Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Hari ni jauh sikit kita JJCM yer sebab last week kami ke Port Dickson. Mesti la kena try makanan nogori kan. Masa kitorang tengah cari tempat my Nuha nak beli souvenier untuk kawan-kawan dia, my hubby ternampak kedai Itik Salai Masthar Port Dickson tu. So aim makan kat situ lepas dah settle beli souvenier my Nuha tu.
Kat kedai ni bukan sahaja ada itik salai, tapi ada jugak puyuh, keli, ayam dan daging salai. Ulam-ulaman pun pelbagai. Saya suka macam ni . In sangat dengan citarasa gitu. Sekarang kan tengah suku-suku separuh. Mudah sangat separuh tu buh ulam banyak-banyak.
Mestilah pekena signature dish diorang iaitu Itik Salai Masak Lemak Cili Padi. RM 7
Pilihan ulaman yang my hubby pilih.
Beli 2 mangkuk itik salai. Anak-anak makan ayam goreng. Tak pedas sangat sebenarnya. Anak-anak boleh makan .
Tukang cadang
cap ibu dan anak
ok baru nampak nasi. hahaha
Nawfa makan keropok jer la dulu. hahaha. Ada pulak orang jual kat situ
Total burst hari tu. Jumlah bawah tu sebelum kami tapau Itik Salai Masak Cili Padi dan Itik Salai Goreng . Siap tapau untuk dinner.
Ruang makan besar jugak sebab kedai lain tak buka so boleh makan kat kedai lain
Tempat dia macam food court
Tempat ambil makanan. Tengok ulam dia. Memang heaven
Nampak label ni la dari tepi jalan
Ben Amir pun pernah makan kat situ. hahaha
Diorang tengah salai itik kat situ
Jom pekena menu-menu diorang. Kompom tak nyosaa ( pandai tak mak cakap nogori? haha)
Itik Salai Masthar Port Dickson
Saujana Walk Batu 4 Jalan Pantai
71050 Port Dickson
Waktu operasi : 11am-5pm kecuali Selasa
Lokasi di sebelah Baden Baden Bundle
Facebook : https://www.facebook.com/ItikSalaiMastharPD/BENARKAH KEMATIAN ITU SATU UJIAN
Rujuk Sumber Asal : http://bit.ly/matiujian
Album Infografik : http://bit.ly/albumphf