Showing posts with label JJCM Petaling Jaya. Show all posts
Showing posts with label JJCM Petaling Jaya. Show all posts

Wednesday, May 22, 2013

American Fried Rice @ Black Canyon ,Centre Point Damansara

Hari ni JJCM @ elissmie.com bawak korang lunch di Black Canyon, Centre Point Damansara. Sebenarnya ni lunch masa training kat Damansara hari tu. Hari tu tekak rasa nak makan nasi, so saya order American Fried Rice. Amerikaaa sangat kan . Ad pulak order Tom Yum Kuey Teow.

Ayam goreng dia lembut dan juicy. Nasi goreng kosong ajer tapi cukup rasa  macam nasi tomato pun ada rasa dia dan nasib baik ada pelengkap telur mata, sosej, turkey ham dan sayuran .


Ice Lime Juice

Ni set penjimatan yang ada. RM12.90 ++

Ruang makan yang selesa  . Servis pun ok .

 Partner lunch , Ad

Total : RM15++ ( Ada kupon so, kena top up RM5++ ajer)


Korang pernah cuba makan di Black Canyon ?

  
Black Canyon
Lot G-3 & 4, Ground Floor, Centrepoint Bandar Utama,
 No. 3, Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, 
47800 Bandar Utama,Selangor
Contact    03 7726 4328 Fax: 03 7727 4329

My Nuha | Aku Bukan Chef

Tuesday, July 10, 2012

Baked Beef Ragu @ Kitchen Creatures PJ

Tak habis lagi cerita pasal voucher makan free yang saya dapat masa training ColdFusion kat PJ hari tu. Ni kiranya last la episod jalan-jalan cari makan elissmie di PJ yer :) Lepas ni , kita cari makan area Shah Alam atau Klang jer la. Tak pun Kuala Lumpur ;p Sebut Kuala Lumpur, hujung minggu ni saya nak pergi amik PAVLOVA yang saya tempah dengan Irma tu :)


Sepatutnya pada hari kejadian ni, kami nak makan Subway yang beli satu percuma satu tu kan, tapi punya lah ramai umat manusia yang beratur kat situ, dari pagi membawa ke tengah hari. So, kami cancel la agenda makan di Subway dan memilih tempat makan yang sama pada minggu sebelumnya iaitu, Kitchen Creatures. Bezanya, dulu kena bayar sendiri , tapi kali ni kami ada voucher makan ! 


 Saya order Baked Beef Ragu . Dalam dia ada pasta dan part yang paling best adalah cheese yang dibakar atas tu. Teringat-ingat sampai hari ni. Kuah dia macam kuah spagetti biasa tu cuma, lebih pekat saya rasa.Memang banyak betul portion untuk satu pinggan ni.Padan lah dengan harga RM15.

Dan saya pesan Iced Lemon Tea, RM5.90

p/s:

Memandangkan voucher cuma RM10, so saya kena tambah dalam RM 10 ++ . Save lah sket budget.

Korang pernah ke makan  Baked Beef Ragu ni ?


Alamat :
Kitchen Creatures 
Lot F110, Centre Point,
3 Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tel : 03-7729 8039
Email : kitchencreatures@gmail.com





Wednesday, July 04, 2012

Dah cuba KFC Flaming Crunch? Pedas sangat ke?

Minggu lepas,dapat voucher makan KFC percuma kan, so berpeluang mencuba menu baru di KFC. Saya pesan menu FC Snake Plate Combo. Cuma kena tambah RM2.85 sahaja :) Save budget mak ! Masa saya gigit bahagian kulit ayam tu, terasa kepedasan dia, lagi pedas dari hot n spicy tapi bila rasa ayamnya, tidaklah sepedas mana. Mungkin adunannya tidak diperap lama sebab tidak sebati , rasa kulit dan isi ayam memang berbeza.Tapi ok lah, saya pun tak suka sangat pedas-pedas ;p Kan, mahu berlaku lagi tragedi basuh ketam seperti dirumah my MIL dulu ;p Tapi ayamnya kurang berminyak berbanding hot n spicy. Bagus jugak !


Voucher yang saya dapat RM10. 



Harga hidangan ni RM12.85 termasuk tax !


Apa pendapat korang pulak tentang KFC Flaming Crunch ?


Centrepoint Bandar Utama
G115, Ground Floor Centre Point,
Bandar Utama Petaling Jaya 46000 Selangor

Kalau korang berminat nak beli Voucher KFC online, klik sini :www.myonlinevoucher.com.my

p/s: 

Lepas ni bakal bergelar programmer ColdFusion lah pulak nampaknya yer :)



 

Friday, June 22, 2012

Kitchen Creatures @ Centre Point, PJ ala-ala secret recipe

As salam semua. Salam Jumaat gitu kekdahnya. Semalam tak sempat nak tulis blog sebab tengah concentrate facebook, eh belajar :p ColdFusion lagi sekali.Dan sampai sudah tak jumpa Aaron Aziz macam hari tu tapi jumpa lah beberapa celebrity yang tak berapa nak famous amous :)



Masuk-masuk ofiz ajer cerita pasal jalan-jalan cari makan di elissmie. Nasib lah korang yer sebab sesekali terlepas kandang (tidak berada di ofiz selama 2 hari ) so boleh lah bertukar selera harian kan. Sempat lah try kedai makan yang ada dalam Centre Point ni. 

Disebabkan kitorang dah breakfast berat pagi tu dengan nasi lemak , so tengah hari kitorang nak makan ringan-ringan lah. Kitorang tengok voucher makan tu ada tempat makan Kitchen Creatures, so berpusing lah dalam tu cari kedai tu. Sebelum ni, tak perasan pulak kedai ni. Disebabkan kami tumpang kursus orang, so kena la bayar sendiri dan tak guna voucher lah tapi harga makan boleh tahan jugak lah. Kalau ada voucher, lagi save :)


Ni deko dia. Memang nampak ala-ala secret recipe bila masuk dalam tu. 
Kena lah dengan tagline dia,  Casual Western Dining !


Menarik pulak tengok bola-bola lampu ni. Tapi tak semua lampu menyala :p


Harus la tuan belog kena enterframe dulu


Dan haruslah kemudiannya ,  partner in crime :)


Saya order Vegetables Spring Rolls , ala popia sengkuang dengan carrot jer kekdahnya :)
 RM5.80. Sedap jugak ditambah dengan sos cili thai. Lagi terangkat .
Kalautak panas, satu mulut ajer boleh masuk :p Kecik-kecik cinonet ajer.

Dan Strawberry Float RM7.80.


Kat situ ada macam-macam lagi menu yang boleh diorder dan memang makanan memang ala-ala western. Ada pizza, pasta ( dari RM10- RM20) , burger, chicken chop  dan macam-macam lah :) Lain kali boleh cuba makan kat sini.
Rating 4 / 5.

Korang suka ke makan makanan western ? Apa yang paling korang suka ?


Alamat :
Kitchen Creatures Lot F110, Centre Point,
3 Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya
Tel : 03-7729 8039
Email : kitchencreatures@gmail.com



p/s: Sedapnya kalau dapat pekena aiskrim Solero ni lagi hari ni. Kat luar dia lime, dalam dia vanila. Memang nyaman untuk ibu-ibu mengandung lemak atau baby :)


Beli tupperware dengan harga istimewa, boleh dapatkan disini [ klik laju-laju]
Basuh kereta di Tip Top Spa Auto Service, Seksyen 7, Shah Alam. [ klik laju-laju]
Baju kurung cotton, polka dot pun ada, klik sini. [ klik laju-laju]



 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)