Showing posts with label Kuala Lumpur City Centre. Show all posts
Showing posts with label Kuala Lumpur City Centre. Show all posts

Monday, June 14, 2010

Wajib Datang KLCC bila datang KL?

Semalam,bawa anak-anak buah my hubby ke KLCC since sorang anak buah aku tu, tak pernah jejak kaki lagi ke KLCC.Mula-mula my hubby nak bawa pi Sunway jer.Since my Nuha tak pernah lagi bergambar dengan mercu tanda tersohor Malaysia tu, aku insist dengan my hubby pergi KLCC.

Hentian Padang Jawa.
 
my Nuha dah bosan gila.Tak duk diam!

"Komuter tu 'menatang' apa??" kata anak buah ku..alahai.Kesian.So, semalam pergi KLCC menaiki komuter lah.Bagi yang nak pergi KLCC naik komuter, dari stesen Shah Alam, kena turun kat stesen KL Sentral.Dari KL Sentral nak ke KLCC kena naik Putra LRT pulak.So semalam, 2 public transport lah my Nuha dan anak-anak buah dapat try. Dah la komuter delayed satu trip.Hampir sejam lebih baru sampai kat KLCC.Menungga sahaja dah 1/2 jam.Tension btol!!

Dalam komuter, my Nuha tak reti duk diam dan menangis ajak turun.Setiap stop, dia ajak turun.Mencabar tak mencabar?Malu satu hal.Mungkin ini pertama dan terakhir nak ko naik 'menatang' bernama komuter.hehehe.Tips Membawa Toddler Kali Pertama Menaiki Komuter Ada tak?? Sila share yer kawan-kawan.Sharing is caring!

Akhirnya, sampai jua kami di KLCC.So apa lagi? Amik gambar dan cepat-cepat balik.Boleh? Hahaha.Memang pergi amik gambar semata-mata.Seriyes! Lagipun kami keluar selepas lunch dan solat zohor di rumah.Jimat kos!


Cinta Hati aku : my hubby dan my Nuha.
My Nuha yang punyalah mengamuk tak nak amik gambar.

 Tak reti duk diam, Taman KLCC
 Amik gambar sampai lebam sebelum pulang!!

Solat Asar di hentian KL Sentral sambil minum petang di restoren makanan segera berasal dari Kelantan, Mek Di :p  (psst : kata ganti nama untuk perempuan di kelantan, di panggil Mek apa..hehehe)

Lepas tu, balik lah.Mujur, perjalanan pulang lebih smooth sebab kami naik express Komuter yang berenti di stesen terpilih sahaja.Nyesal tak bawak nursing cover, sebab my Nuha melalak bagai nak rak, menjerit nak nenen dalam komuter.Nasib baik dia cakap nak 'Bek' iaitu bahasa rahsia yang aku ngan dia ajer yang faham.Hahahaha.

Dalam komuter pun suh Abah garu perut dia :p

Korang rasa KLCC tempat wajib lawat ke bila datang KL untuk kali pertama???
Atau tempat lain? Apa yer?Sila la berkongsi pendapat pendapatan :)

pssst  : umah aku dah ada peti ais baru!! hahaha.

1st Makhluk Tuhan Paling Sexy Komen Semalam:

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)