Showing posts with label all about my feelings. Show all posts
Showing posts with label all about my feelings. Show all posts

Monday, June 30, 2014

Pengalaman pertama kali anak berpuasa

Hari ni nak kongsikan pengalaman pertama anak saya iaitu my nuha berpuasa. Alhamdulillah, semalam mampu berpuasa penuh sampai waktu berbuka setelah bermacam-macam drama yang keluar termasuk drama air mata. hahaha . Mungkin entry Cara Melatih Anak Berpuasa yang saya kongsikan dulu boleh dipraktiskan. 

Waktu sahur, saya panaskan mee goreng baki malam tu dan gorengkan telur goreng. Siap-siapkan buat air milo ais dan kejut dia bangun. Mudah sekali dia bangun sebab sebelum tidur dah tanya dia nak puasa tak esok. Dia kata nak. Kalau nak kena bangun sahur saya kata. Dia pun dah faham sebab selalu duk ulang-ulang tengok Upin dan Ipin episod Ramadhan tu kan. 


Berselera sekali makannya waktu sahur tu. Sepinggan mee habis dimakannya. 

Semalam, awal pulak bangunnya pagi tu. Saya pulak, lepas Subuh penat sangat tertidur balik.Sebab malam tu dekat pukul 1 pagi baru sampai rumah dari KL hantar anak buah hubby ke rumah sewa dia. Dah awal tu dia tengok TV. Pukul 10 lebih dia kejut saya, Ummi saya lapar sangat dah tak tahan. Terus saya bangun duduk dengan dia dan pujuk-pujuk sambil cerita pasal orang yang kat Afrika ada yang tak makan sampai kurus kering bukan setakat sampai pukul 7 ajer. Saya kata, kakak mesti boleh punya tahan sebab masih boleh bercakap lagi. Nanti kalau kakak lapar sangat sampai tak boleh bercakap, baru Ummi bagi makan. 

Petang tu, Abah dia janji akan belikan hadiah kalau dia puasa penuh sebulan ni. Muka dia dah excited sangat tu sebab akhir-akhir ni memang jarang belikan dia mainan sebab lebih belikan dia buku atau stationery. Lepas tu pujuk-pujuk dan tanya dia nak makan apa untuk berbuka. Dia request Nasi Lemak Ayam Goreng. Petang semalam, kami ke bazar Ramadhan di Seksyen 7 Shah Alam memenuhi kehendak orang yang pertama kali puasa ni. Alhamdulillah, ada rezeki dia Nasi Lemak Ayam Goreng Berempah . Tercari-cari gerai Mak Uda Selera Pantai Timur tapi tahun ni macam tak der jer.Sobs. Tapi nasib baik ada gerai lain yang jual Nasi Minyak dan Nasi Dagang juga dan boleh tahan masakannya. Gerai tu paling hujung tepi jalan kalau nak cuba yer :) Ada banner Nasi Dagang Penyu Menangis tak silap . Lupa nak amik gambar gerai. 


Alhamdulillah, berjaya my Nuha mengharungi puasa di hari pertama dengan jayanya. Makan pun banyak ...hihihi


Dr Mohd Fadhilah Kamsah kata, nak ajar anak puasa, ajar anak solat dulu . 
#telekungselfie #telekunglycrarm35 

Hari ni bekalkan dia 2 ketul roti ni sambil pesan ' Kalau kakak lapar sampai tak boleh bercakap baru makan roti ni tau ' ....hahaha . Harap-harap cikgu pun memberi sokongan moral untuk anak mak hari ni :p

Updated : Hari kedua gagal puasa sebab cikgu ajak dia pergi makan. Aduyai.. Dia cakap dia malu sebab puasa! Apakah ? Apakah ? Harap-harap hari ni dia mampu berpuasa lagi...Tadi tanya cikgu, cikgu kata ingat dia tak puasa..Padahal dah cakap masa hantar semalam.

Korang start melatih anak-anak puasa dari umur berapa ? Ada tips yang ingin korang kongsi tak ? #seconddayfasting


Friday, May 23, 2014

Rutin pemeriksaan darah tinggi , result sedikit mengecewakan...

Hari ni saya bercuti sebab ingatkan pengasuh my Nayla bercuti. Rupanya silap tarikh. Tak per la..Alang-alang dah apply kita cuti jer la . Tapi hari ni datang ofiz jugak sebab ada jamuan jabatan dan appointment dengan doktor.


Sebelum jumpa doktor, selfie dulu satu round :p


Semalam, jumpa dengan isteri blogger Papa Mifz.. Tapi segan nak amik gambar...Hari ni kita amik gambar kereta jer la...
Amik nombor..Ingat awal dah..Rupanya ada lagi yang awal...

#OOTD hari ni..


Berat bertambah sekilo dalam masa 3 bulan..bertambah obes laa rupanya diriku.Darah tinggi normal..Tapi yang tak sedap didengar adalah kolestrol ku makin meningkat . Nak tak nak, doktor sarankan mulakan ubat kolestrol..



Tadi doktor bertanya pasal kehamilan seterusnya. Dia tanya doktor dulu ada cakap tak boleh mengandung lagi. Saya cakap doktor kata boleh cuma kalau nak mengandung kena bagitau tapi dia cakap biasanya saya tak sarankan untuk kehamilan seterusnya...huhuhu..Tapi doktor pakar O & G saya cakap ok jer cuma perlu tukar ubat jer kalau planning utk next baby. Doktor yang ini kata, ok la macam tu..Siap tanya gender anak lagi. Cakap la princess dua-dua..Mesti doktor pun tahu saya mengharap untuk anak lelaki yang ketiga..huhuhu..

Retina saya masih ok. Kalau darah tinggi boleh menjejaskan retina mata rupanya..


 
Ujian jantung pun cantik bacaannya...
2 bulan lagi pemeriksaan seterusnya..


Tambahan ubat yang baru...Ubat kolestrol.. 

Jom beli tupperware  : [ klik sini]

Basuh kereta hari minggu disini : [klik sini]

Tuesday, April 15, 2014

Tips Beli Susu Murah dan Kole Percuma

* Susu ibu lebih baik dari susu formula. Tiada siapa mampu menafikan.Baca dengan minda terbuka ok ! Susu badan tu rezeki Allah, kalau Allah nak tarik, macam tu ajer ( kun fayakun ).Susu formula pun rezeki dari Allah juga kan. ok bai !

Sebenarnya sudah lama saya tak beli susu di pasaraya terkemuka sejak dapat tahu yang kedai ubat cina atau sensei jual susu murah. Memang terkesan sebab my Nayla minum susu mahal sket dari kakaknya, my Nuha. So sejak lebih setahun ni, kitorang memang beli susu di kedai ubat cina ni.


 Rezeki my Nayla setakat 6 bulan sahaja dengan susu badan disebabkan masalah darah tinggi. Dah la dah 3 kali terkena ubat darah tinggi yang dimakan tidak sesuai untuk bayi. Geram memang geram juga lah dengan doktor yang prescribe ubat tu even di klinik kerajaan yang katanya mesra bayi. Nasib baik my Nayla tidak ada kesan sampingan tapi kesannya susu ibu merudum teruk sejak dalam pantang. Sedih jugak sebab tak berani mencuba suplemen yang ada dipasaran sebab takut tak bersesuaian dengan ubat darah tinggi yang dimakan. Bidan yang datang berurut tu pun terkejut bila urut tak der susu. Rezeki anak lain-lain kan. My Nuha dulu agaknya berbangga sangat sampai 2 tahun 3 bulan dengan susu ibu. huhuhu . Kafarah dosa ibu dia la ni. Moga ada rezeki susu badan untuk anak ketiga nanti. 


Inilah rezeki my Nayla. My Nayla minum susu S-26. 
Masa sebelum setahun hari tu susu (Step 1 Promise 1.2 KG) harga RM64.70.Kalau di Tesco dan Giant RM70++.
Utk Step 3 S-26 Progress 1.2 KG harganya RM49.90  .Tengok di website tesco RM 54.70 :- http://eshop.tesco.com.my/en-GB/ProductDetail/ProductDetail/7070375046
Sekarang siap ada promosi percuma 1 kole. Ada 5 pilihan design untuk dipilih :) Cantik kan ? 


Kedai Ubat Dan Runcit Yong Xin
Alamat Kedai : No. 89, Jalan Cokmar 1, Mutiara Bukit Raja, Bukit Raja,
 Klang, 41050, Klang, Selangor 41050‎ 
03-3342 6345


Peta lokasi ( klik untuk pembesaran berganda)


Korang beli susu murah kat mana ? Kongsikan disini yer :)
#susumurah


#DGWWWOW is BACK! 

Tuesday, March 06, 2012

Terperangkap dirumah sendiri, apa perlu buat ? | Jadikan MacGyver sebagai idola

Korang pernah terperangkap dalam rumah sendiri ? Kejadian ni berlaku tak silap 3 minggu lepas. Masa tu hari Sabtu. Me tinggal berdua ajer dengan my Nuha. Masa me nak sidai baju, me keluarkan kain dari dalam mesin basuh. Tengah-tengah me terbongkok-bongkok masukkan kain dalam baldi, my Nuha duk main tombol pintu. Sekali, dia tertutup pintu tu. Selama ni me tak tahu pun pintu tu berkunci dari dalam kalau ditutup sebab my my hubby letak mangga sket punya banyak kat pagar grill dapur tu kan. So tak kisah la pintu ni terbuka ke tertutup. Bad me.


Toolbox yang menyelamatkan keadaan


Ok. Sila panik sekarang. Rasa nak jerit kat jiran sebelah mintak bantuan tapi segan :p Nasib baik me terpandang tool box kat dapur tu dan me rasa lega sket. Then me cuba ketuk tombol pintu dengan tukul yang ada. Kalau tengok cerita dalam tv sekali dia ketuk berderai terus tombol tu kan. Ok itu tipu ajer. Me ketuk sampai kemik tombol, tak terbuka-buka pun :p

Setelah berjaya diumpil


Sekali me terpandang cermin tingkap tu kan. Dan buat ujian kepanjangan tangan me iaitu ukur jarak tangan dan tombol pintu. Me rasa lepas ni kalau cabut dulu cermin tingkap ni dan buka tombol pintu dari dalam. Me amik playar gabung dan umpil pemegang cermin tu. Dan wallah...Alhamdulillah...Tak sia-sia tengok cerita MacGyver masa kecik-kecik dulu :p

p/s:

Kalau pintu terkunci dari dalam, biasa me guna kad atau kertas keras. Yang ni my hubby yang ajarkan kat me dan pernah tolong mantan boz me bukak pintu bilik dia :p





Korang pernah tengok cerita MacGyver ?

Thursday, January 19, 2012

Kerjaya telemarketer selalu dibenci orang ?

Masa me habis belajar dulu, me pernah bekerja sebagai telemarketer. Ofiz tu terletak kat area KLCC.Ianya adalah kerja ketiga yang me pernah buat lepas habis belajar dulu. Memang me tak pernah memilih kerja sebab susah weh nak dapat kerja jika fresh sangat nih.Memang la cita-cita nak jadi System Analyst atau Pegawai Teknologi Maklumat.Tapi masih tak der peluang masa tu.

Telemarketers are sales and marketing representatives who do business strictly by telephone and complement with company email and fax. source: here

Memang mencabar nak dapatkan kerja sebagai telemarketer ni. Masa me dapat tawaran interview tu, masuk-masuk ajer diorang suruh perkenalkan diri dan bagi satu produk untuk kita perkenalkan kepada dia dan menjawab pertanyaan yang tak masuk akal secara bertubi-tubi. Antara ramai-ramai yang datang interview, me adalah salah seorang yang berjaya. Bangga jugak sebab ramai bukan melayu kan. Konon english me bagus lah tu :p Sebab memang dia nak yang tahu berbahasa inggeris dan melayu ataupun mandarin.



Me ingatkan terus dapat la kiranya. Rupanya tak. Kena orientasi dulu seminggu dan masa ni kami diajarlah macam mana nak berkomunikasi dengan betul dan praktis macam mana nak menjawab semua situasi yang akan dan bakal berlaku bila dah ditempatkan di lokasi sebenar. Tak habis lagi rupanya. Hari terakhir adalah hari saringan dimana kami diletakkan di situasi sebenar tapi customer masih lakonan lah, team leader department kitorang ajer customernya. Jika berjaya mengharungi cabaran terakhir tu , makanya korang akan  bergelar seorang telemarketer . Just baca jer skrip yang dah ada tapi kena cepat-cepatlah potong apa customer tu nak cakap :p Bila dah put on floor, masa tu diorang bagi headset, pc yang ada database customer dan telefon. Masa tu lah cabaran bermula !


Kenapa kerjaya telemarketer selalu dibenci orang ?

1) Kami akan telefon selagi korang tak amik produk yang kami tawarkan. - Sebab biasanya team leader dah tetapkan sasaran kejayaan sesuatu campaign/ produk tu.Kalo orang tak enroll,  maka kuranglah komisyen kami. Rugi la weh. Kena telefon, paling maksima 3 kali. Prestasi kumpulan pun terjejas bila orang tak beli ni. So, semua kena tanggung akibat.

2) Ada sahaja ayat untuk membelitkan korang - Sebab semua kemungkinan dah ada dalam skrip, kami baca ajer . Lancar gitu nak suruh jugak korang beli kan , siap dengan contoh-contoh sekali ada dalam tu.

3) Korang tak nak tapi kami paksa jugak - Itu memang niat kami, nak jugak korang beli. Sebab produk yang kami tawarkan biasa murah ajer. Yang pernah me buat jual insurans kad kredit. Untuk setiap RM100 akan dikenakan caj 10 ¢ tak silap. Murah jer kan tu pasal melalui telefon ajer. 

4) Selalu kena maki - Yang ni bukan kami yang maki, tapi customer yang maki kami. Tapi kami maki jugak dengan tekan butang mute pada telefon. Lega jugak buat macam ni. Kalo maki live, memang la kena hadap muka supervisor lah. Silap-silap kena berhenti kerja. Kalau dapat customer melayu konon boleh la cakap melayu, tapi tak semua melayu nak cakap bahasa melayu . Kalo salah sebut nama, takder Datin. Siap cakap, saya Datin yer. Menyampah ai ;p

Mencabarnya kerja sebagai telemarketer ni korang tau.Tekanan tempat kerja memang tinggi nak-nak Team Leader yang jenis tak masuk akal. Hari pertama ajer dah targetkan me dapat jual produk kepada customer. Memang tak la kan. Ilmu pun masih kurang didada. English pun tak lah lancar mana. Kadang tak faham customer tu cakap apa.Dan kadang-kadang tak faham apa yang cuba me terangkan. hahaha.Pernah menangis sebab tak achieve target.Akhirnya,berjaya jugak buat sales dan komisyen memang tinggi. Masa first day dapat sales tu, seluruh team tepuk tangan untuk me. Semangat terus masa tu :p Kalau tak MC bulan tu siap dapat RM250 tak silap. Gaji memang dah tak de masalah sebab basic ajer dah dekat RM2K.Last -last 2 bulan lepas tu me resign sebab tak tahan tekanan. 


Korang pernah berhadapan dengan telemarketer?


p/s: 

Sorry kepada telemarketer dari CIMB yang jual insuran AVIVA tu sebab me terus potong cakap dia dan letak telefon sebab tak nak terpengaruh dengan tawarannya. hahahaha


Dah register Milkadeal? Promosi sehingga potongan 90% Klik sini untuk Register PERCUMA !!! 


Friday, December 16, 2011

Mampukah korang menjadi MasterChef dirumah ??

Sekarang ni kan musim MasterChef Malaysia. Tapi me asyik la terlepas ajer nak tengok sebab banyak lagi cerita lain kat TV :p So, kadang-kadang tengok jugak yang ulangan. Me memang tak bosan tengok cerita masak memasak ni. Sampai my Nuha protes la sebab kalo Sabtu tu, sehari suntuk tengok AFC pun tak per. Keji mak dia tak bagi tengok Astro Ceria.My Nuha pun dah pandai main masak-masak gara-gara suka tengok AFC dan MasterChef .


Mampukah korang menjadi MasterChef dirumah ??
 
1) Beli Apron dulu - Masak kena sentiasa gunakan apron lah. Baru nampak MasterChef. My Nuha nampak me pakai apron terus ajer dia kata, MasterChef ;p Kuat btol pengaruh MasterChef kan.Baru pakai apron tu.Tak masak lagi ni.

2) Masak Ada Had Masa - Korang bagi sejam untuk diri korang masak, agak-agak siap tak. Tiba-tiba anak suh basuh berak, tiba-tiba jiran sebelah rumah bagi salam, tiba-tiba hubby suh angkat kain hari nak hujan , tiba-tiba, banyak la tiba-tiba. Dari sejam jadi namploh jam ;p

3) Hias makanan ala-ala Chef gitu - Kalo masak sedap-sedap ker ok laa jugak kan nak hias2, tapi setakat nasi goreng kicap macam ni, tak ke nampak lucu :p Jenuh pulak nak deko-deko, nak2 semua tengah lapar. Tak kuasa ok !


Cubaan untuk bergelar MasterChef malam tadi.
Nasi Goreng Kicap Udang Beradu ;p 
Siap ada menu noks :p


4) Bagi Juri rasa - Siapa nak kena jadi juri? Mesti la hubby dan anak kan. Kalo korang masak untuk diri sendiri ajer , bagi yang belum berpunya tu, korang rasa sedap, korang puji lah diri sendiri. Kalo tak sedap, duk diam-diam sudah :p Tak siapa tahu kan. hehehehe. Tapi jangan lah sentap pulak bila hubby tegur tak sedap even kita masak penat-penat. Kata nak jadi MasterChef ;p Atau buat-buat tersingkir, dah tu tak berasap lah rumah korang ;p

5) Kuliah MasterChef - Siapa lah yang nak kena jadi Chef bagi kuliah kat korang yer kat rumah. Semestinya buku resepi dan internet lah kan. Kalo korang tak tahu menu, google ajer, atau selak-selak ajer buku resepi.


Salah satu Chef of mine :p

6) Jerit Medic - Cuba korang jerit medic bila jari terpotong kat dapur, ada bantuan ker datang ? Kalo tak der, tak yah la berangan nak jadi MasterChef kat rumah. Korang luka, korang balut lah sendiri. hehehehe. Dah-dah, gi sambung buat kerja , tak yah la nak jadi MasterChef ;p

p/s: 




Thursday, October 27, 2011

Ni la padahnya bila perempuan reti bawak kereta sahaja

Hasilnya adalah me terpaksa tumpang kawan pergi kerja hari ni :p Tq Murni. Masuk ni dah 2 kali dah Cinta Bersulam Rindu me tak boleh nak start kat rumah pengasuh. Hari tu mintak tolong KB .Kejap lagi mechanic datang betulkan la dan me pesan siap bawak jumper sekali :p Tetiba teringat pulak kat entry Shakiddo hari tu  Cara Jump Start Kereta Seorang Diri  yang boleh dipraktiskan bagi kereta tak nak hidup macam me pagi ni tapi kena pinjam kereta orang la kan sebab me sah2 ada satu jer kereta.

Jump start juga dikenali sebagai rangsangan, adalah kaedah memulakan kereta atau kenderaan lain yang dikuasakan oleh enjin pembakaran dalaman apabila bateri kenderaan telah “kong”. Bateri kedua (biasanya di dalam kenderaan lain) digunakan untuk memberi kuasa kepada kenderaan tu source : sini

Yang lebih malang berganda lagi, konon SMS nak mengadu domba la kat my hubby. Sekali dia pun tersadai kat workshop tunggu buka sebab tayar motor pancit pulak. Alahai. Kesian my hubby. Macam tau-tau ajer tuannya tu nak beli adinda baru ;p hahaha Sabar jerlah. Mungkin ada hikmah disebalik semua ini.



pic credit to : Shakidoo.com

p/s:


My hubby yang dikasihi, tolonglah beli jumper untuk darlingsmu ini...


Korang pernah ke buat jump start sendiri???


p/s:

Mungkin CBR merajuk sebab my hubby dah berapa kali sebut nak beli kereta baru kot..hahahaha Larikss..


Wednesday, October 19, 2011

Kehamilan Luar Rahim , ramai yang tak ambil peduli ?

Rata- rata kawan-kawan yang me jumpa tidak pernah tahu pasal Kehamilan Luar Rahim.Hari ni me terpanggil nak berkongsi dengan korang tentang bahayanya Kehamilan Luar Rahim. Sebenarnya me pun memang tak pernah ambil peduli pasal Kehamilan Luar Rahim sebelum ini sehingga ianya terjadi pada diri sendiri dan membuatkan me rasa sedikit kecewa tidak tahu mengenainya terlebih awal.

Kandungan luar rahim atau kehamilan ektopia (bahasa Inggeris: ectopic pregnancy) terjadi apabila hasil persenyawaan, atau zigot, tertanam di kawasan luar rahim seperti di tiub Fallopio, ovari ataupun di dalam ruang abdomen. Zigot yang tertanam di pangkal rahim (serviks) juga dikira sebagai kandungan luar rahim. source : here




Tanda-tanda Kehamilan Luar Rahim sebenarnya agak sama dengan kehamilan biasa menyebabkan ramai wanita tidak begitu ambil peduli dan menganggap ia sesuatu yang remeh. Tanda-tandanya ialah:
  • Haid yang lambat
  • Pendarahan kecil selalunya berwarna coklat.
  • Ujian kehamilan positif
  • Pening-pening
  • Sakit pada bahagian bawah perut
  • Sakit pada bahu
  • Sakit yang tajam menikam adalah tanda serius yang boleh menunjukkan yang anda mengalami kandungan luar rahim.
    Sekiranya gejala begini berlaku, korang kena cepat-cepat berjumpa dengan doktor secepat mungkin sebab Kehamilan Luar Rahim boleh menyebabkan kehilangan nyawa jika tidak dirawat dengan kadar segera.

    Sumber :Sini


    Antara risiko dan penyebab mengandung luar rahim ialah :-

    1. Jangkitan di sekitar pelvis oleh kuman-kuman seperti gonorrheoa atau Chlamydia. Kuman ini akan menyebabkan kerosakan pada dinding tiub fallopia yang menyebabkan parut. Ini juga menyebabkan dinding fallopia menghadapi kerosakan dan kehilangan CILIA.

    2. Pembedahan sebelum ini pada kawasan tiub fallopia seperti pembedahan rekonstruktif tiub atau "ikat tiub" boleh merosakkan struktur tiub fallopia.

    3. Pernah mengalami mengandung luar rahim sebelum ini. Terdapat kajian yang menyatakan risiko mengandung luar rahim semula adalah 15% sekiranya berulang kali pertama dan 30% untuk kali kedua.

    4. Pemakaian Alat Dalam Rahim atau IUD mempunyai risiko untuk mengandung luar rahim. Walaupun begitu jumlah kes keseluruhannya adalah sangat rendah, kerana fungsi alat ini yang menghalang kehamilan.

    5. Kecacatan tiub fallopia sejak lahir.

    6. Kajian juga menunjukkan, MEROKOK ketika persenyawaan berlaku mempunyai kaitan utama untuk mengandung di luar rahim.

    7. Ketumbuhan dan penyakit seperti tumor atau endometriosis boleh mengganggu pergerakan embrio dan menyebabkan masalah ini berlaku.

    Sumber : Sini

    Kat bawah ni me cerita mengikut pengalaman me pulak.

    Sebenarnya me lambat tahu me pregnant dan memang masa tu tengah berusaha dengan gigih untuk mendapatkan zuriat yang kedua .Pada minggu ke 6 baru me positif mengandung iaitu minggu kita semua sibuk nak balik beraya. Hari sabtu me gerak balik terengganu dan sepanjang di terengganu me sudah rasa sakit bahu dan sakit belakang seperti nak period tu .Ingatkan sebab me travel terlalu lama dan jauh yang menyebabkan me sakit macam tu. Selepas habis beraya, me pulang ke terengganu sehari awal dari hari bekerja. Pada malam sebelum me kena admit kat wad, me rasa sakit perut macam nak buang air besar, tapi tak pun. Sakit dia memulas-mulas macam kita nak beranak tu. Tuhan saja yang tahu betapa sakitnya. Doktor mula-mula suspek appendiks. Bagi yang pernah kena appendiks, korang tahu la macam mana sakit dia.Hari ketiga di hospital keluar sedikit pendarahan, memang sket sangat lah. Lepas me discharge, esoknya me dapat tanda berikut yang sebenarnya tiub fallopio me dah pecah :-
    • Pitam
    • Pening kepala
    • Denyutan nadi yang laju
    • Tekanan darah yang rendah
    • Sakit pada bahagian bahu (kerana pendarahan di dalam abdomen mengganggu saraf phrenic yang terletak pada diafragma)
    Tiub fallopio me akhirnya telah dibuang disebelah kanan setelah menjalani pembedahan selama 4 jam dan kehilangan darah sehingga 1800 ml. Kalaulah me lambat tiba dihospital, mungkin me sudah tidak dapat peluang lagi untuk menulis dan berkongsi pengalaman dengan korang semua. Innalillahiwainnailaihirojiun....



    Pesanan buat rakan-rakan yang sedang berusaha mendapatkan baby, bila ajer korang buat ujian air kencing dan disahkan positif hamil, plz plz plz cepat-cepat jumpa pakar sakit puan untuk sahkan kandungan korang samada diluar atau didalam rahim.

    Rawatan

    Sekiranya dikesan peringkat awal, rawatan adalah mudah. Ubat yang dinamakan methotrexate akan disuntik ke dalam karung untuk mencairkannya dan membiarkan badan menyerap kandungan tersebut secara semulajadi. Tapi sekiranya kandungan sudah terlalu besar, pembedahan membuang kandungan ini akan dilakukan. Amat penting adalah wanita perlu mendapatkan rawatan serta-merta kerana sekiranya tidak dirawat, ia boleh menyebabkan kematian.



    Thursday, September 29, 2011

    Suri rumah perlu dibayar gaji setimpal, setuju ?

    Hari ni dah masuk hari ke 5 me buat kerja rumah tanpa bantuan my ma yang dah balik Terengganu dengan my Abah last week. Maklumlah masih berpantang, kerja tak berani nak lasak-lasak lagi setakat basuh baju, jemur baju dan sediakan breakfast, lunch dan dinner serta layan karenah my Nuha.Belah malam pulak, my hubby ringankan beban me,dengan mop rumah seperti kebiasaanya lah :)





    Jadi suri rumah penatnya, lagi penat dari me duk ofiz buat kerja programmer,mengadap coding dan betulkan error kat sistem. Mana taknya, celik je mata , maka bermulalah kerja suri rumah dan hanya akan berakhir ketika masuk tidur.So, me rasa bukan calang-calang orang boleh jadi suri rumah sepenuh masa. Me masih tiada kemampuan itu. Cukup lah suri rumah sepenuh masa hujung minggu. .

    So bagi yang bergelar suri rumah, janganlah merasa rendah diri kerana suri rumah pun adalah kerjaya jugak tau!

    Seseorang suami patutnya membayar gaji yang setimpal di atas pengorbanan isteri yang bergelar suri rumah sepenuh masa ni, setuju tak ?



    My little helper, yang kadang -kadang buat tekanan darah me naik kalo dia start buat ragam..hehehehe

    p/s : 

    Penat jugak nak fikir, nak masak apa untuk lunch dan dinner :p



    Wednesday, September 21, 2011

    Menu orang berpantang, menyelerakah?

    Me sekarang menjalani proses berpantang dibawah seliaan my ma. Kalo my ma tak der,  alamaknya me kurang berdisiplin lah gamaknya :p Tapi me malas nak pakai stokin. Minggu pertama jer beria pakai stokin.hahahaha. Rimas seh :p Minyak panas tu kalau rasa banyak angin dalam badan baru me sapu. Keji btol :p Orang tua-tua cakap, dah tua baru tahu kesannya kan :p Degil btol me kan :p




    Ni nak kongsi masakan yang my ma buat sepanjang me dalam proses berpantang ni yang dah masuk hari ke 13. Tapi start Sabtu ni me akan berpantang sendiri lah sebab my parents dah nak balik Terengganu.

    Antara menu berpantang  ikan haruan / ikan selar goreng/ayam kurang minyak sebab tadak pemanggang :p , sup haruan/ayam yang tak ditumis dengan minyak macam rebus ajer tapi letak sup bunjut, kerabu pegaga,gulai kuning ikan haruan tanpa lada tapi banyakkan halia dan kunyit. 

    Menu orang berpantang, menyelerakan jugak kan ???

    Minggu pertama memang me belasah sup ikan haruan sampai naik muak la.
    Lepas tu pandang pun dah tak lalu :p

     Ni nak kongsi resepi kerabu pegaga yang simple oleh my ma. Pegaga ni dikatakan dapat merangsang pertambahan air susu tau.Bagi korang yang nak fully breastfeed nanti boleh la cuba resepi ni.



    Bahan ulaman: Daun pegaga dan daun kunyit
    Bahan tumbuk: lada hitam,bawang merah, ikan yang direbus seperti ikan selayang (sardin) .
    Cara-cara : Potong halus daun ulaman, gaul bersama bahan yg ditumbuk. Jgn lupa garam dan gula secukup rasa. Boleh la dimakan dengan nasi panas-panas.





    Selain ubat hospital , me ada makan kapsul pati haruan sebab me serik dengan pengalaman lampau, pati haruan.hahahaha. Makcik me cakap khasiat dia sama ajer pati atau kapsul so kenapa nak susahkan diri menelan pati haruan tu kan. Kapsul ni RM20.

     Cuba korang share jugak kat sini menu orang berpantang yang menyelerakan ?


    p/s: pic yang tak der watermark credit to google

    Monday, September 19, 2011

    Betul ker makanan hospital tak best ?

    Mentang-mentang baru keluar hospital asyik nak cerita pasal hospital ajer kan. Me dah hampir recover dah ni. Jahitan pembedahan pun nampaknya sudah makin pulih dan kalo batuk/bersin pun tak rasa sakit sangat dah.Rabu ni nak kena jumpa doktor balik untuk rawatan susulan gitu. Hopefully semuanya OK belaka.Terima kasih untuk ingatan dan doa kalian semua :)

    Ni nak cerita pasal makanan hospital swasta la :p Sebab me tak pernah masuk hospital gomen even keja gomen sebab di Shah Alam ni tadak hospital gomen. Bila la Hospital Shah Alam nak siap erkk..

    Betul ker makanan hospital tak best ? Me rasa semuanya bergantung kepada anak tekak kita kot ! Kalo sakit mesti kita kurang selera dan kita rasa semua makanan hospital jadi tak sedap.Sebabnya, masa minggu sebelum aku kena pembedahan tu, aku rasa makanan dia tak der la tak sedap sangat, tapi lepas pembedahan, semua rasa tak best :p hahahaha

     Kalo kat DE*MC, kita boleh pilih menu yang berkenan dijiwa lah kan.

     
     Ni bekas makanan yang disediakan sebelum dibuka...



    Selepas dibuka...

     Salah satu menu yang aku pilih adalah spagetti dan bagi aku , aku boleh bagi 3 out of 5 :)

    Buah-buahan , nyaman :)

    Bagi korang betul ker makanan hospital tak best ? 

    p/s:

    Bila sakit2 ni, ramai yang call dan datang melawat me, sungguh terharu.Thanks kepada semua ofiz mates, blogger mates dan kawan-kawan yang datang melawat me baik dihospital mahupun dirumah.
    Thanks Tina datang semalam :)

    p/s:

    Tak sabar nak masuk kerja balik dengan environment tempat kerja yang baru dan partition baru :)
    ofiz jer la masih sama :p



    Wednesday, September 14, 2011

    Kos Pembedahan Luar Rahim lebih mahal ? | Akhirnya me kehilangan bayi yang dikandung...

    Hari ni hari ke 4 me keluar hospital. Sebenarnya pada hari Khamis lepas, me dikejarkan semula ke hospital dengan ambulans kerana sudah hampir pitam dan sudah tidak mampu bergerak dan doktor cakap kalo lambat mungkin me boleh kehilangan nyawa.Rupa-rupanya me mengandung diluar rahim atau ektopik selain UTI yang mungkin masalah sampingan.

    Kandungan ektopik juga dikenali sebagai kandungan dalam tiub. Ia adalah keadaan di mana embrio melekat di tiub fallopio bukannya di rahim. Tanda-tanda kandungan ektopik termasuk kesakitan yang teruk pada abdomen atau pelvik, pitam dan sakit di bahagian bahu. source : here

    Lebih kurang setengah jam sampai kat hospital dan doktor sakit puan check rahim memang kosong, me terus dimasukkan ke OT dan melakukan pembedahan buang tiub fallopio yang sudah pecah tu yang dah bertakung darah sebanyak 1.8 liter tu. Me pun tak reti jugak nak terang tapi gitulah gynae tu bagitau me.Alhamdulillah, setelah 4 jam me bertarung nyawa di OT, akhirnya pembedahan selesai dijalankan. Terima Kasih pada my hubby yang menemani me sepanjang me dalam OT dan 3 hari me kat hospital.

     Ni gambar yang my hubby amik selepas selesai pembedahan... 








    p/s: 

    Sekarang me dapat cuti sebulan dan my parents yang tolong teman me kat sini dan terpaksa makan macam orang berpantang :p

    p/s:

    Pembedahan ni tak sama macam c-sect, so me boleh mengandung balik selepas 3 bulan . Insya Allah :)
    Doakan ada rezeki kami selepas ini.

    p/s:

    Kos pembedahan adalah sebanyak RM10K ++ ...huhuhu. Seb baik fully covered jugak.
    Dulu beranakkan my Nuha secara c-sect, RM7K ++ ajer :p

    p/s:

    My Nuha masih tidak tahu dia sudah kehilangan adiknya :p


    Monday, September 05, 2011

    Lepas cuti raya, kita honeymoon pulak..Tapi

    Tapi kat hospital. Aku admit DE*MC hari Ahad setelah sakit perut memulas-mulas tak boleh tido malam tu . Mula-mula doktor biasa suspek Apendiks dan kalo kena operate ada risiko keguguran bayi yang dikandung. Air mata laju ajer membasahi pipi. Sedih yang tak dapat dibayangkan lebih-lebih tengok muka my hubby.Bila refer pada pakar, dia kata cuma kencing kotor sahaja sebab kalo apendiks cuma sebelah abdomen kanan sahaja tapi me seluruh abdomen ni. Alhamdulillah. Hari ni doc check cakap dah boleh balik petang ni, Insya Allah.

    KENCING KOTOR

    Jangkitan kuman pada saluran air kencing selalu berlaku kepada wanita yang kurang minum air dan sering menahan perasaan untuk kencing. Pesakit yang baru menjalani pembedahan yang dimasukkan saluran getah ke dalam saluran kencingnya turut mudah mendapat jangkitan.Selanjutnya baca disini.

    Layan gambar erkk.. Biarlah gambar berkata-kata :)



    Tawa dalam tangisan namanya ni...


    Hati menangis tak siapa yang tahu..





    Matching btol handbag aku dengan warna langsir dan dinding tu :p

    Ada astro tapi kena bayar RM10 sehari, aku guna tv biasa ajer..dibawakan oleh HahaHaTV.

    Selamat tinggal DE*MC :p Kalo nak mai lagi, tahun depan lah pulak yer..Bulan 4 Insya Allah..

    Ini toilet dia. Selesa unuk aku :)


    p/s:

    Terima kasih tidak terhingga pada my hubby sebab sanggup bercuti hari ni jaga me :)
    Tq pada staf DE*MC yang tak jemu melayan aku yang kejap-kejap tekan bell :p
     Harap baby yang dikandung membesar dengan sihat dan sempurna. Amin

    p/s:

    Ingat tahun ni dah boleh pecah rekod tak masuk hospital tapi rupanya kena masuk hospital jugak. Merasalah duk hospital baru. Bil tak tahu laa macam mana, kena tambah ker tak sebab tak dapat bilik double(kelayakan sebenar) tapi dapat single room pulak.Sabar jer la..


     

    Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)