Showing posts with label JJCM Klang. Show all posts
Showing posts with label JJCM Klang. Show all posts

Wednesday, January 25, 2017

Nasi Kerabu Sotong Besar di Restoren Nasi Kukus Sotong Besar , Klang

Korang dah makan tengah hari ke? Dah petang pun kan. Ni kiranya entry tertunda. Dah lama dah ni rasanya tahun lepas lagi. JJCM @ elissmie kali ni pekena makanan selera pantai timur. Rasanya dah ramai penggemar makanan selera pantai timur. Maklumlah orang pantai timur ni suka berniaga , rasanya setiap negeri pun ada jual makanan dengan selera pantai timur. Kali ni kita cuba makan di Restoren Nasi Kukus Sotong Besar. Selain Nasi Kukus, Nasi Kerabu dan masakan panas yang lain pun ada. Harus cuba Nasi Kerabu Sotong Besar. Kambing bakar pun ada.



Portion nasi memang sesuai untuk yang berdiet. Tapi tak boleh makan malam dah la. haha
Rasa boleh tahan tapi kalau buat tumis budu lagi syok ni . 

Nasi Kerabu biasa RM 3.50 



Digandingkan dengan Sotong Celup Tepung . Tepung dia macam ayam gunting tu. Sotong Celup Tepung yang bukan cekodok sotong yang biasa dihidangkan di kedai Tomyam sekitar Shah Alam dan Klang tu yer. 

RM 11.50 


Ni repeat pulak untuk menu minum petang weekend lepas . 
Makan Sotong Celup Tepung ajer. Kalau kat terengganu sekarang sekor sotong celup tepung dah cecah RM15 seekor. 


Tengah tunggu makanan


Tak sabar nak makan


My hubby yang ajak minum petang kat sini sebab teringat Sotong Celup Tepung masa mula-mula makan hari tu


Berebut-rebut lah makan. Kebetulan datang lepas hujan pulak. Memang rasa lapar. Sampai tak cukup 2 pinggan sotong. hahaha


Nyumm.. makan dulu yer.. Jemput tengok 


Total burst minum petang


Map : Klik untuk pembesaran berganda


Restoren Nasi Kukus Sotong Besar
2 Jalan Harmoni 2A/Ku3
Kristal Klang Commercial Centre
42100 Kapar, Selangor
Malaysia

Masa Operasi :
12.00tghari - 11.00mlm

No Tel :
03-3358 8255

Web :
https://www.facebook.com/nasikukussotongbesar

"Dan apa saja kebaikan yang engkau sekalian kerjakan, maka sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui." (al-Baqarah: 215)

Tuesday, May 03, 2016

Warung Kambing Bakar Sahara, Meru , Klang

JJCM @ elissmie kali ni kita terjah warung yang tengah viral hari tu Warung Kambing Bakar Sahara yang terletak di Jalan Kasim Meru .Kami pergi selepas dah habis viral dah rasanya ni tetap jugak ramai lautan manusia. Mesti sedap lah kan kalau macam ni punya gaya. Nak masuk parking pun dah bersusun. Nasib baik parking dia memang luas.



 Menu yang ada di Warung Kambing Bakar Sahara 

Ruang parking yang ada 


Ruang makan

Kami datang dalam pukul 8 malam tapi sebelum tu memang kami siap-siap order sebab kawan saya cakap kalau tak kena menunggu lah. Mula-mula kami sampai, memang tak ada tempat kosong nak makan padahal punya banyak meja kat situ. Lagi satu mungkin malam minggu kan.Kitorang pergi malam sabtu. Lepas tu, kitorang suruh diorang tapaukan. Sekali sudah jer tapau ada pulak meja. Terus kitorang amik pinggan makan kat situ. hahaha

Si hantu kambing, my Nayla. Mau tak hantu, masa mengandung dulu asyik makan kambing kot. hahaha. Daging bakar campur kicap dia memang terbaik. Daging pun tak liat. 

Ni bapak hantu kambing. hahaha. Dia lagi hantu dari hantu kambing tadi la..lalariksss..

Isteri bapak hantu kambing tadi. Tak pandang kiri kanan dah..Sorry..camery shy ! :p 
Walaupun darah tinggi, saya boleh pulak makan kambing yang selalu dikaitkan dengan daging kambing. Daging kambing tak bersalah kan. 


My Long. Kak Long tak nampak pulak. 

My Nuha pun suka jugak tapi dia lagi suka sup ekor lah. Nampak tangan jer Mak Longnya..
Meja sebelah tu sama datang dengan kitorang tapi diorang tak order dulu agaknya sebelum datang, makanan diorang tak sampai-sampai lagi even kitorang dah habis makan. 

Pinggan cilok kat facebook. Kitorang memang order 5 set kambing bakar tapi sebenarnya 3 set pun dah cukup makan 4 dewasa dan 2 kanak-kanak ni. Siap bawa balik makan kat rumah pulak lepas tu tapi boleh habis lah sebungkus tu sebenarnya.hihihi 


Untuk Tempahan kambing bakar / Ayam penyet : 

012 943 4664

Warung Kambing Bakar Sahara  Jalan Kasim , Meru , Klang
Waktu Perniagaan : 11 pagi - 12 malam 



Korang suka makan Kambing Bakar tak ? 

Daripada Anas RA, satu ketika dia berjalan melalui kumpulan kanak-kanak lalu dia memberi salam kepada mereka dan dia berkata : “Bahawa Rasulullah SAW sentiasa lakukan seperti yang aku lakukan ini (iaitu memberi salam kepada kanak-kanak).”


(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Friday, April 08, 2016

Nasi Manggey, Air Kelapa Baldi dan Coconut Shake @ Warung Kita, Bukit Raja

Kali ni JJCM@elissmie ke Warung Kita, Bukit Raja setelah ditag di facebook dengan jayanya oleh Zira kepada semua ahli pakatan. Cawangan Utamanya di Sungai Buloh. Apa yang best sangat tu, moh ler kita cuba. Kalau di Sungai Buloh kena beratur panjang nak amik nasi Manggey ni tapi di Bukit Raja kena beratur jugak tapi tak ada lah panjang sangat atau masa kami sampai masih tak ramai orang sebab baru pukul 1. Eh :p hahaha


Dah beratur amik nasi Maggey yang diorang dah siap bungkus kat tepi,  order air dan bayar kat sini dulu yer. Lupa nak snap gambar tengah beratur amik nasi tu . hahaha


Air yang dipesan terus dibuat tu ha...Tunggu kejap. Air Kelapa Baldi tu dah ada kat depan, tinggal dia buh ais jer. 



Bismillah..kita makan dulu Nasi Manggey. Lebih kurang sempoi macam Nasi Kak Wok jugak. Bagi peminat Nasu Kak Wok No 1, Kak Yat, lain la rasa rempah Nasi Kak Wok. Tapi sedap jugak la kan. Dah habis sebungkus even pagi tu baru makan nasi kerabu Azam. 
RM 4. 50 

Saya minum Coconut Shake RM3.00
Kalau orang paka dan sekitarnya, rasa macam Coconut Shake Usop Burger.hehehe

Ni Kak Yat punya. Dah habis baru ingat nak amik gambar. RM 3.50 . Satu biji kelapa muda rasanya ni. Rasa pun tak over gula. Sesedap rasa. 

Tukang tag dan tukang bawa


Wajah empunya blog sebesar talam matcham biasa


Air Kelapa Baldi 


Harga makanan kat situ. Kuah nak asing boleh bawa bekas sendiri. Bagus konsep ni .



Dari hadapan kedai..

Dari Tepi Kedai 


Alamat : No 55 Jalan Mahkota 1, Taman Mutiara Bukit Raja 2
Waze : Warung Kita Klang.
Infoline : 019-930 4171
03-33624625
Facebook: https://www.facebook.com/Warung-Kita-835358963181046
Waktu Operasi : 7 pagi-7 malam SETIAP HARI

Korang dah pernah cuba ke Nasi Manggey ni ? 

Solat Sunat yang Mengiringi Solat Jumaat Daripada Ibn Umar RA, “Bahawa Nabi SAW tidak akan bersembahyang setelah selesai sembahyang jumaat sehinggalah balik ke rumahnya, kemudian Baginda sembahyang sunat dua rakaat di rumahnya”. (Hadith Riwayat Muslim)

Wednesday, September 10, 2014

Dinner @ Pak Nik Nasi Bubur , Jalan Haji Sirat, Klang

Hari ni episod JJCM @ elissmie.com makan berdekatan dengan rumah ajer . Dulunya kedai ni memang kedai all time favourite kitorang kalau nak makan dekat-dekat rumah tapi diorang tutup sebab tukang masak diorang balik Thailand tak balik-balik dah.Sekarang disewakan pulak kepada owner baru. Dia renovate kedai ni , baru nampak semenggah sket . hahaha. Dulu memang tak semenggah dan tak pernah buat review sebab kedai pun buruk tapi kami datang sebab makanan best.


Inilah kedainya..Betul-betul sebelah jalan. Parking pun senang

Close up sket nama kedai

My Nuha nak makan bubur nasi dengan ayam goreng dan bunga kobis. Bunga kobis tu ada sekali cili potong. Dan kicap disediakan. Memang kena lah dengan tekak saya bubur nasi tu. 

Ruangan bubur nasi..

Pilihan yang ada untuk digandingkan dengan nasi bubur.
Ada banyak pilihan sayuran, ikan masin , ayam dan  telur masin. 

Cubaan mencilok bubur nasi my Nuha . Tengok my Nayla tu dah tak sabar nak makan..hahaha


Selain bubur nasi, masakan panas memang ada jugak lah bukan bubur nasi semata-mata. Mungkin bubur nasi ni signature dish kedai ni. 

Saya order Nasi putih dan  Tomyam Seafood dan hubby Nasi putih dan Sup Daging ker ekor. Lupa lak..hahaha.Tapi dua-dua sedap sebab licin semangkuk sorang ;p 
Ada jugak kerang bakar dan Otak-otak 

Ruang makan..Simple jer.

My Nuha sempat posing depan kedai lepas makan , 


Map ke Pak Nik Nasi Bubur ( bertanda merah) berhadapan dengan Mahkamah Rendah Syariah Klang.

Korang suka makan Nasi Bubur ? 

p/s:




Wednesday, June 04, 2014

Hari terakhir di UiTM Shah Alam , Farewell @ Kenny Rogers Roasters, AEON Bukit Raja

Bukan saya hari terakhir. Tapi ofiz mate, Sabariah yang berhenti kerja untuk memikul sepenuhnya menjadi suri rumah tangga setelah 10 tahun bekerja di UiTM. Bak kata boz saya, saya tidak mampu. Saya pun rasanya tak mampu jugak boz. Bukan calang-calang orang mampu jadi suri rumahtangga sepenuh masa ni. Tabik spring kat Sabariah :) Hai buat apa tu ? Happy anniversary anyway, semoga bahagia till jannah :)



At Kenny Rogers Roasters, we want you to be healthy kekdahnya :p

All time favourite punya pilihan , 1/4 chicken dan 3 side dish dapat percuma muffin

trademark :p


Ni pilihan saya. Jemput makan :) 

#selfie lah sangat

'
With yang diraikan....Sabariah . Yang lain tak nak berhenti kan ? lalariksss

Antara yang hadir memeriahkan suasana :)

Ruang makan dalam KRR yang selesa

Berposing kat luar pulak. Terima kasih staf KRR yang amikkan gambar kami

Sempat lagi :p

Ni pulak hari terakhir Sabariah di UiTM...

Punch yang terakhir di UiTM. Sayonara !! Hari raya jangan lupa ajak pi rumah terbuka..Dekat jer pun PJ tu kan..hehehe

Korang ada cita-cita nak jadi suri rumah tangga ? atau sura rumah tangga ?  

p/s: 

Saya pun teringin jugak tapi keadaan masih tidak mengizinkan...


 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)