Tak habis lagi cerita pasal voucher makan free yang saya dapat masa training ColdFusion kat PJ hari tu. Ni kiranya last la episod jalan-jalan cari makan elissmie di PJ yer :) Lepas ni , kita cari makan area Shah Alam atau Klang jer la. Tak pun Kuala Lumpur ;p Sebut Kuala Lumpur, hujung minggu ni saya nak pergi amik PAVLOVA yang saya tempah dengan Irma tu :)
Sepatutnya pada hari kejadian ni, kami nak makan Subway yang beli satu percuma satu tu kan, tapi punya lah ramai umat manusia yang beratur kat situ, dari pagi membawa ke tengah hari. So, kami cancel la agenda makan di Subway dan memilih tempat makan yang sama pada minggu sebelumnya iaitu, Kitchen Creatures. Bezanya, dulu kena bayar sendiri , tapi kali ni kami ada voucher makan !
Saya order Baked Beef Ragu . Dalam dia ada pasta dan part yang paling best adalah cheese yang dibakar atas tu. Teringat-ingat sampai hari ni. Kuah dia macam kuah spagetti biasa tu cuma, lebih pekat saya rasa.Memang banyak betul portion untuk satu pinggan ni.Padan lah dengan harga RM15.
Dan saya pesan Iced Lemon Tea, RM5.90
p/s:
Memandangkan voucher cuma RM10, so saya kena tambah dalam RM 10 ++ . Save lah sket budget.
Korang pernah ke makan Baked Beef Ragu ni ?
Alamat :
Kitchen Creatures
Kitchen Creatures
Lot F110, Centre Point,
3 Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tel : 03-7729 8039
Email : kitchencreatures@gmail.com
3 Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tel : 03-7729 8039
Email : kitchencreatures@gmail.com