Showing posts with label JJCM Terengganu. Show all posts
Showing posts with label JJCM Terengganu. Show all posts

Tuesday, March 31, 2015

Akok Open, Paka , akok terbaik dari ladang

Kalau balik terengganu, memang tak pernah lupa beli akok. Ada banyak tempat jugak jual akok di Paka ni. Salah satu tempat kegemaran beli akok adalah kat bawah ni lah.Sebenarnya, kedai akok ni kepunyaan kawan sekelas menengah my hubby, Kak Fizan.Resepi akok ni dari nenek dia. Resepi turun menurun gitu lah kekdahnya yer.Selain Akok terengganu, ada jugak dijual akok nisan (  akok style kelantan) , kuih beker ( bingka) , kuih bakar dan kuih bahulu ( gula dan nisan) . Nisan tu gula melaka bagi yang tak tahu.




http://www.instantstreetview.com/@4.652692,103.41999,57.88h,-16.92p,0z



Kalau buka, macam ni la rupanya yer. Yang kat google street view tu gerainya tutup 



Kalau nampak banner ni, dekat dah tu nak sampai Akok Open :)

Siap dengan pandangan depan lagi ni, kalau salah jugak tak tahu lah yer 


Ni dia tokey Akok Open kita . Kak Fizan dan suaminya. 

Akok Nisan 1 pc 60 ¢


Beker ( bingka)  2 pc RM1


Kuih bakar 5pcs RM2


Akok Terengganu pun 1 pc 60 ¢

Ni lah akok terengganu kegemaran kami:) Sedap, lembut dan tentunya manis sesuai untuk orang yang manis :) Kat shah alam dan sekitar memang tak pernah jumpa yang sedap gini. 


Waktu operasi : 8.30 pagi sampai habis akok

Kalau nak mudah, boleh call/whatssap untuk buat tempahan kalau tak nak kecewa

0136115740/0129260470 (call/whatssap)

Facebook : https://www.facebook.com/azmi.ahmad.39904

My Nuha & Nayla | Aku Bukan Chef

Monday, October 13, 2014

Dinner Roti Tempayan @ Roti Tempayan dan Masakan Panas, Kerteh

Bila balik terengganu mesti tak lepas dengan episod jalan-jalan cari makan untuk tatapan pembaca elissmie.com. Kali ni kita pekena roti tempayan pulak yer. Sebelum tu kami ke Pantai Kemasik tapi sekejap ajer sebab turun rumah agak lewat. Tapi my Nuha pergi dulu dengan kereta Ayah Ngah dia so sempat lah dia mandi manda dengan sepupu-sepupu dia.Kemain seronok dia tu.


My Nuha gembira dapat mandi pantai

Jom pulang ke pangkal jalan..hehehe


Otw balik ke rumah my MIL, singgah untuk dinner di Roti Tempayan dan Masakan Panas, Kerteh .Kedai ni sebelum Balai Polis Kerteh.


Ini kedainya. Amik kat Google Street View .  http://www.instantstreetview.com/1rxw2az5duum1z56mzoez4q


Signage waktu malam

 
My Ngah tapau untuk diorang makan kat rumah my ma. Malam tu giliran tidur rumah my MIL so makan terus kat situ lah.


Saya pekena Roti Tempayan dengan Kari Ayam RM 6

My hubby pekena roti tempayan dengan Kari Kambing RM 8


My Nuha makan nasi dengan gulai ayam RM5



Agak-agak sedap ker tak sedap roti tempayan ni ?? Biar gambar yang bercerita...hahaha

Korang suka makan roti tempayan??



Wednesday, October 23, 2013

Warung Aziz Satar @ Kuala Kemaman, Terengganu

Hari ni JJCM @ elissmie kita makan lite-lite ajer yer. Kali ni makan kat Warung Aziz Satar yang terletak di Kuala Kemaman, Terengganu. Masuk simpang sebelum Masjid Geliga dan perhentian bas kemaman tu lepas tu jumpa simpang , amik kiri. Kedai ni terletak disebelah kanan. Kedai ni bukan kedai pelakon veteran tu yer. Tak tahu la Aziz ni bin Satar atau sempena dia jual satar kat kedai dia.


 Harus tayang muka mak yang kembang setaman ni. Ok salahkan ubat darah tinggi sebab effect dia boleh buat kaki dan muka kembang macam ni.hahaha. My Nayla pun dah tak sabar nak merasa laksa tu.
Saya pekena laksa kuah putih tapi tak berapa umphh. Saya buat sendiri lagi best . Berlagak.hahaha

 Sotong celup tepung bukan cekodok sotong yang biasa kelihatan di restoren sekitar KL dan selangor .
Yang ni lazat sungguh. Nanges tengok.Terliur lagi :(
RM 10

Hubby makan mee calong . Mee ni kuah dia sup tapi mee tadi di celur sebentar dalam air panas.RM4

 Hubby duk pekena sotong celup tepung. Kat warung ni pun ada jual nasi putih dan lauk kampung. 
Ikan bakar pun ada.

 Yang ni kami tapau makan kat rumah mentua. Satar, otak-otak dan pulut lepa (pulut panggang).


Korang suka makan satar dan otak- otak terengganu ?



Tuesday, June 18, 2013

Permergian bapa saudara , Hotel Bajet | Seri Kemaman Inn, Kemaman

Saya mohon sedekahkan Al-Fatihah ke atas bapa saudara saya di Kemaman yang telah kembali ke rahmatullah pada pagi Jumaat lepas.Takziah buat mak cik saya dan keluarga atas kehilangan tersebut, semoga tabah menempuhi kehidupan seterusnya. Sesungguhnya MATI itu PASTI dan tidak boleh ditangguhkan walau sesaat sekalipun.Al-Fatihah.



Bagi yang mencari hotel bajet di Kemaman, boleh la menginap di Seri Kemaman Inn. Sebenarnya lokasi hotel ini berdekatan dengan rumah makcik saya. Memandangkan fikirkan my Nayla yang tak tahan panas ni, kami menyewa kat sini buat satu malam .Keesokannya kami pulang kerumah ibu mertua.Tapi malam tu, my Nayla 3 jam menangis tanpa henti. Rasanya ada 'sesuatu' ikut dia. Sebab petang tu pergi ziarah kubur bawak dia sekali. Tok Ki dan Tok Ji dia sekali tak tidur .Last-last pukul 2 pagi berhenti dan letak yassin kat tepi dia  baru ok.Tido sampai subuh . huhuhu



Hotel ni cuma dua tingkat ajer so kenalah menapak untuk naik ke bilik hotel. Kalau kat bawah cuma ditempatkan bilik-bilik standard sahaja. Bertabahlah . 


Ni lah bilik kami. Deluxe Room. Kemudahan basic sahaja .Nama lagi hotel bajet kan. Yang penting bersih. Tu paling mustahak kan. Wifi dan Astro pun ada dan yang paling penting aircond.Iron dan kettle kena request . Check in dan check out 12 pm.Prosesnya cepat ajer.


Almari dan meja solek disediakan.

 Water heater pun ada.


Toilet bersih cuma sempit jer la.

Pagi tu pekena nasi minyak gulai ayam 

Dan nasi dagang. Semuanya sedap :)  

* Breakfast di taja oleh my Long. Terima kasih Long.

 Harga bilik hotel ( * memang tiada breakfast)
Standard RM 60 / semalam - 1 katil single
Deluxe RM 90 / semalam - 1 katil king
Superior RM 130 / semalam - 1 katil king 1 katil single
Family RM 150 / semalam - 2 katil king


Seri Kemaman Inn 
Alamat : Lot 12605, KM 1, Jalan Air Putih,
24000 Kemaman, Terengganu
No Telefon : 09- 859 1511
No Faks : 09-859 1512


 Tayang budak yang 3 jam menangis marathon :p

My Nayla with Muhammad Yazid Yuuki, cucu Arwah yang kedua. 


 
Misi diteruskan dengan  ICT (Ikan Celup Tepung) dan  keropok lekor  @ Pantai Paka


Air jagung. [ close up ]

Harus gambar suami isteri yang meninggalkan anak-anak kat rumah ibu mertua :p 
Dating pertama 2013 ;p


Ni celup tepung udang dan sotong @ di Warung Aziz Satar , Kuala Kemaman pulak . 

 Satay ikan 
Ketupat sotong

Laksam

Pernah sampai kemaman ?






Friday, September 28, 2012

Tak Sah ke Terengganu kalau tak pekena Celup Tepung !

Alhamdulillah, akhirnya boleh jugak merasa ikan dan sotong celup tepung masa balik Terengganu minggu lalu. Masa raya tak merasa sebab kebanyakan gerai tutup sampai seminggu. Sakan beraya yer kak kiah :)Kami ke pantai kat area paka tu jer sebab dekat ajer dengan rumah my MIL. My SIL pulak rumah berdepan dengan pantai tu.  [ Hai kak chik :) ! ]  Kami ke warung biasa kalau ke Pantai Paka ni , pernah review dulu kat [ entry ni - klik ] dan [sini - klik ]

Anak buah my hubby dah cakap jom ke pantai sebab air tengah surut. Tapi hubby tak perasan pulak. Bila sampai baru tahu air skang tengah surut. My Nuha tengok ajer pantai dah tak menyempat dah nak ajak pi pekena celup tepung kat gerai. Dan dan cakap kenyang. So, kami lepaskan dia pergi main pasir dengan sepupu-sepupu dia.


So, marilah kita menjamu selera berdua secara romantik :p Siapa lagi, dengan my hubby jer la. Sedang asyik dan masyuk kami nak makan, tiba-tiba hujan pulak tapi rintik-rintik. Anak-anak berlari ke gerai yang kami tengah makan tu :p Potong stim nak beromantika amour :p Layan gambar makanan jer la yer :)


Ini menu celup tepung yang kami makan. Ikan Celup Tepung dan Sotong Celup Tepung.
 Ikan tak silap RM3-RM4 seekor. Keropok lekor RM2.

 My all time fav to the max. Sotong Celup Tepung. Syok habis , siap ada telur sotong lagi. RM8 seekor.
Kat sini memang menangis nak cari tak jumpa kecuali ke Jeram ;p


 Jemput makan semua ! hehehe. Tak lupa  pekena air our all time favourite to the max, 
Air Jagung ( Air Jagung + jagung manis + aiskrim + susu)

 

 Bestkan tempat kami makan. Betul-betul mengadap pantai ok !

 My Nuha dibawa ketengah laut. Tapi nak sampai ke tempat surut tu boleh tenggelam dia :p
 So kena dukung.Nasib baik sepupu dia nak dukung dia yang 17 kilo tu :p
Kemain seronok lagi dia kat tengah tu :p

Operasi menenggelamkan nuha.
 Balik semua duduk atas plastik sebab takut seat kereta basah ! hahaha

Korang suka tak celup tepung ni ? Menu wajib ke Terengganu tak selain keropok lekor ??


Nak beli tupperware dengan harga ISTIMEWA , bole dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)