Welcome August ! Hari Ahad lepas, 2 Ogos 2015 genaplah usia puteri sulong kami yang ke 7. Teman bergaduh ku siang dan malam, kuat merajuk dan suka dengki kat adik sebab cemburu Ummi asyik lebihkan adik jer. Tapi anakku, ketahuilah Ummi menyayangimu seluruh jiwa ragaku.. Kaulah nyawa, kaulah penawar suka duka..Semoga menjadi anak yang solehah yang dapat bawa kami ke Syurga Ilahi..In sya Allah.
Hadiah hari lahir tahun ni, hadiah sendiri beli. Cukup duit dia kumpul baki belanja sekolah dan duit raya nak beli tablet sebab tablet yang dulu dah rosak. Result exam hari tu menepati sasaran so boleh la dapat hadiah idaman .Belikan Asus Fonepad 7 kat Lazada, semoga cepat lah sampai . Tak sanggup nak dengar hari-hari tanya bila nak dapat tablet dia.hahaha
Terima kasih Maklong dan Ayah Long sponsor kek birthday.
Maklong dan Ayah Long buat surprise :)
Tiba-tiba datang rumah bawak kek dan hadiah :)
Terus pakai jam hadiah dari Maklong dan Ayah long
Haruslah la Mak tumpang bergambar, gila glemer :p
My Nayla pun terselit sebelah kakak..Nasib tak berebut nak potong kek :)
Tak sangka, dah 12 tahun menyintaimu sayang and still counting ...
2. 8. 2003 - 2.8.2015
Hadiah untuk my hubby pendrive Iron Man ni. Hadiah sampai kat ofiz dia tapi terpaksa bohong sunat cakap bukan barang sendiri, barang Ad. hahaha
Korang ada hari istimewa jatuh pada bulan Ogos ni ?