Semalam dah tengok baju raya, hari ni kita tengok buaya pulak. hahaha. Ni episod last lah jalan-jalan ke Sabah. Flight kitorang malam tu tapi petang tu driver dah hantar ke KKIA. Maklumlah sabtu kan, diorang pun nak cuti. Apapun terima kasih daun keladi buat 2 driver UiTM yang bawa kami jalan-jalan hari sabtu tu, Encik Hazrul dan Encik Awang. Dah pergi Jambatan Tamparuli, kami bergerak ke Taman Buaya dalam pukul 10 lebih macam tu.
Tiket :
Dewasa RM 10.00
Kanak-kanak ( 4-12 tahun) RM 5.00
Waktu operasi :
Dibuka 8.30 pagi - 5.30 petang.
Pertunjukan Buaya:
Isnin - Sabtu : 11 pagi dan 3 petang.
Ahad dan cuti umum : 11 pagi, 1.30 petang, 3 petang.
Persembahan Kebudayaan:
Isnin - Sabtu : 11.30 pagi dan 3.30 petang.
Ahad dan cuti umum : 11.30pagi, 1.30 petang, 3.30 petang.
Ada banyak replika buaya kat situ. Boleh bergambar sampai lebam
Kami sekeluarga . Eh ada buaya nak geget peha mak la :p
Kalau buaya betul memang tak mampu nak duduk macam ni . Mau dingap ..selamat...
selamat masuk perut buaya..hahaha
Ada kerbau tersesat kat taman buaya..hehehe
My nuha pun nak tunggang kerbau.
Yang ni buaya betul. Baby buaya kot
Masa beli tiket dia kata ada orang bagi buaya makan tapi tak nampak pun. Kami sendiri yang bagi buaya makan . Nampak lapar semacam jer macam tak bagi makan.hahaha
Ada ayam yang diorang letak kat situ kalau nak bagi buaya tu makan. Kena bayar RM2 ada la 3 ketul ayam mentah.
Kat situ pun ada jual barang-barang berasaskan buaya..contohnya
Amik kau..kepala buaya pun ada
Kulit buaya
Keropok kulit buaya ker ni..hahaha
Daging buaya, paha dan ekor pun dijual..Semua dalam peti beku saya tengok..seramm mak.
tapi yang ni kalau bagi free mak terima..dah tak seram :)
RM 6K tak silap beg ni..
Sedang menunggu persembahan buaya. Budak kecik tu tak nak berjalan. Nasib naim pinjamkan sekejap carrier tu . Tq yer Naim dan Nad :)
waktu persembahan
Dah mula dah persembahan.. Ni buaya macam kenyang dah, jalan pun slow motion jer
Dah nganga mulut tu bang.. Sebenarnya kesemua kaki dah dikepakkan untuk tujuan keselamatan
Amboi bang..siap kona baring lagi atas buaya..hahaha
Tengok, digeli-gelikannya tekak buaya tu..nasib tak kena ngap..
Amboi..cium pulak dah
close up sket ..scary mak..hahaha
Dah habis show, kitorang tunggu show kebudayaan pulak kat dalam Rumah Panjang ni
Naik tangga yang mencabar ni dulu :)
Tarian Sumazau
Pentas untuk persembahan
Haruslah posing dulu sementara menunggu persembahan
Anak-anak pun nak tumpang posing
Lepas persembahan, diorang ajak naik menari sekali.Naim dan Am volunteer menari sekali
Jangan terkepit kaki sudah..hahaha
Ni dah lepas persembahan
Jauh pulak gambarnya
Waktu persembahan
Kat dalam tu pun ada taman rama-rama
Terus nak nyanyi lagu rama-rama tadika
Dari Ulat Jadi Kepompong
Tidur Nyenyak Dalam Kelongsong
Cukup Masa Kelongsong Pecah
Pom! Pom! Jadilah Rama-Rama Yang Indah
Rama-rama yang dipelihara
Sebelum bertolak balik, singgah sekejap solat di Masjid Terapung atau Masjid Bandaraya Kota Kinabalu atau Masjid Likas ni. Binaan masjid ini diilhamkan dari senibina Masjid Nabawi Madinah . Sampai sini dulu, lepas ni kita jejak Masjid Nabawi yer sayang :) In sya Allah
Boleh baca selanjutnya kat sini : https://en.wikipedia.org/wiki/Kota_Kinabalu_City_Mosque
Sini pun nak kena posing sebab masjidnya cantik kan..
My Nuha kat dalam masjid
Dari dalam masjid
Cantiknya corak dalam kubah dia..
Ok dah habis dah..Selamat tinggal sabah..semoga ketemu lagi yer :)