Showing posts with label Hantaran:). Show all posts
Showing posts with label Hantaran:). Show all posts

Thursday, May 11, 2017

Pemborong Barangan Perkahwinan,GM Klang

Ni cerita tak tahu lah berapa minggu lepas ni. Masa tu Nina, anak buah my hubby datang rumah. Kebetulan dia nak cari barang-barang yang masih tak cukup untuk dia nak deko hantaran dia .Dia nak nikah bulan Ogos nanti.  Mula-mula kitorang cari kat kedai barang perkahwinan Jalan Meru tu tapi tak ada . So lajak terus lah ke GM Klang esoknya. Pemborong Barangan Perkahwinan kat GM Klang ni yang kat sebelah bangunan GM Plaza tu kat blok C. So senang, tak perlu bersesak kat dalam.Lama gila tak pergi GM Klang. Kali terakhir pun dah tak ingat bila. 



Sekarang ni bermula 1 April 2017 waktu operasi  untuk Blok C sahaja bermula 10 pagi sampai 10 malam. Yang mana nak cari barang perkahwinan tu boleh la shopping sampai lebam. hahaha

Sebelum tu nak menggamit nostalgia dulu la. Rasanya tak pernah lagi tayang hantaran kitorang kahwin dulu dalam blog ni. Cerita 10 tahun lepas ni. Lantak lah kan. Dah belog saya. Hantaran kahwin kitorang, saya dan Kak Long yang buat untuk dua-dua pihak. Terima kasih Kak Long, tak terbalas jasamu. 

 Yang ni untuk sebelah pihak lelaki . Tema coklat hijau. 


Yang ni guna kotak gabus yang dibalut kain organza. Hantaran dari pihak my hubby . Teman purple. Haruslah mak yang pilih semua tema. #nostalgianya

Ok la, kembali ke alam realiti. Kat GM Plaza tu memang dah aim dah apa yang kami nak beli. Sekarang ni kotak kayu untuk hantaran memang tengah in. Tak silap dalam RM 8 satu kotak tapi Nina dah beli awal-awal lagi. Murah dari GM Plaza dia dapat beli online. So kami cari bahan untuk deko kotak tu seperti rumput hiasan, kertas guni, riben dan bunga . Kami pergi dua buah kedai kat dalam tu. Kedai pertama adalah Pemborong Sarang Hae Yo. Peminat K Pop gamaknya owner ni. Dalam tu kitorang beli bunga, kertas guni dan riben. Memang rambang mata . 


Ni antara bunga yang menjadi pilihan . Tips nak pilih bunga, amik gambar bunga tersebut. Tengok yang mana menyerlah yang tu kami pilih. hahaha. Macam pakar sangat . 

Sempat lagi bergambar dalam ni . 


Cantiknya bunga bulat-bulat ni. Saya berkenan betul letak kat rumah tapi my hubby tak gemar bunga plastik. Bunga hidup pun tak pernah beli. Sadiss....

My Nuha dan My Nayla..Kemain posing anak-anak dara mak 

Nina dan puteri-puteri mak. Yang Nayla pegang tu kain guni. Harga lupa lah pulak. Banyak warna kain guni ni rupanya. Bukan warna guni biasa tu ajer. Yang ni coklat gelap yang Nina pilih. 


My nyawa 

 Lepas dah settle kedai pertama,my hubby bawa anak-anak pergi minum kat situ. Diorang dah start mengarut lah kan sebab lama kami duk belek bunga. hahaha. Sampai mak yang tak ada kena mengena ni pun rambang mata. Semua nampak cantik. Last-last my hubby masuk campur, dia pun sekali tolong pilih bunga.Tak sangka laki mak ada bakat jadi pak andam. hahaha. Lariksss...Kat kedai pertama tak jumpa rumput hantaran.So kami pergi ke kedai kedua iaitu Bagus Setempat Sdn Bhd . Sini ada, satu keping tak silap RM 9. 

Bawak ni idea dekorasi yang Nina nak buat lah untuk hantaran dia nanti. Kotak, bunga dan rumput. 


Yang ni idea dekorasi menggunakan kotak, kertas guni, dan bunga. 



Ada ker yang tengah mencari barangan perkahwinan tu? Semoga sharing hari ini bermanfaat dan urusan korang dipermudahkan. Memang jimat kalau DIY berbanding beli yang dah siap tau :) 


Pemborong Sarang Hae Yo : 

P6, Pavilion 6, Block C, GM Klang Wholesale City, Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic Capital, 41200 Klang, Selangor

Bagus Setempat Sdn Bhd :

P1-17, Pavilion 13, Block C, GM Klang Wholesale City, Jalan Kasuarina 1, Bandar Botanic Capital, 41200 Klang, Selangor


Daripada Abu Hurairah RA daripada Nabi SAW sabdanya, “Bukanlah kaya itu dengan sebab banyak harta benda, tetapi kaya itu ialah kaya jiwa.”


(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


Monday, October 08, 2007

6 Hari Lagi Aku Akan Jadik Isteri Orang???

Alahai..macam x siap jer lagi persiapan ni..huhuhu..berdebar2 rasanya..pegi keja pon dengan tiada mood jer..bestnya kalo aku ada di umah skang..leh aku tolong ma..paperbag aku pun x siap lagi dan yer..aku punya kipas pun blom diribenkan lagi..huhuhuhu..nak balik umah..nak balik umah..lambatnya khamis..lambatnya....

Monday, October 01, 2007

Revise-Check List..

Weekend hari tu aku dah beli:-

Al Quran
Bekas tupperware kecik2 letak dodol..

dis week nak kena beli:-
coklat
sticker
plastik letak gift

minggu ni nak tak nak kena carik jugak umah..kalo tak lepas kawen kena duk asing :((

Friday, September 28, 2007

Weekend's Check List

Weekend ni, aku n my charming fiance nak buat final preparation..ada mender lagik tak cukup, aku nak beli:-

1. Al Quran
2.Plastik utk letak gift
3.Pelekat nama nak tampal kat kipas
4.Tupperware kecik2 nak letak dodol

tu jer laa kot...minggu ni nak kena buat bank draft jugak bila kutu dah bayar semua...

Monday, September 24, 2007

Sepasang Casio...

Hari ni adalah hari malas kerja..heehehe..Semalam pegi Pertama dengan darling fiance..Beli Jam Casio Kat Pertama utk letak atas hantaran.Ingat nak beli Guess tapi malas nak tunggu gaji..so beli lah mengikut duit yang ada..dapatlah Rm400 sepasang..Tapi so sad..terlupa amik resit :((

Monday, September 10, 2007

baru balik dari penang...


aku sempat pegi Sunway Carnival Mall..x beli apa..teman kak ngah n ngah beli botol danish jer sambil window shopping..

tengah-tenagh syok window shopping, abah call..danish dah jaga laa plak..kami keluar masa dansih tido..hehehe..skang danish walaupun x seaktif aku jumpa dier masa kenduri mie hari tu tapi keletahnya tetap sama macam danish yang kami kenali...semalam aku balik ngan bas anak melayu perak tak silap nama bas tu..lewat sampai umah coz bas pegi KL dulu...rm31..ngah bayarkan..TQ ngah...dis weekend bleh pegi Pertama rembat Guess 2 bijik coz ngah dah bagi duit beli dos things..

Saturday, September 01, 2007

Ke Kuala Trg


Hari ni aku,ma abah dan cik abang aku pegi ke Kuala Trg untuk beli sampin songket hantaran aku dan ad sekali..Lepas tu lepak umah mak cik aku then gi kait duku kat kebun mak cik aku...

Saturday, August 25, 2007

Shopping Utk Bekas Hantaran Tunang Aku

Hari ni aku ke Kuala Lumpur..nasib baik husna tumpang aku pegi KL coz dier ada conference kat PWTC..jalan jammed coz ada accident..yang avanza terbakar tuh..masa aku lalu tuh dah padam pun apinya..
sampai2 kat Putra aku terus round seluruh counter tiket-HAMPA..tiket awal pagi aku amik..30HB..dan balik 3Sept..aduhai..ingat nak save laa cuti tapi terpaksa plak..so kena settle semuanya laa balik ni..
lepas tu pegi round2 sayang you carik polisterin dan kain organza dan bunga2 utk hiasan hantaran tunang aku...ok..puas hati..then balik terus memulakan operasi menggubah malam harinya dengan migrain tumpang sekaki..kad kawen aku dah siap..kurang puas hati sebab quality pic aku kureng sket..nanti aku edar laa utk tatapan umum..hehehe

Sunday, July 01, 2007

Ke Nilai 3 Akhirnya.......

Semalam aku berjaya menghabiskan duit aku sebanyak seribu lebih..hehehe..
Ni list barang2 aku beli:

+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
bakul hantaran
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
kipas souvenier
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
bunga pahar
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
bunga telur
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
riben kertas dan organza
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
bunga
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
langsir dan lace
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
beg kertas
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +
baju pengantin FREE baju melayu kaler coklat
+ + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + + +

YANG BERJUMLAH =

Wednesday, June 13, 2007

Termimpi2 ke Nilai3



malam tadi siap aku termimpi pegi ke nilai3 kerana asyik dan masyuk nyer aku menyediakan list utk beli barang2 kawen aku yang akan kunjung tiba x lama lagi, hehehe..aku nak beli bakul buluh, kipas tangan, bunga telur, bunga pahar dan segala mcm lagi..tengah2 aku duk menglist kan senarai barang2 tu tetiba otak aku tak dapat berfungsi lepas tengok citer desperate housewives..aku pun desperate gak..hihihi..then aku tido laa tu pasal termimpi2..yang peliknyer aku mimpi kat nilai3 tadak barang yang aku nak, semua naik rega..hehehe..mungkin pasal gaji aku nak naik agaknya bulan 7 nanti, Aminnnnn..tak sabar dah tunggu gaji bulan ni coz lepas gaji ni aku n long n kak long nak pi nilai3..saper2 nak ikut, angkat tangan!!

Friday, January 12, 2007

Barang-barang hantaran kami........

Ni barang-barang hantaran kami utk pernikahan kami hujung tahun ni..Insya Allah..9 dulang berbalas 11 dulang..
kalu sesaper nak sponsor do contact us k..hehehehehe


Hantaran dari pihak lelaki..
Mas Kahwin& Al-Quran
Cincin/Gelang Nikah
1 Sireh Junjung
2 Pulut Semangat
3 Buah
4 Kek
5 Perfume+make up
6 Kasut+handbag
7 kain pasang
8 Telekung +sejadah
9 Jam tangan

Hantaran dari pihak perempuan...
1 Pulut Semangat
2 Buah
3 Kek
4 Perfume
5 Wallet+belt
6 kemeja+seluar
7 samping songket
8 coklat
9 Jam tangan
10 Kasut
11 Trecksuite

 

Blog Design Here Edited by Elissmie.com Copyright Reserved © 2006- Disclaimer Comments (RSS)