Showing posts with label ayam tempayan kuantan. Show all posts
Showing posts with label ayam tempayan kuantan. Show all posts

Friday, June 08, 2012

Akok , Otak-Otak Terengganu dan Ayam Tempayan Kuantan

Hari tu balik Terengganu, sempat jugak jalan-jalan cari makan. Cari makanan yang teringin gitu kekdahnya.Di area paka ni ada satu warung Akok Ayah Wan bersebelahan dengan kaunter tiket bas ekspres tapi dah tak buka. Memang selalu beli kat situ dan rasanya itu adalah akok tersedap di sekitar Paka tu yang pernah saya cuba.

So misi pertama adalah mencari Akok lah. Kalau di Shah Alam ni, memang susah la nak jumpa akok yang menepati piawaian tekak my hubby . Saya belasah ajer makan sebab ustaz kata mungkin rezeki kita setakat tu jer la hari tu kan. Ustajah sangat kan :p 


Lepas tu terpandang , warung ni . Ianya terletak berhadapan dengan masjid Kampung Pinang Merah ( Masjid yang Ustaz Azhar selalu buat ceramah agama setiap hari Isnin Minggu Pertama Tiap2 Bulan ) .

 

Ni masjid tu. Nak dengar ceramah Ustaz Azhar, bolehlah datang sini :)


 Selain Akok ada jual jugak kuih bakor (kuih bakar lah yer ) dan Bahulu. Tapi Akok Kelantan tak kelihatan hari tu.


Inilah rupa akok tu. Lemak-lemak, rasa pun sedap. 50 ¢ sekeping


Ini kuih bakar. Tapi me suka yang dalam acuan besar sebab kat tepi dia lebih garing..Yang ni tak sure pulak harga.



Ini pais ikan. Tak beli sebab tak masak lagi.Macam otak-otak tapi yang ni seekor ikan dia letak.

So misi kedua, cari otak-otak. Sebenarnya beli otak-otak sebelum ke gerai akok.Gerai ni kat sebelah kanan, sebelum Masjid Kampung Nyior.



Inilah rupa otak-otak dengan isi ikan tenggiri.

Yang ada cuma RM8. Saya borong semua. Tak silap 60 ¢ sekeping


Semasa misi pencarian makanan yang diidam , terpandang Ayam Tempayan Kuantan ( Cawangan 2) .


No telefon tidak tahu kenapa diorang tutupkan, mungkin no salah :p

Ianya terletak sebelum simpang masuk Masjid Kampung Nyior. 


Ayamnya memang sedap dan terasa seperti Ayam dalam Nasi Arab Mandy Chicken gitu.
 Style Arab lah ni kan.

Ada banyak tempayan kat situ..


Ni harga ayam tempayan. Siapa yang lalu sini, boleh la cuba yer :)

Diorang tengah siapkan ayam  yang saya beli..Potong siap-siap , balik boleh terus makan.
Lebih bersih dari Ayam pusing gitu kekdahnya sebab tak terdedah dek persekitaran :)


Menu wajib semestinya CT lah kan. Yang ni beli di Pantai Sura Jetty, Dungun.


Dan terakhir sekali, Keropok Goreng RM 2



Mana satu makanan yang korang paling terliur ?

Beli tupperware dengan harga istimewa, boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)