh dalam blog :D


abah aku ngan 2 orang cucunya..


esoknya pergi umah MIL Ngah aku kat Pasir Putih..then pegi pasar pasir putih untuk lunch..Nuha memberi komitmen yang tinggi sebab dier tido..hahahaha...orang punyalah bising kat situh..dier bleh selamba badak jer tido atas meja makan..sampai abes kitorang makan ni...hiks..



Then bergerak balik Paka..tido umah ma aku dulu malam tu then esoknya baru tido Paka..aku sempat gak pegi PasarayaKu dekat2 umah MIL tu..seyes..murah gila baju2 kat situ..hiks.baju budak RM 5-RM10 jer pun lawa2...aku rembat 3-4 helai untuk Nuha..tu pun sebab dah rambang mata...hihihi..agenda sebenar nak beli suar kecik aku terbeli Nuha nyer baju :P
Memang tak der buat aktiviti pun masa balik kampung tuh..memang penat badan sangat2..Konon nak pegi Mesra Mall laa (pasaraya baru bukak kat Kerteh), konon2 nak pegi pantai laa makan keropok tapi nan ado...angan2 semata2..khayalan dan fantasi gitewh...sedih sangat...dah laa frust tak bleh nak lepak Cherating on the way balik Terengganu tu...melilau jer mata aku masa sampai situh....

On the way balik Shah Alam, kami sempat laa singgah kuala kemaman carik kopok..Then singgah Pantai Teluk Mak Nik..D' Monica Bay tu nama omputehnya..lawak seh..Kesian Mak Nik tetiba dapat nama Monica :P my hubby rindu nak tengok pantai laa tuh..hehehe




Macam biasalah, x sah tak menggediks amik gambar ngan Nuha..



My hubby macam biasa arr..off frame :P ingat aku nak letak sangat gambar dier kat blog..hihihi..memang aku letak pun :P

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)