Showing posts with label baby org. Show all posts
Showing posts with label baby org. Show all posts

Monday, December 23, 2013

Iskandar Dzulkarnaen dan Laman Arca Mim



Alhamdulillah sudah menjadi ibu saudara sekali lagi. Syukur atas nikmatmu Ya Allah :) Tahniah buat Ngah dan Kak Ngah atas kehadiran benih cinta yang ketiga ni, Iskandar Dzulkarnaen pada hari Sabtu lepas 21.12.13 jam 03.56 PM dengan berat 3.10 kg .


Hari ni lambat sket bersiaran sebab pagi tadi ada demo penggunaan sistem di Bangunan Canseleri. Sempat snap mercu tanda dihadapan bangunan tersebut. Laman Arca Mim, Bangunan Canseleri UiTM.


p/s:

Another less words @ elissmie.com edition


Want whiter teeth? Read what these ladies have to say about Darlie ExPERT WHITE. Vote for your fav! #ImtheExPERT 

Wednesday, November 13, 2013

Saya telah bergelar nenda buat kali kedua, FM dari Australia dan Cameron Highlands

Drum rolls plz :)

Cucunda saudara terbaru. 23/10/2013. Mohd Haqiff Danish. Terima kasih sebab dah buat diri saya menjadi nenda buat kali kedua , nenek saudara tapi .  Ini my hubby punya cucunda saudara .


Korang dah ada cucu ? 

Koleksi terkini FM dari kawan-kawan my hubby. Terima kasih kawan-kawan my hubby :) Terima kasih daun keladi, kalu holiday kemana-mana lagi jangan lupa belikan lagi..hehehe


Dari Australia dan Cameron Highlands.


Koleksi FM terkini setakat 13/ 11/ 2013



Tengok tangan-tangan kecil tu sementara kakaknya duk posing sakan tu :p 



Edisi Less Words @ elissmie.com

Friday, November 30, 2012

Pulut Durian Musang King dan anak sepupu made in Japan

Hari -hari lalu gerai durian, sampai bau durian pun boleh masuk dalam kereta. Bila tengok entry Kak Yanmie pasal Pulut Durian hari tu, terus rasa teringin nak makan. Pengaruh rakan blogger betul namanya ni . Pantang orang up entry pasal makanan, terus teringin nak makan. 


Pastu cakap la dengan hubby, minta dia belikan durian sebiji sebab teringin sangat nak makan pulut durian. Tapi dia buat dek jer. Hampagas btol.Yer la, dia memang tak suka makan pulut durian kan.Sekali balik rumah esoknya, semerbak bau durian. Rupanya dia belikan durian Musang King lagi Angkut dari ofiz dia kat Langat pulak , terharu mak :)


So malam tadi,merasalah makan pulut durian. [ Resepi boleh klik sini]. 
Sorang-sorang ajer makan, puas hati.Lepas tu nuha pulak mintak sket :p Dia pun hantu pulut .


Untuk mengelakkan panas badan, jangan lupa minum air dari kulit durian yer . Alhamdulillah, malam tadi dapat tidur lena walaupun makan durian 6 ulas. hahaha

Korang pernah ke makan pulut durian ?


Muhammad Yazid Yuuki - Anak sepupu baru 
D.O.B 21 11 2012 @ Hospital Kawagoe-shi, Saitama, Japan
Tahniah Mie & Yati , dah lengkap sepasang :)


 Pemanggang ajaib untuk dimiliki dan katalog tupperware terbaru sudah keluar , klik sini laju-laju untuk pembelian dengan harga ISTIMEWA [ klik sini]
Kereta comot sebab musim hujan ? Terjah Tip Top Auto Spa Seksyen 7 sekarang . [ klik sini]
Baju kurung dan kain pasang pelbagai pilihan, terjah Cotton-Purple. [ klik sini]


Friday, July 27, 2012

Kad Raya Buat 10 Pengomen Tegar elissmie.com dan FM UiTM buat yang bertuah

Setiap tahun mesti ada kad raya yang saya hantar especially buat ma abah dan mertua. Tapi tahun ni , untuk menghargai 10 pengomen paling tegar di elissmie.com saya nak bagi kad raya. Tapi duit raya, tak der lah kan.Boleh join contest Shakiddo jika nak duit raya :) Jom kita lihat senarai pengomen tegar di elissmie.com untuk bulan ini .





3.KiD








Seterusnya, penerima FM UiTM  yang bertuah :) Saya ambil 3 yang teratas yang komen pada entry ini. Semalam baru saya berpeluang nak ke koperasi UiTM untuk beli kad raya, so saya belikan terus 3 FM . Harga dia naik pulak. Agaknya tahu kot saya nak beli :) Tak mampu nak tunaikan harapan semua sekaligus,mungkin amik masa sket yer :) Jom kita lihat siapa pemenangnya untuk kali ni :-




  
p/s:

Nampaknya ada 3 pasangan adik beradik suka komen kat blog elissmie.com ni yer dan pengomen tegar bulan ni pulak tu :) Dan ada yang bertuah dapat kad raya dengan FM sekali . 

Sila tinggalkan alamat anda di elissmie [at] gmail [dot] com yer :)
 Kepada Yatie Chomeyl, alamat jepun pun x pe :) Insya Allah, boleh pos :)

p/s:

Nama yang tidak tersenarai tu jangan bersedih yer. Lepas ni kena komen banyak-banyak yer :)


 Korang hantar kad raya tak tahun ni ?

p/s:

Memperkenalkan, Muhammad Riykael Naim. My new edition family member, lil nephew :)
Alhamdulillah dah selamat keluar dari Hospital Kluang petang semalam :)








p/s:
Saham Akhirat - Derma untuk pembinaan Surau Presint Inang, Bukit Raja
Bank Muamalat Jawatankuasa Pembinaan Surau Presint Inang - 12040002833710
Ibu tunggal ini memerlukan sumbangan anda [boleh baca kisahnya disini dan disini ]
Maybank Acc No :164034266923 
Nama : Haryani Binti Mat Hussin
Lebih lanjut : 
http://aliaharyanie.blogspot.com


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]





My Nuha | Aku Bukan Chef

Wednesday, February 09, 2011

Baby @ Febuari

Photo Albums at WiddlyTinks.com
Digital Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com



Tahniah kepada Suraya dan suami, atas kelahiran baby Girl (2.67 kg) , 8 Feb 2011 Jam 12.41 Tghari di Damansara Specialist.


Tuesday, August 24, 2010

Memperkenalkan.....(drum rolls sound)

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com


Tahniah Kepada Shikin dan Sadi atas kelahiran cahaya mata kedua...



Photo Albums at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Ideas Photo Tinks by WiddlyTinks.com


Tahniah kepada Sharina & Suami atas kelahiran puteri sulung...

p/s:
2 bulan boz bercuti.
Tiap-tiap tahun boz aku cuti beranak,(hari tu boz lain, ni boz lain)
Tahun depan giliran siapa pulak nak beranak??
 hehehehe.akukah?
atau tukar boz lain pulak? hehehehe



p/s: 

Musim baby girl skang ni :)


Thursday, August 05, 2010

Selamat Hari Lahir Nur Nuha Humayra

Scrapbook at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Photo Tinks by WiddlyTinks.com
 


Kronologi Kelahiran toyol chomel kami...
Sambutan Kelahiran Pertama

Kehadapan Nur Nuha Humayra kesayangan abah dan Ummi,
2.8.2008, masih segar diingatan kami berdua,
Lahirnya awak kedunia ni mengikat kasih antara Ummi dan Abah yang kian bersemi tepat jam 4.42 petang,
Masih ingatkah awak berada dalam rahim Ummi selama 40 minggu?
Namun 40 minggu nan indah dilalui oleh Ummi dengan tabah walaupun banyak mengidam ntah apa-apa ntah.
Tapi abah awaklah yang paling tabah melayan karenah Ummi.Terima kasih yer Sayang...

 Nur Nuha Humayra,
Semoga awak jadi anak yang solehah yer...
Awak tahu tak makna nama awak ?
Nur tu cahaya, awak bagai cahaya buat Ummi ngan Abah tau..
Nuha, Awalan N untuk nama Ummi, Nxxxxxx( susah nak sebut....)
Humayra, Awalan H untuk nama Abah, Hxxxx(macam nama penyanyi :p)
Nuha tu maknanya pandai, semoga awak jadi anak yang pandai...
Humayra, maknanya si pipi kemerah-merahan gelaran manja Nabi kita untuk isteri dia, Saidatina Aisyah..semoga akhlak awak terbaik macam Saidatina Aisyah...Amin....

 Nur Nuha Humayra,
Jangan ikut apa yang tak baik yang selalu keluar dari mulut Ummi, Ummi tersasul lah...
Jangan nakal sangat, jangan geget orang, jangan pukul orang kat rumah pengasuh..
Buat kat Ummi tak per, Ummi geget balik, Ummi pukul balik, tapi bila orang buat awak balik, Ummi jadi tak keruan...
Janganlah degil bila Ummi suh pakai baju, nanti btol-btol lizard masuk dalam punggung awak tu baru tau,
Semalam lizard dah lalu atas kaki kan...hahaha.Ingat tu, lain kali kot2 dia nampak punggung awak tak pakai baju plak :p
Tolonglah jangan manjat2 macam jantan, tahulah kawan-kawan awak semua lucky-lucky,

 Nur Nuha Humayra
Apapun terjadi, Ummi dan Abah tetap sayang awak,
Awak tak pakai baju pun Ummi dan Abah tetap sayang awak,
Awak suka mandi banyak pun Ummi dan Abah tetap sayang awak,
Awak nak berus gigi banyak kali pun Ummi dan Abah tetap sayang awak,
Awak suka makan ikan pun Ummi dan Abah tetap sayang awak,
Awak suka makan nasi ngan sup ayam pun Ummi dan Abah tetap sayang awak,
Awak suka minum air teh ais Ummi pun Ummi dan Abah tetap sayang awak,
Awak suka aiyok-aiyok tak tahu pun bila awak buat salah pun ,Ummi dan Abah tetap sayang awak,
Awak suka cakap, nak kena ni bila orang buat kat awak pun, Ummi pun Ummi dan Abah tetap sayang awak.

Selamat Hari Lahir yang ke-2 anakku yang sayang...

Salam Sayang,

Abah dan Ummi


Monday, February 08, 2010

Hadiah Hari Lahir Siti Nurhaliza Tahun Depan?

Maaflah, memang tiada hadiah hari lahir Siti Nurhaliza dalam belog ini untuk tahun depan.Sila cuba lagi tahun depan, kot-kot ada kan.hehehehe.

Hari tu, my hubby tanya aku, nak Black Berry ker nak microwave oven?Tapi aku gatal cakap nak microwave.Tapi my hubby tetap belikan BleckBerry tapi bukan untuk me tapi untuk my Nuha la, sila baca DISINI.Larikss..

Akhirnya microwave oven ini adalah hak milik aku.TQ my dear hubby.Muashhhh 108 kali! Nape ada lebih 8 kali.CNY kan selalu dikaitkan dengan 8 :) amik ong!hahahaha.


Tips untuk memilih Microwave


1. Ketahui bajet anda suami anda!
2. Ketahui kat mana nak letak microwave tu. Ukur dulu tempat yang nak letak tu, kang terbeli microwave yang besar gabak, tak der ruang plak nak letak .hahaha

3. Kalo nak jimat, beli la time sales dan yang paling syok, kalo tiada member kad kedai elektrik seperti Seng Heng tu(Sen Q) , sila la pinjam dengan kawan-kawan yang ada.TQ kak Ema yer :) jimat RM10 malam tu.hehehe


Dah beli microvawe tu patutnya tiap2 malam makan ikan masak stim la kan?hahahahaha.Tadak maknanya!! Weekend hari tu just panaskan akok [from terengganu ko!] dan petang semalam aku masak mee segera guna menatang tuh. Hahahaha.Anak pegang pun dah risau sebab aku letak microwave tu atas meja kat dapur tapi meja tu rendah plak.Senang plak anak dara tu buat main macam laci kabinet dapur aku tu!!Calar kang nak!!hahaha.

Kata my hubby, ini adalah hadiah bday aku in advance!! Huhuhu. Nasib baik ada lagi hari-hari lain yang perlu disambut , iaitu Hari tanggal pusat , Hari pertama jalan, Hari pertama tumbuh gigi dan Hari Pertama Malam Pertama .Opss!!

p/s:

Tidak dapat menjengah belog kawan-kawan pada minggu lepas adalah sangat tidak heaven walaupun my bosses semua tiada di ofiz [heaven] .Ini adalah disebabkan kesengalan network di ofiz yang menggunakan TM Net .Masa tu perasaan aku, Oh, how I miss my berokband!!! Yer, saya update belog di ofiz pada waktu senggang :) atau sebelum memulakan kerja! Sebab rasanya kalo tak menulis sesuatu , rasa macam tak lengkap hari-hari aku.Poyo!! [dan secara tidak langsung tiada duit nuffnang utk aku :P]


p/s:

Sesiapa yang tinggalkan aku terkontang konting sorang2 kat ofiz selama 2 hari hari tu dengan ucapan "Pergi Langkawi tu jangan lupa coklat nya yer nyahhh .Hari ni harap-harap ada yer..!!"

p/s:

Hari Jumaat aku bangun lewat dan lebih malang kereta buat hal di tengah-tengah jalan dan menjadikan aku tidak pergi kerja terus.
Hari ni kereta masih tak siap-siap.Timing belt putus ko!
4 hari laa bersadai kat bengkel.Harap-harap esok boleh keluar la Cinta Bersulam Rinduku tuh..
Hari ni,terpaksa turun ke ofiz pukul 630 dengan merempit bersama my Nuha dengan perempit terhandal,my hubby la.hihhihi.Ini laa dikatakan, "Susah senang diharungi bersama ".


p/s:

Tahniah kepada Yati & Bami (my kazen) atas kelahiran puteri mujahidah comel di bumi Jepun tu:)



Photo Albums at WiddlyTinks.com
Scrapbooking Ideas Photo Tinks by WiddlyTinks.com


p/s: Akhirnya, dapat jugak ole-ole dari Langkawi...


Tq Ad.





Tq Sharina a.k.a my boz :)


1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:




Thursday, October 15, 2009

Memperkenalkan.........(drum rolls sound)



My new edition family member, adik Danish yang selamat dilahirkan oleh Mama Danish pada jam 430 pagi tadi..Tahniah Kak Ngah & Ngah..belum bernama lagik :)

Friday, September 04, 2009

Memperkenalkan.........Wan Nauffal Firzan

Digital Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com
 

Ni anak sepupu aku yang selamat dilahirkan last week,sabtu (29 Ogos) ,  kat KPJ Seremban pada pukul 4.30 pagi...Tahniah kepada Fahmi & Hani..
X sempat arwah pak long aku tengok cucu dari anak bongsu dier...meninggal masa hani, isteri sepupu aku ni mengandung sebulan...

p/s: lepas aku dapat SMS pada pukul 5 last week,  aku bangun sahur dan tengok citer Nur Kasih..hehehe..

Thursday, September 03, 2009

Memperkenalkan.........(drum rolls sound)

Scrapbooking at WiddlyTinks.com
Photo Tinks by WiddlyTinks.com


Tahniah pada eza & budi atas kelahiran cahaya mata sulong, Muhammad Irfan :)
p/s: Ni anak ofiz mate aku merangkap anak kawan my hubby dan ada sket2 bau2 belacan kot :P

Tuesday, July 07, 2009

Bercuti tanpa rela :P

Semalam aku terpaksa bercuti sebab mak pengasuh nuha tak dapat jaga nuha coz ada urusan..
Weekend tak de yang menarik :P
Hari sabtu, lepas my hubby balik kerja, pegi melawat anak kawan kami yang baru lahir hari tu..then lepak2 jer kat umah...



Memperkenalkan, Mohd Nor Ashraf Asadi , 7 days :D


Hari Ahad, petang tu pergi Bangi sebab my hubby nak carik tempat dier kursus..biasalah my hubby dier memang takut sesat..hahaha
tu jer laa citer weekend..sekian..
alaa bosannya kan?
Tapi tak bosan bila ada budak kecik yang banyak ragam...



Nuhaaaaaaaa, main apa bawah high chair tu?




skang dah pandai jalan tapi kena pegang sofa - ke sana kemari :P


p/s:cepatnya anak ku besar..hihihi..x sabar tunggu bulan depan..my family kat kg request utk buat bday party Nuha kat trg jugak..huhuhuhu..kalo ada sponsor apa salahnya kan..hahaha

Wednesday, July 01, 2009

Buah manggis lah fulakkk...

Terima Kasih kepada my hubby sebab telah membelikan isterinya yang chomel :p ini dengan 2 kilo manggis..aku memang antoo manggis :D



Abaikan model tangan yang tidak berbayar tu yer..hikss




Sedap, manis, ranum :P fresh from Hulu Langat :P - yang ni tangan model berbayar yang chomel..hahaha


p/s: Tiara, aku tak perlu ke Hulu Langat untuk beli..hubby aku kan keja sana..macam durian hari tu jugak :D

p/s: seb baik laa aku x pose hari ni sebab x terkejut sahur tadi :P..tengok sendirik pun dah terliur ni:P

TAHNIAH KEPADA SADI DAN SHIKIN KERANA MENDAPAT BABY BOY MALAM TADI...

p/s:yeayy!Nuha dah ada kawan baru!!

Monday, May 25, 2009

Memperkenalkan...


Ni anak kawan aku, mekna..kira kamceng gak dari sekolah sampai skang ni...Ahmad Fakhrul Arshad




Ni anak boz aku, yang menyebabkan kami ketiadaan boz selama 2 bulan..lalalala...Alman Aliff..

Thursday, April 02, 2009

Memperkenalkan.........


Inilah cinta hati baru Along n Kak Long, anak buahku...
Mohd Afiq Rayqal bin Hamka


Dan Ni plak baby lama..hikss..
Lama tak buat scrap utk Nuha..ni ada orang buatkan :P


Tq Nurhayati for the scrap :D


Dan semalam aku order Muchkin Food Feeder..hari ni terus dapat!! Wah!5 stars rating untuk My BB Store Dot Com .
Punyalah terliur Mika punya...hikss..
Setelah berhempas pulas mencari disemua bb store kat Shah Alam tapi tak jumpa..hiks..akhirnya aku order online sajork..lagipun skang tengah sales kat situ...hiks..x sabar nak bagi Nuha guna..dier paling suka betik dan pisang..hikss



Info ni aku amik kat My BB Store Dot Com

Munchkin: Fresh Food Feeder
MYR 25.90 23.31
All the nutrition with none of the risk.

This award-winning product allows your baby to enjoy lots of delicious foods without the choking risk. Simply put a piece of fruit, vegetables or meat into the mesh bag and snap shut. Your baby can chew, suck and enjoy all the whole food goodness and taste, with only the tiniest, digestible pieces coming through. Your baby gets great flavor and you get great peace of mind!

- Textured handle easy to grasp
- Ideal for 6+ months

Award Winner, 2004 Winner of a Parenting Magazine “Mom Tested” Award.

Thursday, March 26, 2009

Kelahiran

Tahniah buat kakak & abang iparku, Along atas kelahiran permata hati yang ke 5 pagi tadi...lelaki lagik...hikss...sian Shakina tadak geng lagik...rasanya pandai lagi tak tu jaga baby?maklumlah yang bongsu pun dah darjah 6 kan?hihihi..

p/s: Nuha jadik cucu bongsu belah suami cuma 7 bulan 3 minggu 3 hari sajork :D Apapun Nuha cucu bongsu perempuan setakat ni belah my hubby menjadikan anak sedara my hubby menjadi 11...yang mana hanya 3 daripadanya adalah perempuan...family aku dan my hubby memang kekurangan tenaga wanita :D

Thursday, March 12, 2009

Memperkenalkan.........(drum rolls sound)



Inilah putri Ad yang lahir pada 27/2 yang lepas...Tahniah buat Ad dan Am!!

Tuesday, March 03, 2009

sampai hati naikkan RM50!!

Gara-gara aku belajar pegi bayar sewa kat lanlord aku, x pepasal dier naikkan sewa rumah aku RM50.00..hampagas btol laa..
Tahniah kepada AD & Azham kerana selamat melahirkan Putrinya pada hari Jumaat (27/2) yang lepas yang diberi nama Atia Adina bt Mohd Azham jam 6.46 ptg seberat 3.46 kg. Alhamdulillah & tahniah diucapkan kepadanya serta keluarga.

Hari ni aku malas nak update blog..masih dalam mood cuti cuti Malaysia...hikss..esok aku terpaksa cuti jaga Nuha..mak pengasuh dier nak pegi mana ntah...ada hal sket...huhuhu..

p/s:Aku tak jadi pegi Induksi bulan ni..yeay!! Insya Allah, kalo btol, bulan 4 ni baru kena pi induksi..aduhai..lambatkanlah waktunyaa...

Tuesday, February 17, 2009

Memperkenalkan...



Ni anak kawan aku masa belajar kat UiTM Dunjun (Arabic gitewhh) dulu...Kartini Ismail..
Dah masuk 2 bulan ++ . Sebenarnya aku pegi umah dier Rabu lepas tapi terlupa plak nak tepek kat sini..hiks..Ni pun hasil dari scrapblog...owh, mudahnya dunia...i hate photoshop, bley?hahahaha

Thursday, January 22, 2009

Harith Daniel...



Hari ni kuar jalan2 cari makan ngan Harith Daniel..Nuha jangan jelez tau!!
Memperkenalkan anak kawan aku, Anis Yuhana...sama2 belajar uitm dungun dan shah alam dulu...best fren Ad..

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)